Monday 26 March 2012

Mustakim

Bukan buta buah fikiran
atau manduknya ingatan
kerana tak ketemui  permulaan
memilih mustakimnya  kawan

kawan berhati mulia sukar berjumpa
kawan bermuka-muka ada dimana - mana
di depan membela di belakang mengata
sifat menghina datang dengan sekelip mata

kuasa adalah maha sunan manusia mudah edan
di anatara mimpi tanpa perlu lena berpanjangan
keinginan besertakan dengan kehendak syaitan

masihkah tersisa para insan - insan mustakim
ataukah semuanya telah menjadi satu lazim
kawan umpama api membakar segenap ilham
marak dendam kusam dan hati menjadi legam

No comments:

Post a Comment