Disebuah
desa yang terpencil di utara tanahair, tinggal seorang budak lelaki
diberi nama Seth Tan. Dia tinggal bersama ibunya di rumah pusaka yang
hanya menunggu masa sahaja nak roboh. Kehidupan mereka sangat susah.
Harta yang mereka miliki hanyalah seekor lembu tua. Ayah Seth Tan telah
meninggalkannya buat selama-lamanya. Dari cerita ibunya, aruah meninggal
kerana tertelan biji kedondong.
Dek
kemiskinan yang amat dasyat, ibunya menyuruh Seth Tan menjualkan lembu
tersebut. Tambahan pula, tak lama lagi Hari Raya Haji, pasti ada yang
mahu membeli lembu mereka untuk di jadikan korban. Hasil
jualan lembu itu dapatlah membeli benih sayur untuk di tanam di
belakang rumah. Mama Seth Tan bercita-cita menjadi petani moden yang
berjaya, mahu menanam anggur, epal, avokado dan strawberi. Malangnya,
Seth Tan sangat pemalas orangnya. Tak tahu malu pula hendak berangan
kahwin sama Izara Aishah, anak jiran sebelah.
In
the morning next day, Seth Tan pergi ke pasar untuk menjual lembu
tersebut. Dalam perjalanan ke pasar, dia terserempak dengan nenek
kebaya. Dengan ramahnya nenek kebaya menegur Seth Tan, " Hai cu, mahu
kemana membawa lembu itu?". " Mama suruh chek juai kat market", menjawab
Seth Tan tanpa ragu-ragu. Setelah mendengar penjelasan Seth Tan, nenek
kebaya bersuara, "Mahukah cucu menukar lembu ini dengan sebutir kacang?
Kita buat sistem batter mau?". "Tak mau ehh..oh no..gila apa nenek,
takkanlah kacang nak tukaq dengan lembu? chek bukan bodo.."
"Jangan
menghina ya! Ini kacang ajaib lor...Kalau cucu tanam sehari, kacang nie
akan bertukar menjadi pokok kacang yang tinggi sampai ke awan nano, Ini
baja terbaik dari ladang! " Tersengih
nenek kebaya menampakkan gigi palsunya. Sambil membayangkan hasil yang
banyak daripada pokok tersebut, dia akhirnya bersetuju. "Kalau macam tu,
oklah nenek.."
Pulang
kerumah, Seth Tan menceritakan apa yang terjadi kepada ibunya. Alangkah
terkejut dan berang ibunya mendengar. " Adoyai..Macam mana kita nak
hidup hanya dengan sebutiaq kacang ja? hang nie aku kata bodo hang
maqah! muka saja hensem, tapi...tapi..." tak sampai hati meneruskan
kata-kata yang lebih tidak sopan , ibunya lantas membuang kacang itu
keluar tingkap.
Bangun
pagi keesokan hari, terkejutlah Seth Tan melihat sepohon pokok kacang
gergasi dibelakang rumah. " Betui la apa yang nenek kebaya tu kata,"
gumam Seth Tan. "Best nie kalau main panjat-panjat". Sepenuh kudrat Seth
Tan memanjat pokok tersebut. Sepanjang perjalanan.. "Baik aku uji vokal
aku dulu, mama tu tak habis-habis soh aku p auditon vokal bukan sekadar
rupa, mama tak tau ka rancangan tu untuk orang tak kacak, aku mana
layak!" masuk bakul angkat sendiri Seth Tan.
"Begitulah awan nano setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi, Dan bibirmu.." Suaranya gemersik sekali...
Tak sempat menghabiskan sebuah lagu, Seth Tan telah berada di puncak.
"
Biaq betui..cepatnya..hebat betui aku nie, tak sia-sia aku belajaq
panjat dengan beruk ". Sampai dipuncak, terkejut Seth Tan kerana
rupa-rupanya ada sebuah istana besar di situ. Dengan perasaan ingin tahu
yang membuak-buak, Seth Tan menghampiri istana kemudian pintu utama di
bukanya perlahan. Kreuk..kreuk..kreuk..berirama bunyi pintu istana memecah kesunyian.
Walaupun
takut, Seth Tan meneruskan peninjauan. Tempat pertama yang ingin sekali
dituju tentulah dapur. Perutnya terasa sangat lapar. Di dapur terletak
sebuah peti sejuk besar gedabak 4 pintu. Dengan gelojoh Seth Tan
membukanya, " Alhamdulillah, rezeki aku.." Selesai memenuhi nafsu
makannya, Seth Tan ke ruang tamu pula. Istana itu dipenuhi perabot jati
yang mahal-mahal. " Wow koleksi vantage pun bayak siot..mau terburai
bijik mata Izara Aishah kalau tengok nie!". Menyedari yang dia sudah
banyak membuang masa, Seth Tan mula mencari barang berharga untuk dibuat
souvenier.
Kakinya
melangkah perlahan kebilik tidur utama. Terkejut Seth Tan melihat
seekor raksasa sedang nyenyak tidur di meja studi. Laptop disebelah pun
tidak dimatikan. "Membazir elektrik betui!ow..awek.." Seth Tan meninjau
lagi sekitar bilik. Sesekali kedengaran kroh..kroh..bergegar istana
dengan bunyi dengkuran raksasa. Seth Tan jadi takut. Namun matanya sudah
menangkap sesuatu. Bersebelahan
katil ada seguni wang emas. Tidak mahu melepaskan peluang yang ada,
seberapa pantas Seth Tan mengambil wang emas itu. Kemudian tergesa-gesa
dia mahu pulang. Bimbang juga kalau raksasa terjaga. Seterer kluangman
Seth Tan terjun kebawah dan sudah kebumi semula.
Gedebukkk..."aduh..sakitnya!
janji puas hati, pasnie boleh aku bersenang lenang dengan wang yang
ada" Seth Tan bersuara girang. Ibunya yang kebetulan sedang memasak
lempeng terkejut dengan bunyi yang sangat kuat. " Oh mama hang cantik! "
sempat ibunya melatah. "Hang ka Seth Tan, mama ingatkan setan mana la
tadi..Terkejut mama! ". Dengan tidak sabar, Seth Tan menceritakan
segala-galanya. " Berani betui hang , kalau raksasa tu mai sini nak
ambik duit dia balik, mama tak tau..Hang jangan dok buat siqu (gila).."
Sejak
hari itu, kehidupan Seth Tan berubah. "Mulai hari nie, mama tak payah
masak lempeng lagi, jemu dah chek. Tekak nie teringin nak makan cupcake.
Kita kan sudah jadi orang kaya..hahahaha", ketawa Seth Tan dibalas
dengan gelengan kepala dari ibunya. Kini Seth Tan mula bergaya dengan
memakai pakaian jenama, sudah pandai lepak-lepak kat starbucks dan
shopping pun kat Jusco. Izara Aishah yang dulunya jual mahal mula
merapatkan diri dengan Seth Tan. Setiap hari mereka dating makan-makan
kat Secret Receipe. Pergi clubbing jer tak boleh pasal Seth Tan belum
cukup umur.
Lama
kelamaan, wang emas yang dicuri habis digunakan Seth Tan. Dia mula
memikirkan pokok kacang dibelakang rumah lantas memanjat kembali pokok
gergasi itu hingga ke atas. Kali ini dia sedikit lega sebab raksasa
tidak ada di istananya. "P merempit la tu..macam la aku tak nampak
gambaq awek dia kat sceen saver laptop hari tu..Segak gila..rambut
menggerbang macam Mak Lampir." gelihati Seth Tan bila teringat kali
pertama dia ke sini minggu lepas. Tiba-tiba seluruh istana bergegar
dengan bunyi tapak kaki raksasa. " Matilah aku, dia balik dah...".
Raksasa
yang melihat kelibat Seth Tan mendengus marah. Dengan segera Seth Tan
berlari dan cuba untuk turun kebawah. Kerana ketakutan yang amat sangat,
dia hilang krediatibiliti sebagai kluang man. Terasa lambat sekali
pergerakannya. Raksasa terus mengejar Seth tan yang sudah
tercungap-cungap kepenatan. Akhirnya sampai juga Seth Tan
kerumahnya..Raksasa masih lagi terhegeh-hegeh dibelakang, masih memula
langkah bunga-bunga di atas pokok.
"Mama..mama..raksasa
ligan chek...cepat!cepat! mama p pinjam kapak bapak Izara tu..",
memekik Seth Tan memanggil mamanya. " Ha sat...kapak pak hang pun ada,
mama simpan kat gudang..Satgi hang buat main. Saja ja mama rahsia",
dalam kekalutan pun sempat ibunya buat lawak bodoh. Mamanya lantas
berlari mendapatkan kapak. Serta merta dihulur ke tangan Seth Tan. Seth
Tan segera menebang pokok kacang tersebut. Seminit kemudian, terdengar
bunyi dentuman yang kuat. Pokok gergasi itu tumbang menyembah bumi.
Raksasa juga jatuh dan mati serta merta ditempat kejadian.
Seth
Tan dan mamanya berpelukan. "Mama lega hang selamat. Betapa susah dan
miskinnya kita, hang kena kerja. Hanya dengan usaha keras saja kita
boleh merubah nasib. Mama harap Seth akan bekerja bersungguh-sungguh
untuk mendapat apa yang hang idamkan". Seth Tan mula sedar akan
kesilapannya. Selama nie dia malas bekerja dan hanya tahu berangan.
Kalaulah wang emas yang di ambil dari raksasa di simpan dalam asb, bukak
buku sspn, buat pelaburan emas, tentu senang hidup mereka...
Sambil memandang ke bawah baru mama Seth Tan perasan sesuatu, "Hang kencing dalam seluaq Seth Tan???.." Tersengih macam kerang busuk Seth Tan bersuara, " Ketaq punya pasai mama..."
No comments:
Post a Comment