Kubur Di Atas Tanah
Suatu hari seorang jiran
Juha meninggal dunia, maka Juha bertanggung jawab ke atas
pengkebumiannya. Dia lalu pergi kepada tukang gali kubur untuk memesan
sebuah kuburan. Akan tetapi terjadi pertengkaran antara Juha dan tukang
gali kubur berkenaan dengan upah menggalinya. Tukang gali kubur meminta
upah sekurang-kurangnya lima dirham, dan kalau tidak, dia tidak mahu
menggali kubur. Juha tidak setuju akan bayaran sebanyak itu. Tiba-tiba
dia pergi ke pasar membeli beberapa biji kayu papan dengan harga dua
dirham dan dibawanya ke perkuburan
“Buat apa kayu itu?” tanya orang ramai.
“Tukang
gali kubur tidak mahu menggali kuburan kalau tidak dibayar
sekurang-kurangnya lima dirham. Aku beli papan ini dengan harga dua
dirham sahaja. Aku akan tutup saja mayat jiranku itu dengan papan ini
dan akan diletakkan di atas tanah perkuburan. Aku masih untung tiga
dirham. Di samping itu, si mayat tidak terkena himpitan kubur dan
terhindar dari pertanyaan Malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur. "
No comments:
Post a Comment