Monday 26 March 2012

Ibuku Tersayang

Ibu
Namamu terukir di hatiku
Kecintaanku kepadamu begitu tinggi
Doaku semoga Allah memeliharamu
Aku sentiasa mengingatmu
Di setiap tempat dan masa

Ibu
Aku selalu menyebut namamu
Walau dimana engkau berada
Engkaulah kekuatanku dan penawar duka
Memberi kegembiraan dalam hidupku
Masa kini dan akan datang

Ibu
Allah selalu mengasihimu
Kerana bakti dan kasihmu
Engkaulah yang melahirkanku
Memeliharaku
Pengorbananmu sungguh murni
Tidak terbalas jasamu ibu
Hanya Tuhan sahaja yang tahu

No comments:

Post a Comment