Monday 11 June 2012

Remaja Lari Dari Rumah

Remaja lari dari rumah merupakan satu masalah yang baru di kalangan masyarakat kita hari ini. Masalah ini menjadi satu gejala yang begitu sukar untuk dibendung malah semakin berleluasa di kalangan anak-anak mahupun pelajar sekolah. Walaupun pelbagai langkah telah diusahakan oleh pihak-pihak tertentu namun masalah ini tetap berlaku.
Terdapat pelbagai punca yang membawa kepada berlakunya masalah ini. Antaranya ialah terpengaruh dengan rakan sebaya. Kebanyakan pelajar terikut-ikut dengan perangai rakan karib mereka. Seandainya rakan mereka suka berfoya-foya mala mereka cukup mudah untuk turut berfoya-foya bersama rakan-rakan tanpa memikirkan kesan baik dan buruknya. Rakan karib yang sering pulang lewat alan mempengamhi mereka untuk turut pulang lewat. Begitu juga sekiranya rakan karibnya lari dari rumah mereka alan mengikutinya. Justeru, mereka akan berasa seronok dan tidak lagi mahu pulang ke rumah ibu bapa mereka. Terdapat juga segelintir daripada mereka yang mulai bekerja dan memulakan penghidupan barn dengan bekerja sendiri. Perkara yang paling mengecewakan apabila ada anak gadis yang terlibat dengan gejala lari dari rumah ini.
Selain daripada itu, remaja lari dari rumah berlaku akibat keretakan sesebuah rumah tangga yang dibina sekian lama. Apabila berlaku pertelingkahan dan pergaduhan antara ibu dan bapa menyebabkan anak-anak mereka alan berasa bosan. Perseteruan antara ibu bapa yang membawa perceraian juga merupakan punca utama berlakunya kes anak-anak lari dari rumah. Apabila ibu atau bapa mengabaikan tanggungjawab untuk memelihara anak-anak mereka ini alan menyebabkan anak-anak akan berasa diri mereka tersisih. Mereka cuba untuk mencari hiburan dan ketenangan. Jika tindakan lari dari rumah mampu memberikan ketenangan dan kebahagiaan dalam diri maka mereka sanggup melakukannya. Golongan ini sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai kebahagiaan dalam hidup mereka.
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga keluarga yang amat miskin. Remaja yang sering keputusan duit alan cuba mencari kemewahan dengan mencari pekerjaan. Mereka sanggup bekerja di mana sahaja walaupun dengan tangga gaji yang rendah. Hal ini kerana mereka ingin menikmati kemewahan. Oleh itu, jika ibu bapa gagal memberikan kemewahan, remaja itu alan mengambil tindakan lari dari rumah sebagai jalan penyelesaian.
Gejala ini boleh ditangani jika semua pihak mengambil inisiatif dengan bersungguh-sungguh. Antaranya ialah ibu bapa hams memastikan pergaulan anak-anak mereka agar tidal melampaui batas.. Seandainya anak-anak mereka berkawan dengan rakan yang dicurigai, ibu bapa hams bijak menasihati anak-anak mereka supaya menjauhi rakan sebaya sebegini.
Selain daripada itu, ibu bapa juga harus meningkatkan pemahaman terhadap amalan agama. Hal ini kerana apabila seluruh keluarga teat kepada perintah agama, mereka takut untuk melakukan kesalahan dan kejahatan. Hal ini kerana setiap perlakuan yang menyalahi ajaran agama akan mendapat dosa. Justeru, anak-anak yang dididik dengan ajaran agama akan dapat menghindari diri mereka daripada tindakan nekad tersebut.
Pihak berkuasa, khususnya pihak polis boleh menangkap remaja-remaja yang lari dari rumah. Seandainya terdapat ibu bapa yang membuat aduan di balai polis, mereka harus menyelesaikan dan mencari’ maklumat bagi menangani masalah ini dengan segera. Tindakan berlengah-lengah alan menambahkan kebuntuan bagi menyelesaikan masalah ini. Tindakan menangkap dan menjatuhkan hukuman dirasakan mampu menyelesaikan masalah ini dengan baik.
Oleh itu, gejala remaja lari dari rumah ini dapat dibendung jika semua pihak memai peranan masing-masing. Sikap menyalahkan orang lain dianggap gagal menangani masalah ini. Dengan ini masalah ini dapat diatasi, gejalaitu tidak akan berleluasa di kalangan remaja masa kini.




Sunday 10 June 2012

Kepentingan Menabung

Memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan menabung amat penting dalam kehidupan manusia. Amalan baik ini haruslah dididik oleh ibu bapa sejak kecil. Terdapat banyak cara untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan masyarakat. Ibu bapa boleh membuka akaun di bank atas nama anak-anak untuk menggalakkan mereka menabung. Di samping itu, Jabatan Pelajaran Sarawak telah melancarkan program menggalakkan pelajar menabung sama ada peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Antaranya, Program Wang Simpanan Saku yang telah dilaksankan di peringkat sekolah. Kelab Kewangan Sekolah akan mengurus wang simpanan saku tersebut. Oleh itu, amalan menabung boleh dikatakan membawa faedah yang banyak kepada kita.
  
   Amalan menabung boleh menyemai tabiat berjimat cermat, terutamanya dalam kalangan pelajar. Dengan adanya amalan ini, kita tidak akan boros dalam perbelanjaan seharian seperti makanan, hiburan dan sebagainya. kita akan menggunakan wang dengan cermat dan memastikan kita tidak terlebih guna wang yana ada pada kita. Misanya, seseorang yang berjimat cermat sudah tentu menggunakan separuh daripada wang perbelanjaan yang tidak dibelanjakan untuk ditabung  sama ada di dalam bekas tabung atau disimpan di bank. Penyimpan bank juga akan memperoleh dividen hasil daripada simpanan, bak kata pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jadi, amalan menabung berupaya memupuk kita lebih berjimat cermat untuk bila-bila masa.

   Di samping itu, amalan menabung boleh mengatasi masalah yang kita hadapi semasa kecemasan. Keadaan ini boleh digambarkan seseorang menyediakan payung sebelum hujan. Kita dapat membantu orang yang berada dalam keadaan susah, seperti mangsa dalam kemalangan atau ditimpa bencana. Misalnya, kita boleh menggunakan tabungan kita untuk menderma kepada mangsa Gaza. Selain itu, kita juga boleh membantu keluarga dan saudara kita apabila kecemasan berlaku. Hal ini disebabkan kita tidak mungkin dapat memperoleh sejumlah wang yang banyak dengan segera jika kita tidak ada wang tabungan. Untuk menyemai amalan yang murni ini dalam kalangan masyarakat, syarikat insurans telah menggalakkan masyarakat  supaya menabung dengan cara menawarkan skim tabungan yang pelbagai untuk kecemasan, iaitu kad perubatan.

   Selain itu, amalan menabung penting untuk hari tua. Sikap yang rajin menabung semasa masih muda, bertenaga, dan sihat akan menyenangkan pada hari tua. Dengan adanya wang, kita dapat menikmati kehidupan yang lebih gembira dan selesa, bak kata pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-sengan kemudian. Kita harus bersusah dahulu dan bersenang kemudian. Bagi umat Islam, wang yang ditabung boelh digunakan untuk menunaikan haji dan umrah pada masa hadapan.

   Lebih-lebih lagi, amalan menabung dapat memudahkan pembiayaan keperluan semasa dan yang akan datang. Kita telah mempunyai wang yang secukupnya untuk membiayai apa-apa sahaja yang diperlukan. Kita tidak perlu meminjam wang daripada lintah darat dan berhutang selama beberapa tahun. Kini, kebanyakan harga barang telah  meningkat dan perkhidmatan awam yang semakin meningkat harganya. Oleh itu, dengan ada tabunga, kita mampu membeli sesuatu yang diperlukan atau dikehendaki. Kita juga dapat membiayai pendidikan anak-anak di menara gading tanpa bergantung kepada pihak kerajaan atau mana-mana pihak. Selain itu, seseorang tidak mduah terjerat oleh lintah darat.

   Intihanya, amalan menabung amat mulia. Setiap individu perlu mengorak langkah untuk menabung. Amalan ini bukan sahaja dapat merealisasikan impian diri sendiri malahan negara.  Dalam keadaan kemelesetan ekonomi dunia, rakyat juga dapat menghadapi kegawatan ekonomi ini dengan tabah kerana mempunyai tabungan yang cukup untuk membiayai kos hidup.


http://forum.engkabang.net/index.php?topic=22593.0

Masalah Disiplin

Masalah disiplin pelajar merujuk perbuatan atau salah laku yang melanggar  peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Salah laku yang sering dilakukanoleh pelajar termasuklah ponteng, melawan guru, vandalisme, kekemasan diri, buli dansebagainya. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mengurangkan masalahtersebut.Masalah disiplin dalam kalangan pelajar dewasa ini tidak boleh dipandang ringan,malah perlu diberi perhatian yang serius. Institusi keluarga merupakan faktor pentingdalam pembentukan disiplin di sekolah kerana di sinilah asas disiplin diperoleh sebelum pelajar menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Ahli keluarga merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Kasih sayangyang mereka peroleh akan menimbulkan kesedaran dan tanggungjawab sebagai anak dan pelajar.Seterusnya, pihak pentadbir sekolah juga boleh menangani masalah disiplin pelajar dengan cara memperketat pelaksanaan peraturan sekolah, mengenakan hukumanyang berat kepada mereka yang terlibat supaya menjadi teladan kepada pelajar yang lain.Guru-guru juga perlu diberi kuasa sepenuhnya untuk melaksanakan peraturan sekolahselain tanggungjawab yang dipikul oleh guru disiplin. Persatuan ibu bapa dan Guru(PIBG) juga mesti memainkan peranan untuk menangani masalah disiplin para pelajar.Selain itu, media massa turut memainkan peranan untuk mengatasi masalahdisiplin pelajar. Media massa, khususnya televisyen tidak seharusnya terlalumementingkan keuntungan, sebaliknya harus berperanan membentuk. Mendidik, danmenanamkan kesedaran kepada penonton. Program-program yang bercirikan keganasandan seks patut dihentikan terus penayangannya kerana dikhuatiri akan mendatangkankesan negatif kepada pelajar-pelajar.Mata pelajaran Pendidikan Islam. Pendidikan Moral dan Sivik dalam sistem pendidikan adalah sangat penting dalam usaha untuk mengajar dan mendidik pelajar.Pendidikan agama yang kuat akan dapat mengelakkan pelajar daripada melakukan perkara-perkar yang negatif. Nilai-nilai moral akan diperoleh pelajar melalui mata pelajaran Pendidikan Moral dan Sivik. Pendidikan ini membantu pelajar membentuk  peribadi mulia dan boleh membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga danmasyarakat.Kesimpulannya, salah laku dan kemerosotan disiplin pelajar akan berterusansekiranya pihak yang terlibat enggan berganding bahu untuk mengorak langkah bersama-sama menangani masalah ini. Jika dibiarkan berterusan , keadaan yang sedia ada bolehmengugat perkembangan pelajar dan sistem pendidikan di negara ini. Keperihatinanmasyarakat bermaksud memberi kerjasama sepernuhnya kepada pihak berkuasa,

Puisi Persahabatan Terbaru 2012

Sahabat
Sahabat
Walau kini kita tak slalu bersama
Aku ingin kita selalu dekat
Sahabat
Walau kini kita jauh
Aku ingin kita saling menghubungi
Sahabat
Kau tau betapa berharganya dirimu?
Kau lebih berharga dari sebongkah emas
Sahabat
Kau tau kenapa?
Karena mencari seorang sahabat seperti kau bukanlah hal yang gampang
Sahabat
Kini ku ucapkan “Aku akan selalu menjadi sahabatmu”
Kini kau ucap juga di sana :)





 http://puisisahabat.blogdetik.com/

Contoh Karangan Berformat Ceramah : Tindakan Lari dari Rumah Bukanlah Tindakan Terbaik

Terima kasih saudara Pengerusi Majlis, Yang Mulia Tuan Pengetua, Penolong Kanan, guru-guru, serta para pelajar yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi mengundang saya untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Tindakan Lari dari Rumah Bukanlah Tindakan Terbaik”.
Para hadirin sekalian,
Sejak kebelakangan ini, banyak kes remaja lari dari rumah dilaporkan. Saban hari, pelbagai berita mengenai isu ini dipaparkan melalui media cetak mahupun elektronik. Gejala ini kerap berlaku dalam kalangan remaja pada peringkat umur belasan tahun. Golongan ini kerap bertindak mengikut kata hati tanpa memikirkan impak yang bakal diterima berikutan tindakan mereka itu.
Terdapat pelbagai faktor yang mendorong remaja lari dari rumah. Salah satu faktor yang mendorong remaja lari dari rumah adalah kurangnya didikan agama yang diberikan oleh ibu bapa mereka. Hal ini menyebabkan mereka mudah bertindak tanpa berfikir. Kelalaian ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka menyebabkan remaja mudah hilang kawalan diri apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Justeru, mereka meninggalkan rumah untuk lari daripada maslaah yang mereka hadapi.
Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,
Tindakan lari dari rumah bukanlah tindakan yang terbaik. Banyak masalah lain yang akan timbul sekiranya kita mengambil tindakan sebegini. Remaja yang lari dari rumah mudah terdedah dengan gejala negative seperti penagihan dadah, lumba haram, mencuri dan sebagainya. Sekiranya para remaja menghadapi masalah, mereka perlulah berbincang dengan keluarga atau berjumpa dengan guru kaunseling bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dan bukannya mengambil keputusan untuk lari dari rumah.
Tegasnya, tindakan lari dari rumah bukanlah tindakan yang terbaik sebaliknya akan memberikan kesan yang lebih buruk lagi. Setiap tindakan yang bakal diambil haruslah difikirkan kesan baik buruknya tindakan tersebut terlebih dahulu. Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara dan saudari yang sudi mendengar ceramah saya pada hari ini.
Sekian, terima kasih.

Kepentingan Magnesium

Tubuh memerlukan magnesium yang mencukupi untuk mengimbangi kalsium. Magnesium banyak terdapat dalam sel-sel tisu berbanding dengan plasma. Magnesium adalah salah satu galian yang digunakan oleh sel-sel tisu untuk membentuk tenaga.
Magnesium juga mengimbangi bentuk membran sel. Paras magnesium yang rendah mengakibatkan kalsium masuk ke dalam sel-sel  dan selaput sel akan mengecut. Otot di dalam tubuh badan akan mengecut dan bolh mengakibatkan antaranya serangan jantung dan serangan asma.
Sebagai contoh, peserta-peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang meninggal dunia samada kerana asma atau tidak mengalami stres yang tinggi keraa latihan yang mereka lakukan adalah intensif.  Stres menyebabkan magnesium digunakan dengan banyak untuk pembinaan tenaga. Kesemua peserta PLKN terdiri daripada remaja yang tidkak menyukai makanan bersayur dan suka makan makanan yang bergoreng, meminum kopi dan minuman bergas dan juga meminati makanan ringan.
Begitu juga dengan murid-murid sekolah yang terpaksa mengikuti latihan senaman intensif, lumba lari dan merentas desa. Sesetengah murid sememangnya mengalami sesak nafas, jantung berdenyut dengan kesakitan yang bukan disengajakan. Mereka ini sebenarnya adalah golongan yang kekurangan magnesium.
Magnesium juga diperlukan untuk membina kimia-kimia makmumat otak yang dikenali sebagai neurontransmitter. Vitamin A juga penting sebagai nutrien kepada kalenjar tiroid dan diperlukan bagi pembinaan hormon-hormon adrelina. Ia memastikan penyerapan kalsium dan garam galian, memudahkan asimilasi protin dan membantu sestem endoktrina. Manakala, vitamin D membentuk tulang dan gigi, menjaga paras kalsium yang sesuai dalam tubuh, membantu tubuh menghadapi stres dan diperlukan untuk pengeluaran insulin serta pelbagai jenis hormon lain.

Faktor-Faktor Warga Emas Menanggung Risiko Penggunaan Ubat-Ubatan dan Langkah Menanganinya

Penggunaan ubat-ubatan dalam kalangan warga emas sering mendapat perhatian dan menjadi topik perbincangan para pengkaji dari seluruh dunia. Hal ini disebabkan golongan tersebut memerlukan perhatian yang rapi kerana berdepan dengan risiko ubat-ubatan yang digunakan berbanding dengan golongan muda. Secara umun nya, pada peringkat usia yang melebihi 60 tahun, proses penuaan mempengaruhi fungsi normal organ-organ di dalam badan manusia.
Hati dan buah pinggang merupakan dua organ terpenting bagi proses metabolisme dan perkumuhan ubat-ubatan di dalam badan manusia. Keberkesanan organ-organ ini semakin menurun dalam kalangan warga emas. Hati dan buah pinggang mereka sudah tidak mampu lagi untuk berfungsi dengan baik. Penurunan keberkesanan fungsi hati ini akan menyebabkan pengumpulan berlebihan sesetengah ubat di dalam badan mereka. Selain itu, fungsi buah pinggang yang tidak normal juga mempunyai masalah penyingkiran ubat-ubatan.
Pengumpulan berlebihan dan penyingkiran yang berkurang ubat-ubat akan mengakibatkan peningkatan paras ubat-ubatan yang tidak normal di dalam badan seseorang. Apabila proses penuaan ini berterusan, ada sesetengah sel di dalam badan akan menjadi semakin sensitif terhadap sebatian kimia yang terkandung dalam ubat-ubatan seperti sel-sel di dalam sistem otak dan sistem saraf. Hal seumpama ini akan meningkatkan risiko kesan sampingan ubat-ubatan kepada warga emas.
Penggunaan pelbagai jenis ubat pada suatu masa juga berisiko tinggi mengalami kesan infeksi ubat-ubatan. Bagi golongan usia yang sedang meniti senja, masalah ini tidak dapat dielakkan  kerana mereka sering menghidapi penyakit kronik. Oleh yang demikian, mereka terpaksa mengambil pelbagai jenis ubatan yang berbeza-beza pada waktu yang sama bagi merawat penykit-enyakit tersebut sekali gus meningkatkan paras ubat dalam badan. Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2008 mendapati hampir 65% warga emas yang dimasukkan ke hospital terdedah pada sekurang-kurangnya satu kesan infeksi ubat-ubatan.
Di samping itu, golongan warga emas tidak mengambil ubat-ubatan mengikut saranan doktor atau ahli farmasi. Masalah ini timbul bukan sahaja disebabkan penyakit nyanyuk, malah berpunca daripada kekeliruan terhadap ubat-ubatan yang diberikan. Tambahan pula, mereka terpaksa mengambil pelbagai jenis ubat pada masa yang berbeza. Sesetengah ubat tersebut perlu diambil dengan cara yang berbeza. Antaranya termasuklah ubat itu diambil sebelum dan selepas makan. Tidak kurang juga tablet yang terpaksa diletakkan di bawah lidah dan bukan dimakan seperti kebiasaannya.

Perkara Yang Mitos dan Benar Mengenai AIDS & HIV

Yang Benar
  1. Penggunaan kondom dengan betul adalah yang terbaik dalam menghalang jangkitan HIV semasa hubungan seks kerana ia diperbuat dari lateks/getah.
  2. Kondom juga boleh melindungi mulut, faraj, dubur dan zakar dari air mazi, air mani dan darah yang mengandungi HIV serta penyakit-penyakit kelamin lain.
  3. Jangan biarkan alkohol/dadah atau pasangan yang menarik mengalih perhatian anda daripada amalan seks selamat.
  4. Seks selamat adalah salah satu cara untuk menghalang jangkitan HIV.
  5. Anda boleh dijangkiti HIV jika melakukan seks tidak selamat.
  6. Masih tiada penawar untuk HIV/AIDS tetapi terdapat ubat anti HIV dalam pasaran yang boleh memperlahankan kemaraan penyakit ini.
  7. Anda tidak boleh dijangkiti HIV dengan berpelukan, berjabat tangan, bersentuhan, melancap dan berciuman.
MITOS
BENAR
1. Pil pencegah kehamilan boleh menghalang jangkitan HIV Hanya kondom lateks sahaja yang boleh menghalang jangkitan HIV dari seseorang yang positif HIV ke seseorang yang lain
2.Aktiviti seks oral adalah selamat dari jangkitan HIV Kalau bendalir seksual yang mengandungi HIV masuk ke dalam mulut yang mempunyai luka, risiko jangkitan masih boleh berlaku
3. Anda boleh mengetahui jika seseorang itu HIV+ dengan melihat raut muka orang tersebut Anda hanya boleh mengetahui status kesihatan seseorang jika orang tersebut menjalani Ujian Antibodi HIV
4. Jika anda dijangkiti HIV, anda tidak ada harapan lagi Terdapat ubat anti-HIV di pasaran yang boleh mengurangkan kemaraan HIV dalam badan serta memanjangkandan memperbaiki kualiti kehidupan seseorang yang positif HIV
5. Semasa melakukan seks selamat mahupun seks tak selamat, anda tidak akan dijangkiti HIV jika zakar sempat dikeluarkan Anda masih menghadapi risiko jangkitan kerana air mazi mengandungi HIVdan mungkin juga terdapat tumpahan air mazi dari dalam kondom semasa zakar dikeluarkan.
Anda boleh mengelak jangkitan HIV dengan mengamalkan ‘seks selamat’ atau tidak berkongsi jarum suntikan yang tercemar.
Kita boleh melambatkan penyebaran epidemik HIV jikalau semua orang mempunyai maklumat tepat dalam cara-cara pencegahan. Orang ramai sering bertindak secara prejudis dan penafian terhadap apa yang mereka tidak difahami. Reaksi-reaksi ini menghalang program-program pencegahan dan menyukarkan kehidupan orang-orang yang hidup dengan HIV/AIDS. KIta semua boleh membawa perubahan dengan melawan sikap prejudis dan penafian tersebut serta meningkatkan kefahaman mengenai HIV/AIDS.


 http://mindasasterabahasa.com/2012/01/perkara-yang-mitos-dan-benar-mengenai-aids-hiv.html

Sejarah Pendidikan Jasmani di Malaysia (dalam point shj)

) ERA PRA-KOLONIAL
(sebelum penjajahan Inggeris
Sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah sistem tidak formal seperti kelas-kelas agama dan Al-Quran, kelas kesenian dan pertukangan dan tiada pendidikan jasmani
- Murid-murid libatkan diri secara sukarela dalam pelbagai aktiviti kebudayaan dan permainan tradisional untuk isi masa lapang dengan cara yang menyeronokkan
- Kerja-kerja pertukangan dan kebun serta kesenian yang mengutamakan seni mempertahankan diri dianggap sebagai PJ
- Masyarakat libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk rekreasi seperti bersilat, berdayung, berenang, menari , bermain congkak, layang-layang dan sepak raga
- Aktiviti tersebut adalah sebahagian daripada kebudayaan rakyat pada masa itu
- Latihan jasmani dipertutunkan secara tidak formal kepada kanak-kanak melalui peniruan orang dewasa.
- Kebanyakan penyertaan permainan berbeza mengikut kelas sosial masing-masing. Contoh: golongan biasa bermain sepak raga, gasing dan congkak. Golongan Istana akan menunggang kuda, memanah dan memburu.
- Secara amnya, PJ pada masa ini boleh dibahagikan kepada tiga bentuk, iaitu aktiviti-aktiviti :
  1. permainan masa lapang
  2. keperwiraan
  3. senaman tradisional
2) ERA PENJAJAHAN
a) Era kolonial Inggeris Lama)
- PJ yang formal masih tiada dalam jadual persekolahan walaupun sekolah-sekolah telah ditubuhkan semenjak tahun 1821.
- Permainan-permainan baru seperti bola sepak, hoki, ragbi dan badminton telah mula diperkenalkan oleh penjajah dan peniaga-peniaga
- Tujuan PJ pada masa ini adalah untuk mengekalkan status quo penjajahan Inggeris dimana latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat kekal menjadi pesawah.
- Sebelum mulakan pelajaran harian, murid-murid akan disuruh berkebun dan bersenam
- 1890-an : Murid-murid perempuan mula diajar olahraga, murid-murid lelaki diberi latih tubi di sekolah-sekolah
- 1900-an : pihak Inggeris mula mengawal perkembangan kehidupan penduduk-penduduk ternasuk bidang pendidikan.
- 1913-an : maktab perguruan di Matang, Perak ditubuhkan untuk membolehkan bakal-bakal guru diberi latihan berkawad dan mereka digalakkan memasuki pasukan-pasukan sukarelawan.
- 1922-an : MPSI dibuka di Tanjung Malim,latihan jasmani dan kebersihan dalam kurikulum diutamakan
- 1920-an : keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawad, dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan inggeris
- Tahun 1924 : seorang pengusaha PJ utk negeri-negeri selat telah dilantik. Sukatan pelajaran PJ belum tersusun dan guru-guru yang tak pernah terima latihan PJ ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut
- Tahun 1930-an : usaha rancangan PJ untuk sekolah-sekolah dimulakan. Sukatan yang digunakan ialah Latihan Fizikal. Rancangan latihan guru PJ mula dilancarkan ke suluruh negara melalui kursus perkhidmatan. Masayarakat mula sedar kepentingan PJ.
- 1940-an : sukatan pelajaran telah disemah dan dikaji semula untuk dikemas kini supaya selaras dengan perkembangan pendidikan
b.) Era Penjajahan Jepun

- Rancangan yang diusahakan dalam pendidikan telah tergendala
- Latihan jasmani bertujuan membentuk individu yang patuh kepada arahan, taat pada pemerintah dan berdisiplin
- Arahan diberi dalam Bahasa Jepun dan kanak-kanak terpaksa membuat senaman beramai-ramai setiap pagi selama 30minit
- Murid telah diperkenalkan sejenis latihan jasmani yang dipanggil Tai Sho yang lebih kurang sama dengan latih tubi beramai-ramai
- Pengajaran latihan jasmani lebih bercorak ketenteraan
- Di setengah sekolah latihan berkawad diadakan sekeliling kampung berhampiran dengan sekolah dan murid juga menjalani latihan berkebun
3) ERA KOLONIAL
(pemerintahan British ataupun sebelum merdeka)
- Tujuan PJ seakan sama dgn tujuan semasa era kolonial Inggeris lama
- Sekolah dibuka semula dan latihan jasmani sebagai satu mata pelajaran dikekalkan disekolah
- Senaman diadakan 30minit setiap hari seblum masuk belajar
- Pertandingan senaman dan permainan seperti yang dijalankan sebelum penjajahan jepun dihidupkan semula
- Tidak semua sekolah dapat jalankan latihan jasmani dengan sepenuhnya
- Ada sekolah kekurangan kemudahan, kawasan dan guru-guru terlatih dalam pengajaran latihan jasmani
- Rancangan latihan perguruan termasuk pengajaran latihan jasmani diteruskan semual di MPSI dan MPPM, Melaka utk tambah bilangan guru senaman
- 1946-1948, sukatan pelajaran latihan jasmani dikeluarkan dan diterbitkan oleh MPSI untuk mengadakan sukatan yang formal untuk sekolah rendah dan menengah
- 1950an, kepentingan PJ meningkat kerana diwajibkan di semua sekolah
- Setiap hari persekolahan, latiahn jasmani dan berkebun diadakan 30minit sebelum masuk kelas
- Aktiviti luar diadakan pada hari sabtu
- 1952, guru tempatan dihantar ke luar negara untuk luaskan pengetahuan tentang PJ
4) ERA SELEPAS MERDEKA
- 1960an, Sukatan pelajaran PJ dikaji semula
- 1966, wujud sukatan pelajaran PJ untuk kanak-kanak laki dan perempuan
- Tujuan: untuk membolehkan semula sekolah guna satu sukatan pelajaran PJ yang baru dan lebih sesuai bagi kank-kanak dinegara kita
- Usaha meninggikan mutu pelajaran PJ disekolah diteruskan dgn penubuhan MPIK di cheras
- Kursus tambahan 1tahun diadakan di MPIK (1960) dan kurikulumnya seakan sama dengan KDP PJ di britain dan kursus tambahan untuk guru wanita (1961)
- Rancangan PJ disekolah diutamakan aktiviti sukan dan permainan
- Pertandingan permainan dan olahraga sebagai aktiviti lanjutan PJ disekolah
- 1958, Kementerian Pelajaran tubuhkan MSSM
- PJ menjadi matapelajaran wajib dalam kurikulum sek. ren dan men.
- 1971, Sukatan PJ disemak semula dan dikeluarkan dalam BM dan BI (lebih berkesan dan dinamik kerana memberi fokus kepada kesan pergerakan dan kemahiran termasuk taraian moden, taraian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan)
- 1977, UM memasukkan PJ ke dalam kurikulum kursus diploma pendidikan
- Tujuan: melengkapkan bakal-bakal guru siswazah dgn kemahiran dan pengetahuan dalam pengajaran PJ


 http://mindasasterabahasa.com/2011/12/sejarah-pendidikan-jasmani-di-malaysia-dalam-point-shj.html

Penganiayaan kanak-kanak

Penganiayaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang di lakukan kepada golongan kanak-kanak dengan tujuan mencederakan. Ini termasuk penderaan kepada bayi yang mampu menyebabkan sindrom mengoncang bayi. Penderaan kanak-kanak secara fizikal merupakan sesuatu yang kejam yang dilakukan oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti kanak-kanak agar kanak-kanak tersebut patuh, atau pendera tersebut mengalami masalah mental, ataupun disebabkan bagi memuaskan diri mereka secara psikologi.
Pada masa kini terdapat peningkatan mengenai mangsa dera akibat terdapat mangsa dera yang meninggal. Belum dapat dipastikan samada peningkatan jumlah ini adalah disebabkan peningkatan dalam jumlah kes penderaan kanak-kanak atau akibat meningkatnya kesedaran yang lebih mendalam mengenai penderaan kanak-kanak.
Sebagai contoh, adakah kanak-kanak yang mati akibat kes penderaan pada masa dahulu tidak pernah berlaku, ataupun kes kematian itu gagal dikesan disebabkan mereka yang mengendalikan mayat kanak-kanak tersebut tidak menyiasat kesan pada mayat disebabkan jahil mengenai kes penderaan kanak-kanak.
Punca Penderaan
  • Penderaan sering berlaku apabila ibu bapa kurang mendapat sokongan sosial seperti mempunyai pendapatan dan pendidikan rendah, apabila suasana persekitaran adalah tidak stabil, apabila ibu merupakan penjaga tunggal, juga apabila tidak adanya tempat penjagaan anak.
  • Apabila ibu bapa yang pendera “abusive” gagal menggunakan pertimbangan (reasoning) mereka, maka anak-anak tidak dapat menerima “meresapkan” segala peraturan dan undang-undang kerana pertimbangan adalah cara terbaik untuk mengajar sesuatu. Akibatnya anak itu menjadi lebih agresif dan menentang.
  • Selalunya anak lelaki menjadi mangsa deraan, mungkin kerana anak lelaki dianggap lebih tahan daripada anak perempuan bagi ibu bapa melepaskan kekecewaan mereka.
Kesan daripada penderaan fizikal biasanya mengakibatkan mangsa sukar untuk mempercayai orang dewasa, menjalin persahabatan yang tidak mendalam, dan sering meninggalkan kawan baru jika ia merasakan bahawa ia tidak diterima. Di sekolah pula, mereka merupakan pelajar lemah, kesepian dan tidak mempunyai kawan.

Saturday 9 June 2012

Kelebihan Menjadi Usahawan Berjaya dan Halangannya

Kemunculan sebagai usahawan yang berjaya menjadi impian banyak orang tetapi pada hakikatnya bukan semua individu berupaya menjadi usahawan. Apakah faktor sebenarnya yang menggerakkan seseorang itu menjadi usahawan? Bagaimanakah motif berniaga dan menjadi usahawan itu muncul? Apakah pula hambatan yang ada dalam dunia keusahawanan? Pertanyaan-pertanyaan sebegini kerap timbul dalam minda seseorang apabila dilihatnya kejayaan yang dicapai oleh seseorang usahawan. Pada umumnya, usahawan itu akan membangunkan perusahaan sendiri dengan satu alas an iaitu, ‘keinginan tentang kekuasaan’. Mereka yakin bahawa dengan mempunyai kuasa, mereka dapat melakukan segala-galanya dengan lebih lancar dan lebih efektif serta berjaya.
Kuasa yang dimaksudkan itu sebenarnya mencerminkan bahawa keusahawanan memberi mereka kebebasan bertindak dan membuat keputusan kendiri, yakni kebebasan mengawal diri, mengatur waktu, dan mengatur aktiviti-aktiviti perniagaan sendiri berbanding dengan bekerja di pejabat. Pada pendapat mereka, bekerja di pejabat rutin hariannya membosankan, birokrasinya panjang dan kaku, dan suasana kerja yang tidak selesa.
Golongan usahawan pula berpegang pada prinsip bahawa usahawan yang berjaya mampu meningkatkan taraf hidup dan rasa hormat masyarakat kepadanya serta keluarganya. Masyarakat memandang tinggi apabila meluhat seseorang yang menjalankan urus niaga tersebut berjaya dalam kerjayanya. Oleh sebab itu, motif lain yang mendorong seseorang menceburi dunia keusahawanan adalah untuk mendapatkan rasa hormat diri, sekaligus meningkatkan imej sosialnya.
Banyak usahawan yang memiliki perniagaan sendiri tidak perlu memikirkan elemen kenaikan pangkat atau gaji. Sebaliknya, faktor keuntungan dan kerugianlah yang menjadi pertaruhan mereka. Sehubungan dengan itu, mereka mempunyai pertimbangan samada mampu atau tidak perniagaan itu dikendalikan dengan baik dan menguntungkan ataupun sebaliknya. Andainya perniagaan yang diusahakan menemui kegagalan, mereka tidak berputus asa, sebaliknya mereka memikirkan tindakan alternative untuk memulihkannya.
Hal inilah yang menjadi keistimewaan sebagai usahawan. Semangat keusahawanan mengatasi segala semangat bekerja, mereka dapat memikirkan alternatif yang terbaik untuk mengatasi kegagalan yang dihadapi. Semangat begini berbeza daripada pekerja makan gaji, iaitu masa bekerja telah ditetapkan, selepas itu, mereka tidak perlu lagi memikirkan masalah yang timbul di pejabat dan tidak perlu mencari kaedah untuk mengatasi masalah.
Penjelasan di atas sudah cukup untuk kita memahami keistimewaan menjadi usahawan. Perkara yang dinyatakan itu dapat mendorong seseorang memberanikan diri meneroka bidang keusahawanan dan perlu menghayati peranannya sebagai usahawan. Untuk menceburi dunia keusahawanan, seseorang itu memerlukan keberanian, kekuatan, dan kepercayaan diri yang tinggi di samping motivasi diri yang kental.

Sikap Menentukan Kejayaan Anda

Sikap yang negatif boleh diubah kepada positif hampir serta merta. Misalnya anda membonceng motosikal rakan. Rakan anda membawa motosikal dengan laju dan gopoh-gapah. Anda tumpang seronok. Akibatnya berlaku kemalangan dan rakan anda mati ditempat kejadian. Ketika itu juga anda berkemungkinan besar mula mengubah sikap anda apabila membawa motosikal. Walau pun ia berlaku hanya sekali dalam kehidupan, tetapi pengalaman tersebut cukup menyakitkan dan menyedihkan. Ia mengubah cara fikir anda serta merta.
Sikap anda juga berubah serta merta. Satu peristiwa mengubah segalanya. Sebenarnya untuk berubah anda tidak memerlukan masa yang panjang. Masa yang panjang sebenarnya untuk kita mengumpul maklumat dan membina keyakinan serta kepercayaan sememangnya perubahan diri itu sesuatu yang mesti dilakukan. Setelah anda membuat keputusan tentang perlunya berubah maka perubahan berlaku serta merta.
Masa yang panjang ini sebenarnya boleh disingkatkan dengan syarat anda mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk menyokong kepercayaan anda untuk berubah itu sekarang. Anda perlu mendapatkan maklumat dari orang yang boleh memberikannya kepada anda. Ramai yang tidak menyedari bahawa sikap ibarat pakaian yang boleh dipilih untuk disarungkan kebadan. Bagaimana mudahnya menukar pakaian begitu juga mudahnya mengubah sikap. Dengan syarat tahu rahsia dan kaedahnya.
Untuk berubah sikap, setiap kepercayaan dan pegangan hidup yang negatif perlu digugat, dicabar, dibenci dan kemudiannya digantikan dengan alternatif yang baru. Proses ini lebih mudah dilakukan sekiranya dibantu oleh seseorang yang pakar dalam bidangnya. Perhatikan sejenak, adakah sikap anda selama ini membolehkan anda menggunakan sepenuhnya potensi diri yang ada pada diri anda? Setiap kali guru memberikan markah ujian, cuba tanyakan diri anda, adakah ini yang terbaik boleh dilakukan oleh anda? Kalau tidak, apa yang menghalang anda melakukan yang terbaik? Tiada yang menghalang kecuali diri anda sendiri.
Kalau anda tidak mengubah sikap dan cara fikir anda sekarang, anda juga pastinya mencapai sesuatu yang serupa 5 – 10 tahun yang akan datang. Yang berubah ketika itu mungkin lokasi anda, rakan-rakan anda dan fizikal luaran anda tetapi dalamnya tetap sama. Kalau sekarang anda gagal di sekolah maka 5-10 tahun akan datang anda bakal gagal pula di alam pekerjaan. Sebab itulah anda perlu berubah, dan perubahan itu perlu dilakukan sekarang! Ingat, Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya, “tidak akan aku ubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah mereka ubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri”

Sikap Mementingkan Diri Sendiri Dalam Kalangan Masyarakat

Peribahasa ada menyebut, ‘seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing’. Peribahasa ini wujud kerana terdapat sesetengah ahli masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Mereka hanya mahu mencari jalan singkat untuk hidup senang, tanpa memikirkan kepentingan orang lain. Keadaan ini semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat moden hari ini yang tidak pernah mengambil berat akan orang lain. Berbeza dengan masyarakan dahulu kala di man mereka sering mengambil berat dan membantu jiran tetangga, rakan-rakan mahupun orang lain yang tidak mereka kenali dengan hati yang ikhlas lagi jujur tanpa mengharapkan balasan semata-mata.
Sebagai satu contoh situasi, bagi mereka yang merokok. Merokok jelas tidak mendatangkan faedah daripada segi kesihatan. Jika mahu merokok juga, tiada siapa yang mahu menegah. Namun keadaan akan lebih buruk apabila punting rokok dibuang ke kawasan penuh dengan rumput kering. Dengan tiupanangin yang kencang, mudahlah api menjulang. Bagi yang bersikap prihatin, dengan kudrat yang ada,akan segera memadam api tersebut sebelum membakar kawasan tersebut. Dengan menggunakan baldi, air akan dicurahkan ke dalam api yang terus menjulang. Dalam keadaan letih, cemas dan bimbang akan keselamatan diri, tentu diri akan panas hati jika masyarakat hanya melihat sahaja tanpa ada hasrat untuk membantu.
Situasi ini wujud kerana sesetengah ahli masyarakat akan menganggap sesuatu kejadian itu tidak perlu dibantu, jika tidak akan membawa malapetaka kepada diri dan keluarga. Mereka hanya tersentak dan segera menyalahkan orang lain jika kepentingan diri tergugat. Hal ini menunjukkan kempen mewujudkan masyarakat penyayang belum membuahkan hasil. Jika masyarakat berterusan bersikap negatif, hasrat mewujudkan Negara maju pada tahun 2020 tidak akan membuahkan hasil. Ini kerana, kemajuan Negara perlu seiring dengan kemajuan kerohanian masyarakatnya.
Oleh itu, seluruh ahli masyarakat perlu mengamalkan budaya tolong-menolong, seperti kata peribahasa ‘cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga’. Jika budaya ini menjadi amalan, kemajuan negara akan lebih pesat dan keharmonian masyarakat dapat dipertahankan.

Penyakit Keloid

Pernahkah anda ternampak seseorang yang mempunyai kesan melecur pada badan? Kemudian wujud pula kesan timbul seperti bekas parut yang masih baru dan bekas parut itu kelihatan kemerah-merahan. Fenomena ini selalunya disebut sebagai parut hidup. Tapi tahukah anda , parut itu boleh membesar dan menutupi kulit seseorang itu? Inilah yang dinamakan sebagai keloid.   Sehingga hari ini, tiada kajian lanjut mengenainya. Malah sehingga sekarang, ahli dermatologi dan saintis tidak mengetahui apakah punca yang menyebabkan keloid ini berlaku. Semua saintis bersepakat mengatakan tiada sebab musabab yang logic untuk membuktikan bagaimana keloid ini terjadi. Keloid terbentuk di atas kesan parut yang sedia ada. Kemudian, ia akan membesar dan akan menutupi kesan parut tersebut lalu menjadi seperti ketumbuhan pada kulit. Ianya seakan sama dengan tumbuhan parasite menumpang hidup pada sesuatu tumbuhan.
Istilah perubatan menjelaskannya sebagai hypertrophic scar iaitu kesan parut di tempat yang sama di sesuatu bekas luka. Keloid merupakan parut yang membesar, menaik dan mempunyai bentuk yang tidak sekata. Ia terjadi disebabkan oleh pembentukkan kolagen yang berlebihan di dalam korium (lapisan kulit daripada komponen sel, elemen fiber dan matriks di bawah epidermis untuk memberi ketebalan pada kulit) semasa pemulihan penghubung berlaku.
Apakah sesuatu parut luka itu yang berpotensi menyebabkan keloid dan bolehkah ia menyerang sesiapa saja? Menurut Pegawai Perubatan Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Dr Shahrizal Azwan Samsudin, sesiapa saja berpotensi mendapat keloid tetapi ia lebih mudah menyerang orang yang berkulit gelap. Setakat ini, belum ada penjelasan yang logic mengapa keloid gemar menyerang orang yang berkulit gelap. Malah saintis dari serata dunia juga tidak menemui jawapan.
Kata Dr. Shahrizal, sehingga kini, keloid dianggap sebagai satu misteri di dalam dunia perubatan kerana ia tidak menpunyai kaedah yang mampu merawatnya. Seseorang yang menghidapi keloid akan mendapat kesan parut seumur hidupnya. Proses tumbesaran keloid kadangkala boleh menyebabkan kecacatan jika ia tumbuh di kawasan berhampiran organ deria seperti mata, telinga dan juga sendi. Mangsa akan berdepan dengan beberapa gejala gatal dan pedih pada tempat terjadinya keloid. Gejala ini dapat dikurangkan tetapi ia akan berterusan sepanjang hayat.
Bagaimanapun, setakat ini keloid dikategorikan sebagai sesuatu yang tidak berbahaya kerana ia tidak boleh menyebabkan kematian. Ia mampu menyebabkan seseorang itu berasa malu dan rendah diri kerana parut itu begitu jelas kelihatan. Lazimnya, keloid menyerang di lokasi segi tiga tubuh badan seperti leher, bahu dan dada.

Kelemahan Teknologi Maklumat dan Kaedah Menanganinya

Era globalisasi yang melanda dunia tidak akan lengkap tanpa kewujudan perkembangan teknologi maklumat. Tidak dinafikan bahawa terknologi maklumat akan memberikan bentuk baru pada corak kehidupan manusia. Penyebaran maklumat secara besar-besaran sudah tentu akan membawa kita menuju peradaban elektronik. Hal ini disebabkan teknologi komunikasi ini akan membawa kita kepada perkembangan yang berkaitan dengan pelbagai cara menerima dan menyampaikan maklumat seperti gambar, bunyi dan nombor yang diaplikasikan secara elektronik.
Dengan itu, teknologi maklumat menggabungkan komputer telekomunikasi supaya dapat membentuk sistem-sistem bagi mengurus maklumat. Namun, sistem ini tidak terlepas daripada ancaman yang boleh mendatangkan impak buruk kepada semua pihak.
Ancaman yang dihadapi oleh pengguna teknologi maklumat datangnya daripada penggodam komputer, iaitu orang yang boleh mendatangkan ancaman kepada komputer dan sistem rangkaiannya. Mereka akan cuba menyalahgunakan kemudahan ini untuk kepentingan sendiri. Namun begitu, terdapat golongan penggodam komputer yang menjalankan aktiviti khianat sebagai salah satu keseronokan semata-mata tanpa memikirkan kesan buruk yang akan menimpa pihak lain.
Sebahagian penggodam komputer yang lain pula menjalankan aktiviti tersebut untuk menceroboh sistem rangkaian komputer dan mencuri data penting. Selain itu, ada di kalangan mereka juga menghantar virus bagi mengganggu sistem rangkaian komputer hingga menyebabkan kerosakan serius.
Di samping itu, kelebihan yang terdapat pada teknologi maklumat kini diperalat dengan mudah oleh pengganas dan kartel dadah. Mereka menyalahgunakan kecanggihan teknologi ini untuk menjalankan kegiatan yang mampu melumpuhkan masyarakat. Kita sedia maklum bahawa zaman maklumat semakin menghapuskan zaman perindustrian dan zaman pertanian, manakala globalisasi pula menerobos setiap penjuru dunia, sedangkan keselamatan merupakan satu agenda utama dan penting.
Tambahan pula, maklumat ialah bahan yang sangat berkuasa untuk menubuhkan atau menggulingkan sesebuah kerajaan dengan memperalat komputer dan rangkaiannya. Oleh sebab itu, keselamatan pada zaman maklumat masih lagi diragui lantaran wujudnya aktivis-aktivis tanpa sempadan ini yang dapat mengganggu sistem keselamatan.
Teknologi maklumat kini telah dieksploitasi dengan begitu rakus untuk mencapai pelbagai tujuan. Menerusinya, teknologi canggih internet ini telah digunakan untuk melaksanakan pelbagai jenayah tradisional dalam bentuk moden seperti memeras ugut, menipu, dan menyebarkan fitnah.
Fenomena ini amat menyedihkan kerana teknologi yang dibangunkan bersama-sama dengan arus kemodenan ini telah digunakan untuk merosakkan kehidupan manusia. Sekalipun dari sudut lain, teknologi maklumat membawa kemajuan dan kebaikan dalam hidup manusia, namun kewujudannya menghadapi pelbagai ancaman daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.


 http://mindasasterabahasa.com/2011/07/kelemahan-teknologi-maklumat-dan-kaedah-menanganinya.html

Strategi Menulis Karangan

1. Memilih Soalan Yang Tepat
  • Soalan yang hendak ditulis bersesuaian dengan pengetahuan, pemahaman, dan keupayaan calon agar karangan yang ditulis tepat, padat dan bernas.
  • Calon perlu memahami kehendak soalan dengan mencari kata kunci pada setiap soalan, contohnya..bincangkan, bahaskan, berikan pendapat, ceritakan, gambarkan, huraikan, dan ulaskan.
  • Setiap kata kunci yang ditemui, perlu digaris agar kehendak soalan dapat difahami.
2. Menyediakan Rangka Karangan
  • Bahan yang diperolehi janganlah terus ditulis. Catatkan dalam kertas, kemudian susun : isi yang penting didahulukan, kemudian cari contoh yang berkaitan bagi memantapkan isi tersebut.
  • Aspek bahasa perlu diberi perhatian, termasuklah aspek tatabahasa, ejaan, tanda baca, perenggan, dan pemilihan kata yang tepat.
3. Perenggan Pendahuluan
  • Perenggan pendahuluan mestilah berdasarkan rangka pendahuluan yang disediakan.
  • Perenggan pendahuluan amat penting untuk menarik pembaca untuk terus membacanya.
4. Perenggan Isi
  • Setiap isi perlu ditulis dalam sebuah perenggan. Untuk memantapkan isi, perlu sertakan contoh, kesan dan huraian. Faktor lain seperti maklumat tambahan, ulasan dan memberi kesimpulan boleh dimasukkan dalam perenggan isi.
  • Setiap isi perlu ada wacana yang bersesuaian agar keterangan setiap isi tidak terputus dan dapat memperlihatkan kesatuan idea yang mantap.
5. Perenggan Penutup
  • Penutup karangan berupa kesimpulan, disamping pendirian tentang sesuatu tajuk.
  • Kesimpulan mestilah padat dan sama panjangnya

Sebab-Sebab Kita Patut Berjimat Cermat dan Halangan Untuk Melaksanakannya

Apabila mempunyai pendapatan yang lebih atau mendapat durian runtuh samada pendapatan itu ialah bonus tahunan, paling tidak simpanan yang kian meningkat, sesetengah orang merasakan bahawa pada masa itu dia mempunyai wang berlebihan atau menjadikannya seolah-olah orang kaya baru. Kita tidak menafikan bahawa seseorang itu boleh membelanjakan wang itu sesukahatinya kerana wang itu adalah haknya. Walau bagaimanapun, harus diingat juga, selain diri sendiri, kita perlu memikirkan tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak.
Dalam kehidupan ini sebenarnya banyak perkara yang menuntut perbelanjaan san memerlukan wang untuk menyelesaikannya seperti kereta rosak, bekalan dapur kehabisan, paip pecah dan sebagainya yang berupa tuntutan di luar jangkaan yang mesti diatasi segera. Sehubungan dengan perkara itu, kita hendaklah berhati-hati dengan tuntutan di luar jangkaan.
Seseorang yang bijaksana akan mengambil langkah menimbang tara kepentingan keperluannya berbelanja mengikut keupayaan. Perbelanjaan yang terancang membolehkan seseorang itu mengurus perbelanjaan mengikut kemampuan kewangannya. Oleh sebab itu, cara yang paling baik agar kita tidak selalu berhadapan dengan kesesakan kewangan atau sebelum tiba musim kering adalah dengan menyisihkan 20 peratus pendapatan dan menyimpan wang itu di bank.
Wang yang disimpan itu dapat digunakan untuk membiayai keperluan pengajian tinggi anak-anak di universiti tempatan atau luar negeri agar pada masa itu kita tidak perlu menagih bantuan ke sana ke mari. Hal ini mesti dirancang dengan teliti lagipun pada masa ini, kos pendidikan semakin tinggi berbanding dengan keadaannya pada sedekad yang lalu. Selain itu, hendaklah diingat bahwa wang yang disimpan itu dapat digunakan untuk keperluan perbelanjaan perubatan pada masa sekarang  dan pada hari tua nanti.
Satu perkara yang harus diingat, jangan gunakan tabungan itu sehingga hamper meranapkan jumlah simpanan kerana perkara ini akan menjadilkan seseorang itu miskin semula. Dengan sebab itu, jika wang tabungan itu digunakan, maka haruslah dicari jalan untuk menggantikannya semula.
Bagi sesetengah orang, berbelanja adalah untuk memenuhi gaya hidup hari ini yang banyak menjurus kepada kebendaan. Pelbagai dorongan akan mendesak seseorang berbelanja di luar kawalan, misalnya kemudahan yang dimiliki termasuklah penggunaan kad kredit.
Seseorang yang berjaya mengekang nafsunya dan berbelanja untuk tujuan yang perlu sahaja sudah pasti berjaya mengurus kewangannya. Jika perkara yang sebaliknya terjadi, maka iklim kewangannya tetap berada pada takuk yang lama dan tabungannya juga sukar meningkat.

Cara-cara Manfaatkan Masa Lapang

Ramai yang beranggapan bahawa masa itu emas. Tanggapan tersebut sememangnya bertepatan dengan nilai masa itu sendiri. Ini kerana masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Oleh itu, seseorang itu seharusnya bijak membahagikan masa mereka. Kejayaan seseorang itu banyak bergantung kepada cara memanfaatkan masa yang terluang. Tuhan telah memberikan kita masa selama 24 jam sehari dan diri kitalah yang diberi tanggungjawab untuk memperuntukkan masa tersebut dengan aktiviti yang berfaedah.
Bagi para remaja yang masih menuntut di bangku persekolahan, adalah wajar sekiranya mereka memanfaatkan masa lapang yang mereka miliki dengan mengulangkaji pelajaran. Cara ini dapat mempercepatkan proses pembelajaran di kelas. Ini kerana, latihan latih tubi yang berterusan sahaja tidak mampu untuk mengekalkan ingatan pelajar terhadap pelajaran yang diajar. Sebaliknya, dengan ulangkaji yang berterusan, seseorang pelajar itu akan sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan sebenar.
Selain mengulangkaji pelajaran, seseorang pelajar juga perlu untuk melakukan aktiviti riadah dan juga senaman agar tubuh mereka tidak menjadi lesu dan tidak bermaya. Aktiviti riadah ringan seperti berjoging, bermain badminton dan bermain bola sepak sahaja sudah mencukupi untuk meningkatkan metabolisma seseorang agar kekal sihat dan cergas sepanjang masa. Selain itu, aktiviti yang dilakukan juga dapat menyihatkan tubuh badan dan membuatkan tubuh badan sentiasa bertenaga dalam melalui hari-hari yang mendatang.
Selain mengulang kaji pelajaran dan melakukan aktiviti riadah, melakukan aktiviti berpersatuan juga adalah perlu untuk mengisi masa lapang yang terluang. Persatuan-persatuan seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Bahasa Malaysia, Kadet Bomba Sekolah, dan juga Kelab Alam Sekitar merupakan antara persatuan yang wajar disertai oleh para pelajar bagi mengisi masa yang terluang dalam kehidupan seharian mereka. Dengan adanya penglibatan para pelajar dalam aktiviti berpersatuan seperti ini, maka tidaklah mereka mempunyai masa terluang yang banyak sehinggakan mereka mengisi masa tersebut dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti merokok, melepak, menagih dadah, dan banyak lagi.
Sebagai kesimpulan, memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah amatlah perlu terutama dalam kalangan anak-anak remaja yang masih mengalami zaman peralihan sehinggakan mereka mudah terpengaruh dengan gejala-gejala yang tidak sihat dewasa ini. Oleh itu, semua pihak terutama pihak ibu bapa dan guru seharusnya memberi perhatian yang mencukupi bagi golongan remaja yang masih memerlukan perhatian, kasihsayang, bimbingan dan juga sokongan dari ibu bapa demi menentukan hala tuju hidup mereka.

Usaha Mencantikkan Sekolah dan Tujuannya

Kita menginginkan sekolah kita berada dalam keadaan cantik dan ceria. Namun, impian tersebut tidak akan menjadi kenyataan sekiranya kita hanya bergantung kepada tukang kebun sekolah untuk membersihkannya. Sebagai manusia yang memounyai kudrat, kita patut berusaha serta berganding tenaga bersama dalam usaha untuk mencantikkan kawasan sekolah yang kita sayangi.
Langkah pertama yang boleh kita lakukan ialah membuat mural di dinding bangunan sekolah.Aktiviti ini boleh dijalankan ketika mata pelajaran Pendidikan Seni atau pada sebelah petang sebaik sahaja selesai waktu persekolahan.Dinding yang ditulis serta dihiasi dengan kata-kata hikmat dan lukisan pemandangan yang indah pasti menghiburkan hati kita setiap kali melalui bangunan tersebut.
Persekitaran sekolah boleh dihiasi dengan pokok-pokok bunga.Sebagai langkah awal,aktiviti gotong royong yang melibatkan semua pihak termasuklah ibu bapa, guru-guru serta para pelajar sendiri perlu diadakan.Peralatan berkebun seperti cangkul, pongkes, dan sabit perlulah dibawa bagi memudahkan kerja-kerja ketika sesi gotong-royong tersebut dijalankan. Di sudut tertentu di laman sekolah, adalah lebih menarik sekiranya sebuah taman bunga yang mempunyai landskap yang cantik disediakan bagi kemudahan para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dan mengadakan aktiviti riadah ringan.
Sekolah yang mempunyai persekitaran yang cantik dan menyenangkan mata memandang membuatkan para pelajar berasa selesa ketika menghadapi suasana pembelajaran.  Masuk sahaja ke perkarangan sekolah, kehadiran kita seperti disambut oleh bunga-bungaan yang sedang menguntum mekar di taman. Ini menyebabkan hati kita gembira, sekaligus menjadikan suasana pembelajaran lebih selesa dan santai di kawasan sekolah.Selain kecermelangan dalam bidang pendidikan, imej sekolah uga merupakan satu aspek penilaian yang amat penting dalam etika penilaian sekolah contoh di seluruh Negara.
Sesungguhnya, persekitaran sekolah yang cantik dan menarik menjadi idaman setiap pelajar.Oleh itu, bersama-samalah kita menjaga persekitaran sekolah dengan baik serta mengekalkan kecantikan dan keceriaan sekolah untuk kebaikan semua pihak.

Hak Golongan Kurang Upaya Dalam Masyarakat Sempurna

Golongan kurang upaya atau dalam kata singkatannya (OKU) merupakan golongan yang kurang sempurna atau cacat anggota badannya.Kecacatan anggota badan yang dimaksudkan meliputi kecacatan mana-mana anggota badan termasuk kaki dan tangan, lumpuh, pekak, bisu, dan buta.Manusia yang mempunyai kekurangan seperti ini cenderung untuk merasa rendah diri ketika berada di sekeliling mereka yang sempurna anggota badannya.Namun, di sebalik kekurangan yang mereka alami, mereka juga sebenarnya mempunyai hati dan perasaan yang mungkin lebih sensitive ketika berada bersama rakan sebaya yang lebih sempurna.
Sebagai manusia yang dianugerahi kesempurnaan daripada Tuhan, kita wajar membantu golongan kurang upaya ini. Pertama, kita perlu membantu mereka untuk berdikari agar kehdupan mereka tidak terlalu bergantung kepada orang lain. Berdikari yang dimaksudkan termasuklah mempunyai tahap pendidikan yang tinggi dan setaraf dengan tahap pendidikan yang dimiliki oleh orang di sekeliling mereka. Dengan tahap pendidikan yang mencukupi, golongan kurang upaya ini juga mampu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama golongan yang lebih sempurna.
Selain itu, kita juga perlu memberi mereka peluang untuk mengembangkan minat dan keupayaan mereka sendiri.Sebagai contoh, mungkin ada di antara mereka yang berminat untuk menceburi bidang sukan. Lalu, dalam keghairahan menganjurkan kejohanan yang dicanangkan boleh mengharumkan nama Negara, golongan ini juga perlu diberi peluang untuk menyertai kejohanan tersebut. Mereka yang berbakat besar dalam bidang sukan perlulah dikenalpasti , dilatih dan diketengahkan dalam Kejohanan Paralimpik.
Golongan kurang upaya ini juga mempunyai sifat rendah diri dan menganggap takdir telah menghukum mereka. Maka kita sewajarnya memberi mereka semangat untuk bangun menghadapi rintangan dengan kekuatan seperti kata peribahasa “genggam bara api biar sampai jadi arang”. Keyakinan ini membolahkan mereka untuk keluar daripada kepompong hidup mereka yang asyik menyalahkan takdir semata-mata.
Pada waktu yang sama, majikan juga hendaklah memberi ruang kepada golongan kurang upaya ini untuk menunjukkan kemampuan dan kebolehan yang mereka miliki. Jika ada antara majikan yang sanggup menggaji mereka, sudah tentu hidup mereka akan terjamin dan keyakinan diri mereka juga pasti meningkat dari semasa ke semasa. Ini juga secara tidak langsung mengurangkan kadar pengemis yang terdapat di Negara ini.
Oleh itu, golongan kurang upaya juga haruslah menjadi masyarakat yang maju dan serba boleh.Dengan sedikit inisiatif dan keyakinan, mereka juga pasti boleh menjadi masyarakat yang berdaya maju, setaraf dengan masyarakat sempurna yang lainnya.

Punca Kahwin Lari Antara Wanita Tempatan Dengan Warga Asing

Kes yang melibatkan trend kahwin lari dalam kalangan wanita muda tempatan dengan warga asing semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Mereka sanggu meredah Laut China Selatan semata-mata untuk membuktikan cinta sejati kepada pasangan tanpa memikirkan kesan yang bakal dihadapi pada kemudian hari.
Statistik kes Orang Hilang dan Jumpa Seluruh Malaysia yang dikeluarkan oleh PDRM menunjukkan bahawa pada tahun 2007 ( Januari hingga April ), sebanyak 681 orang wanita muda tempatan disahkan hilang. Daripada jumlahitu, hanya 302 orang berjaya ditemui semula. Kebanyakan wanita muda tempatan yang terjebak dalam kes kahwin lari dengan warga asing ini dipengaruhi oleh pujuk rayu pasangannya. Bagi wanita muda yang mengalami masalah kepincangan keluarga dan dahagakan kasih sayang, mereka mudah terpengaruh dengan pujuk rayu pasangan mereka.
Selain itu, sikap wanita muda tempatan yang cenderung mencari ‘kelainan’ dalam memilih pasangan hidup turut menjadi punca mereka terjebak dengankes kahwin lari ini. Kebanyakan mereka ini berasa bangga dengan rakan-rakan jika dapat memikat hati pasangan warga asing terutama dari Pakistan,Afrika, atau Indonesia. Di samping itu, punca berlakunya kes ini juga disebabkan oleh sikap wanita muda yang berasa bahawa mereka mempunyai hak untuk menentukan hala tuju hidup mereka sendiri. Nasihat ibu bapa, rakan-rakan, mahupun guru tidak diendahkan. Apa yang lebih penting, mereka sudah menemui kekasih hati yang sanggup menghulurkan cinta dan menjadi tempat untuk mereka mengadu.
Hakikatnya, niat kedatangan warga asing ke Negara ini diibaratkan seperti serampang dua mata. Selain mencari rezeki, mereka juga ingin mendapatkan status Penduduk Tetap (PR). Seperti yang tertakluk dalam prosedur memiliki status PR, seseorang warga asing layak mendapat status PR jika mereka mengahwini gadis tempatan. Jadi, akhirnya banyak wanita muda tempatan yang menjadi mangsa.
Kerajaan dan rakyat sedang giat berganding bahu bagi membanteras masalah ini. Paling penting, maklumat awal dan kempen kesedaran dari semasa ke semasa wajar diberikan kepada wanita muda tempatan berkaitan isu ini. Manakala ibu bapa pula seharusnya lebih sensitif dan peka terhadap perihal anak-anak. Komunikasi yang berkesan dan pemupukan kasih sayang antara ahli keluarga secara tidak langsung dapat membantu menangani masalah sosial anak-anak. Sementara itu, wanita muda sendiri perlulah mempunyai kesedaran diri dan memikirkan kesan negatif yang bakal ditanggung oleh mereka dalam melakukan sesuatu perkara.

Bangsa Palestin di Dunia

Palestin merupakan salah satu bangsa yang terdapat di dunia. Keseluruhan rakyat Palestin berjumlah 4.3 juta orang. Mereka beragama Islam dan berketurunan Arab. Bangsa Palestin merupakan satu bangsa yang agak mundur dari segi kemajuan negara mahupun kewangan. Ini kerana, sejak dari dahulu lagi mereka telah ditindas oleh salah satu bangsa yang paling berkuasa di dunia, iaitu bangsa Israel.
Konflik yang berlaku antara bangsa Israel dan Palestin memang tidak dapat dipertikaikan lagi kerana kedua-dua negara sememangnya telah lama saling bercakaran dan saling menyakiti antara satu dengan yang lain. Namun, pada kebanyakan masa, penduduk Palestin lah yang sentiasa menjadi korban keganasan Israel.
Keberanian Yahudi Israel bertindak tanpa ada rasa perkemanusiaan terhadap bangsa Palestin adalah kerana adanya kuasa besar yang melindungi malah menyokong kekejman yang mereka lakukan. Ketika sidang Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) di Putrajaya pada Oktober 2003 yang lepas, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menegaskan bahawa bangsa Yahudi menguasai dunia menerusi proksi.
Kisah antara Palestin-Israel sepatutnya menjadi pengajaran terhadap kita bahawa yang kuat janganlah menindas yang lemah. Dan yang lemah juga janganlah terlalu bersikap mudah mengalah kerana dengan mengalah, mereka akan terus disakiti tanpa perikemanusiaan. Sebagai manusia yang berakal, kita seharusnya mempertahankan diri sendiri apabila disakiti. Namun bagi yang tidak mampu, kita hanya mampu berserah pada Yang Maha Berkuasa yang mampu memberi keadilan terhadap seluruh umatnya.

Imunisasi Kanak-kanak

Pengenalan
Imunisasi merupakan satu proses memberi vaksin kepada bayi bertujuan untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit. Vaksin ialah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan. Imunisasi boleh diberi secara suntikan (melalui otot atau di bawah kulit) atau melalui mulut. Kesan sampingan vaksinasi adalah perkara biasa dan pada kebiasaannya adalah ringan dan tidak membahayakan.
Bayi diberi imunisasi secara suntikan Bayi diberi imunisasi secara oral
Penggunaan vaksin di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Bil. Penyakit Produk vaksin Cara vaksin di beri
1 Tuberculosis Bakterium yang dilemahkan (BCG) Di bawah kulit lengan
2 3
4
5
Diphtheria Tetanus
Pertussis (Batuk kokol)
Haemophilus influenzae type b
Toksin bakteria yang diubahsuai (D) Toksin bakteria yang diubahsuai (T)
Komponen bakteria (Hib) #
DTWP (kombinasi vaksin), Hip + Hepatitis B + Difteria + Tetanus + Pertussis. Diberikan melalui suntikan di peha.
6 Hepatitis B Kompenan virus (Hep B) Melalui suntikan di otot peha
7 Polio Virus yang dilemahkan (OPV) Diberi melalui mulut
8 9
10
Beguk Campak
Rubella
Virus yang dilemahkan (M) Virus yang dilemahkan (M)
Virus yang dilemahkan (R)
Melalui suntikan di otot peha
Nota:
  1. Semua penyakit di atas boleh berjangkit dari seseorang kepada seseorang kecuali Tetanus (dimana ia disebabkan luka di badan akibat pencemaran oleh tanah yang mengandungi bakteria)
  2. #-wP – vaksin digunakan kesemua sel Pertusis
  3. Vaksin berikut boleh didapati di klinik swasta :
    • aP acellular Pertussis yang diperbuat daripada kompenan bakteria
    • Varicella (demam cacar air)
    • Influenzae
    • Hepatitis A
    • Demam taifod
Jadual Imunisasi
Vaksin
Usia ( Bulan )
Sekolah
Lahir 1 2 3 5 6 12 18 Tahun 1 Tahun 3
BCG 1
Jika tiada parut / no scar
Hep B 1st
2nd 3rd 4th
DTwP+Hib
1st 2nd 3rd
“DTP or DT
DTP dos tambahan DTP dos tambahan
Tetanus
Dos tambahan
OPV
1st 2nd 3rd
Dos tambahan Dos tambahan
Campak
Sabah
MMR
1st
2nd
Nota :
  • Imunisasi Hib dan MMR tidak diberi oleh KKM sebelum Julai 2002.
  • Sebelum tahun 2002, vaksin campak diberi sebagai vaksin tunggal pada usia bayi 9 bulan. Ketika ini vaksin ini hanya diberi kepada bayi di Sabah yang berusia 6 bulan.
Komplikasi penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi
Penyakit
Komplikasi
Tibi (batuk kering) Menyebabkan jangkitan yang serius pada radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak (meningitis) dan terus merebak kepada organ lain.
Difteria Toksik dikeluarkan oleh bakteria disebabkan oleh saluran pernafasan yang tersumbat atau pneumonia (radang paru-paru).
Pertusis (batuk kokol) Plumbum akan menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak.
Tetanus (Kancing gigi) Keracunan bakteria menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan membuka rahang (kancing gigi).
Haemophilus influenzae jenis (Hib) Bakteria ini menyebabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia), saluran pernafasan dan radang saraf otak (meningitis).
Hepatitis B Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan mempengaruhi individu mendapat kanser hati pada masa depan.
Polio Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak dan kecacatan kekal pada otot kaki.
Campak Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) and paru-paru (pneumonia).
Beguk Virus ini menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) dan testis (orchitis) dan boleh membawa kepada kemandulan.
Rubella Virus rubella merebak di kalangan manusia, ibu hamil, terutamanya kehamilan bagi tiga bulan yang pertama dan boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan pada otak, sistem pendengaran dan penglihatan serta kerosakan hati. (terutamanya PDA patent ductus arteriosus hyperli)
Nota – Semua penyakit di atas sangat berbahaya dan boleh membawa kematian.
Kesan sampingan dan keselamatan vaksin
Semua vaksin yang diberi adalah selamat dan berkesan selaras dengan cadangan World Health Organization (WHO). Kesan sampingan adalah ringan mempunyai batasannya sendiri. Ini termasuk demam, bengkak ringan dan sakit pada tempat yang disuntik. Jika ini berlaku, sila beri ubat (paracetamol).
Kesan sampingan yang serius adalah jarang berlaku. Segeralah berjumpa dengan doktor, jika berlaku keadaan berikut :
  • Menangis berterusan, mengantuk, pucat, berlaku otot kecutan otot dalam tempoh 48 jam selepas suntikan
  • Berlaku ruam panas, kesukaran bernafas dan mengantuk yang serius
Langkah berjaga-jaga dan tanda-tanda semasa imunisasi adalah biasa
  1. Penjagaan berikut perlulah diberi perhatian :
    • Kesakitan yang sedikit tanpa demam bukan merupakan tanda imunisasi
    • Reaksi yang sedikit selepas mengambil telur bukan merupakan tanda suntikan campak
    • Walau bagaimanapun, jika bayi anda mempunyai kesakitan yang teruk dengan suhu badan yang melebihi 38°Celsius, imunisasi akan ditangguhkan sehingga bayi sihat.
    • Jika bayi mempunyai lebam yang jarang berlaku , suntikan akan menyebabkan pendarahan pada otot.
  1. Situasi dan tanda-tanda berikut jarang berlaku semasa imunisasi :
    • Vaksin hidup (OPV, MMR adalah kontra indikasi untuk bayi-bayi yang mempunyai daya tahan tubuh yang lemah disebabkan oleh penyakit serius atau penggunaan ubat-ubat tertentu (penggunaan steroid jangka panjang, rawatan kanser). Bagaimanapun apabila bayi telah sihat, imunisasi boleh diberikan.
    • Kanak-kanak yang telah dikenalpasti alah terhadap pemberian imunisasi yang lalu (anaphylaxis)
Tips imunisasi
  • Pencegahan penyakit melalui imunisasi jauh lebih baik daripada rawatan, jika penyakit itu berlaku. Pastikan bayi mendapat imunisasi yang lengkap mengikut jadual imunisasi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Vaksin adalah berkesan dan kesan sampingan yang dialami adalah perkara biasa dan tidak serius.
  • Sila berjumpa doktor, jika bimbang mengenai tanda-tanda kontra indikasi pada bayi selepas imunisasi.

Kanak-kanak dan bayi lebih mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit kerana sistem imun mereka belum terbentuk sepenuhnya. Dengan mendapatkan imunisasi lengkap, anda dapat mengelakkan mereka dari dijangkiti oleh beberapa jenis penyakit berjangkit tersebut.
Kenapa Perlu Ikut Jadual Imunisasi?
Dr Nor Shahidah Khairullah, Pengarah dan Ketua Jabatan Virologi, Pusat Kajian Penyakit Berjangkit Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IMR) berkata :
{xtypo_quote_right}Jika anda melengahkan pemberian imunisasi kepada anak, antibodi dalam badan mereka akan berkurang dengan cepat dan mungkin tiada langsung jika suntikan vaksin seterusnya tidak diberikan.{/xtypo_quote_right}”Suntikan imunisasi diberikan secara berperingkat dalam jangka masa tertentu kerana badan bayi belum dapat menghasilkan antibodi mereka sendiri.
Jika anda melengahkan pemberian imunisasi kepada anak, antibodi dalam badan mereka akan berkurang dengan cepat dan mungkin tiada langsung jika suntikan vaksin seterusnya tidak diberikan.
Hanya selepas jadual imunisasi dipenuhi, baru badan kanak-kanak dapat menghasilkan antibodi secukupnya untuk melawan serangan virus atau bakteria. Sebaliknya, jika suntikan vaksin kedua atau ketiga dilengahkan sehingga beberapa bulan, keseluruhan proses imunisasi bagi sesetengah penyakit mungkin perlu diulang kembali bagi mengelakkan si kecil mendapat jangkitan.”
Jadual Imunisasi Yang Disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia
VAKSIN
UMUR(BULAN)
UMUR(TAHUN)
Ketika Lahir
1
2
3
4
5
6
12
18
7
12
15
BCG (Tibi)
 x
tiada parut
Hep (Hepatitis B)
 x
 x
 x
 x
DTP (Difteria, tetanus, pertussis)
 x
 x
 x
 x
Hib (Haemophilus influenza type B)
 x
 x
 x
OPV (Polio)
 x
 x
 x
 x
 x
MMR (Measles, mumps, rubella)
 x
 x
Measles (Campak)
 x
DT (Difteria)
 x
T (Tetanus)
 x
PETUNJUK
 x
Imunisasi Primer
 x
Dos Tambahan
 x
Sabah Sahaja

Sumber :
  • Risiko Alpa Imunisasi Anak, Harian Metro, 5 Februari 2006
  • Portal Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia
IMUNISASI HEPATITIS B
Anda sedang menunggu kelahiran bayi anda. Bayi anda yang baru lahir memerlukan segala kasih sayang, jagaan dan perlindungan yang anda mampu berikan.
Imunisasi adalah satu cara perlindungan yang baik untuk bayi anda. Ia boleh melindungi bayi anda daripada berbagai jenis penyakit berjangkit yang kerap berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak seperti penyakit tibi, kerongkong, batu kokol, campak dan sebagainya.
Sekarang anda boleh melindungi bayi anda daripada Hepatitis B!
Mulai Januari 1989, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan perkhidmatan imunisasi Hepatitis B untuk semua bayi yang baru lahir.
Apakah Hepatitis B?
Hepatitis B ialah penyakit yang menyerang hati yang disebabkan oleh sejenis kuman iaitu virus Hepatitis B.
Mengapa ia merbahaya?
Hepatitis B merbahaya kerana setengah pesakit terus membawa virus Hepatitis B di dalam badan mereka walaupun mereka telah pulih daripada jangkitannya.
0rang-orang seperti ini dipanggil pembawa. Pembawa Hepatitis B mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit-penyakit yang teruk seperti penyakit hati, kerosakan hati dan barah hati. Barah hati adalah di antara sepuluh jenis barah yang kerap berlaku di dunia, termasuk di negara kita.
Pembawa Hepatitis B juga mengacam kesihatan orang lain oleh kerana mereka boleh memindahkan virus itu kepada orang lain.
Setakat ini, tiada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit ini.
Bayi yang baru lahir menghadapi risiko tertinggi
Bayi yang dilahirkan kepada ibu yang merupakan pesakit atau pembawa Hepatitis B mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk menghidap Hepatitis B. Bayi-bayi yang dijangkiti melalui ibu mereka akan menjadi pembawa seumur hidup dan menghadapi risiko tinggi menghidap barah hati.
Lindungilah bayi anda daripada Hepatitis B melalui Imunisasi
0leh kerana bayi yang baru lahir mempunyai risiko tinggi untuk menjadi pembawa Hepatitis B, mereka perlu diberikan imunisasi Hepatitis B. Imunisasi ini adalah selamat dan tidak memberikan kesan-kesan sampingan.
Imunisasi Hepatitis B perlu diberikan melalui 3 dos seperti berikut:
Dos Umur :
  • Dos Pertama Pada Hari Kelahiran
  • Dos Kedua Apabila Berumur Satu Bulan
  • Dos Ketiga Apabila Berumur Lima Bulan
Tiga dos diperlukan untuk memastikan bahawa bayi anda menerima perlindungan lengkap terhadap Hepatitis B.
Bagaimana Imunisasi ini boleh didapati?
Perkhidmatan ini boleh didapati di semua hospital dan klinik kerajaan serta hampir semua hospital swasta.
Jika puan bersalin di hospital bayi puan akan diberi suntikan dos pertama oleh jururawat dihospital.
Jika jururawat desa atau bidan kerajaan menyambut kelahiran dirumah, beliau akan memberikan suntikan dos pertama sejurus selepas kelahiran.
Sekiranya bidan kerajaan yang menyambut kelahiran di rumah tidak dapat memberikan suntikan dos pertama sejurus selepas dilahirkan atau jika kelahiran disambut oleh bidan kampung, puan dinasihat supaya meminta suami atau ahli keluarga yang lain membawa bayi tersebut ke pusat kesihatan yang berhampiran dengan secepat mungkin untuk suntikan dos pertama.
Bagi suntikan dos kedua dan dos ketiga, puan dikehendaki membawa bayi puan ke hospital atau pusat kesihatan yang berhampiran pada masa yang ditetapkan.
3 Dos Imunisasi Hepatitis B Akan Melindungi Bayi Anda Sepenuhnya.



 http://mindasasterabahasa.com/2012/01/imunisasi-kanak-kanak.html


Penderaan Kanak -kanak

Penganiayaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang di lakukan kepada golongan kanak-kanak dengan tujuan mencederakan. Ini termasuk penderaan kepada bayi yang mampu menyebabkan sindrom mengoncang bayi. Penderaan kanak-kanak secara fizikal merupakan sesuatu yang kejam yang dilakukan oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti kanak-kanak agar kanak-kanak tersebut patuh, atau pendera tersebut mengalami masalah mental, ataupun disebabkan bagi memuaskan diri mereka secara psikologi.
Pada masa kini terdapat peningkatan mengenai mangsa dera akibat terdapat mangsa dera yang meninggal. Belum dapat dipastikan samada peningkatan jumlah ini adalah disebabkan peningkatan dalam jumlah kes penderaan kanak-kanak atau akibat meningkatnya kesedaran yang lebih mendalam mengenai penderaan kanak-kanak.
Sebagai contoh, adakah kanak-kanak yang mati akibat kes penderaan pada masa dahulu tidak pernah berlaku, ataupun kes kematian itu gagal dikesan disebabkan mereka yang mengendalikan mayat kanak-kanak tersebut tidak menyiasat kesan pada mayat disebabkan jahil mengenai kes penderaan kanak-kanak.
Punca Penderaan
  • Penderaan sering berlaku apabila ibu bapa kurang mendapat sokongan sosial seperti mempunyai pendapatan dan pendidikan rendah, apabila suasana persekitaran adalah tidak stabil, apabila ibu merupakan penjaga tunggal, juga apabila tidak adanya tempat penjagaan anak.
  • Apabila ibu bapa yang pendera “abusive” gagal menggunakan pertimbangan (reasoning) mereka, maka anak-anak tidak dapat menerima “meresapkan” segala peraturan dan undang-undang kerana pertimbangan adalah cara terbaik untuk mengajar sesuatu. Akibatnya anak itu menjadi lebih agresif dan menentang.
  • Selalunya anak lelaki menjadi mangsa deraan, mungkin kerana anak lelaki dianggap lebih tahan daripada anak perempuan bagi ibu bapa melepaskan kekecewaan mereka.
Kesan daripada penderaan fizikal biasanya mengakibatkan mangsa sukar untuk mempercayai orang dewasa, menjalin persahabatan yang tidak mendalam, dan sering meninggalkan kawan baru jika ia merasakan bahawa ia tidak diterima. Di sekolah pula, mereka merupakan pelajar lemah, kesepian dan tidak mempunyai kawan.

Gejala Samseng Di Sekolah

Sejak akhir-akhir ini, gejala samseng di kalangan pelajar semakin menjadi-jadi. Seperti yang dilaporkan media massa, kegiatan samseng ini bermula pada peringkat awal dimana kegiatan membuli pelajar lain secara kecil-kecilan akan berlaku. Tetapi sewasa ini, seringkali kita mendengar mengenai kes pembulian pelajar yang berakhir dengan kematian.Ini menunjukkan, kegiatan para pelajar yang bersifat samseng kini sudah melampaui batasan dan di luar kewarasan akal fikiran dimana mereka seringkali melakukan kegiatan samseng ini tidak hanya di kawasan sekolah tetapi juga menular hingga ke luar kawasan sekolah.
Pelajar yang seringkali bersifat kaki buli di sekolah ini kebanyakannya tergolong dalam pelajar yang menuntut di tingkatan lima dimana mereka hanya membuli pelajar yang lebih muda daripada mereka sendiri. Justeru, pelajar yang menuntut di tingkatan satu hingga empat seringkali menjadi mangsa kes buli. Samseng-samseng ini akan memeras ugut pelajar yang lebih junior tanpa rasa takut mahupun bersalah dengan tujuan untuk merampas wang, bekalan makanan mahupun barang berharga yang dimiliki oleh si mangsa. Sekiranya mangsa enggan menyerahkan barang-barang yang diminta, samseng-samseng ini akan bertindak ganas dengan menumbuk atau mencederakan mereka. Justeru, pelajar yang tidak sanggup menanggung risiko dicederakan pasti akan segera menyerahkan wang atau barang yang diminta.
Mangsa pembulian yang agak berani cenderung untuk melawan dan tidak mematuhi arahan si pembuli.Ini membuatkan si pembuli merasakan bahawa dirinya tercabar. Jadi, dia akan mengumpulkan rakan-rakan yang lain untuk menyerang dan mencederakan si mangsa. Tindakan ini berisiko untuk menyebabkan kecederaan terhadap mangsa kes buli ini. Terdapat sesetengah mangsa pembulian ini yang tidak berani untuk melaporkan kes ini kepada pihak pengurusan sekolah kerana bimbang akan decederakan dengan lebih teruk dan berkemungkinan besar akan menyebabkan kematian. Namun bagi yang berani, mereka akan tampil membuat laporan. Laporan yang diberikan akan disiasat dengan lebih teliti dan mereka yang bersalah akan dikenakan tindakan disiplin seperti hukuman sebat ataupun dibuang sekolah.
Dalam Hal ini, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam membanteras gejala samseng di sekolah. Antara pihak yang wajib melibatkan diri bagi kes ini adalah pihak PIBG, pihak jawatankuasa disiplin sekolah, pihak polis serta pihak keagamaan yang akan membimbing pelajar untuk balik ke jalan yang betul demi kepentingan diri mereka sendiri. Semua pihak harus memantau kegiatan salah laku di kalangan pelajar, yang mana kegiatan ini telah berleluasa dewasa ini.Pihak polis perlu berterusan mengawasi kawasan sekolah bagi mengelakkan kawasan sekolah menjadi sebuah tempat yang tidak lagi selamat bagi tujuan pembelajaran.