“Hai misae..tak ada kelas ker sayang?”
Sejak
kes aku terima kad berwarna biru dari Shin Chan, aku pasti orang yang
selama empat bulan sering memenuhi inbox mesej telefon bimbitku adalah
orang terdekat yang selalu memerhatikanku. Tapi bila pulak Shin Chan
letakkan kad tu? Tak perasan pulak aku sama ada sebelum kelas bermula
atau selepas aku balik dari toilet. Sungguh aku tak selak pun buku
nota. Aku sedikit bingung memikirkan Shin Chan kebelakangan ini. Katanya final hari Selasa minggu depan, Sah!
Setiap
gerak geri aku macam diperhatikan. Aku pasti Shin Chan juga pelajar
universiti ini. Kalau tidak takkan dia tahu setiap pergerakan aku.
Pandainya dia simpan rahsia selama empat bulan. Tapi siapakah dia? Budak
Business atau kos lain? Komplot dengan kawan-kawan aku ke? Entah-entah
ada orang nak kenakan aku. Lagipun aku tak pernah bercakap dengan Shin
Chan. Mana aku tahu dia lelaki ke perempuan? Semua persoalan itu aku
pasti aku tak punya jawapannya..Shin Chan yang misteri..
Mesej-mesej
dari Shin Chan mula berbaur rindu dan sayang. Aku mula merindui budak
nakal yang dulunya selalu membuat aku tersenyum. Shin Chan yang dulu
sudah berubah menjadi jiwang. Aku naik rimas..Aku tak layankan bila dia
mula nak bercerekarama, cuma berbalas mesej seperti selalu. Sejujurnya
suka. Malu tapi mahu. Argh…perasaan apakah ini?
Kad
biru yang Shin Chan berikan aku belek. Puitis jugak mamat nie..Apalah
yang dipandang pada gadis 20 tahun bernama Mia Mukhlisa ini. Harap nama
saja cantik, kasar dan brutal! muka pun tak adalah cantik, tapi manis
dan comel gitu.huhu bermonolog aku memuji diri sendiri. Geli!
“Aku nak keluaq SP, nak p CS. Ang nak ikut? Kalau berani tunjuk muka la bro. Takkan budak nakal bacul plak!” sms aku berbaur cabaran, malah ayat agak kurang ajar!haha rasakan..Main sorok-sorok identiti apa kes!
“Ira..aku keluaq CS dengan Aya”
“Ok..beli milo eh..lepas tu maggie”
siap dengan pesanan penaja lagi! Cepat betul minah bunga nie reply
mesej. Dalam kelas mesti tengah SMS dengan buah hatinya Firdaus.
Ira..Ira..
Aku,
Aya, Iza dan Balqis keluar berempat. Kami berjalan kaki hingga kepintu
gerbang universiti. Sebaik melintas jalan, sudah ada teksi yang
menunggu. Pucuk dicita ulam mendatang. Malas nak tunggu bas, lagipun
kami empat orang, muat-muat sebuah teksi. Kereta Proton Wira itu
meluncur laju ke Sungai Petani, bandar kedua terbesar di Kedah. Sudah
lima semester aku di sini. Cepatnya masa berlalu. Kesibukan sebagai
seorang pelajar membuat aku seakan tidak berapa endahkan Aril. Lagipun
Shin Chan ada.hehe..
Universiti
Teknlogi Mara Cawangan Sungai Petani. Berdiri megah aku disini sebagai
remaja dalam perjuangan menambah ilmu. Dua tahun aku di Merbok, seakan
baru semalam melangkahkan kaki. Terdampar aku di sebuah universiti
dipinggir kota, universiti yang dikelilingi kebun getah. Teringat pula
waktu mula-mula sampai ke Merbok, bau getah yang menusuk lubang hidung
sangat menyiksakan buat aku yang terbiasa dikelilingi sawah padi.
Sungguh aku merasa cukup asing dengan baunya.
Kini
bau getah telah imun dihidungku. Aku sudah merasa kewangian bila
perasaanku cukup indah bersama teman-teman seperjuangan yang memahami,
bersama Ira gadis Shah Alam yang kalut dan ditemani mesej-mesej kelakar
dari Shin Chan yang nakal. Tenang dan damai apabila melihat keindahan
gunung Jerai sambil berangankan Aril diwaktu kuliah. Kenapa Shin Chan
perlu aku dahulukan dari Aril?huh..
Sedang
aku asyik mengelamun mengimbau kenangan, aku teringat mesej dari Shin
Chan. Langsung tiada balasan dari dia. Aku ambil handphone dari poket
seluar lantas menekan keypad dengan laju.
“Takut ke Shin Chan? Ntah2 dah kencing dalam seluaq”
Sepuluh minit menunggu, masih tiada jawapan…
------------------------------------------------------------------------------------
Balkis
katanya nak keluarkan duit, minta Iza menemaninya. Ruang Central Square
sentiasa dipenuhi manusia. Tak pernah lengang tak kira hari minggu atau
tidak. Masing-masing punya matlamat tersendiri. Ada yang nak beli
barang, ada remaja yang suka melepak, ada pasangan bercinta yang
menonton wayang dan ada student yang outing tanpa arah tujuan suka
menghabiskan duit biasiswa.haha..Macam kenal jer siapa gerangannya tu
kan..
Tiba-tiba
aku jadi rindu pada Aril bila melihat sepasang kekasih sedang makan
sambil manja-manja direstoren KFC. .Aku dan Aya duduk disatu penjuru
sementara menunggu Balkis dan Iza.
Mencintai aku dengan sepenuhnya....telefon aku menyanyikan lagu Kisah Dongeng.
Aril!
Hatiku melompat girang. Sudah dua hari Aril tidak menghubungiku. Nak
bermesej seperti Shin Chan tak tahu pulak. Katanya tak suka SMS.
Lambat.. Nak cakap apa call jer senang! Nasib badan dapat buah hati
jahil sms. Apa nak buat..sayang punya pasal..Opss terkutuk pakwe
sendiri..
“Hello, Assalamualaikum..sayang..lama tak call?”
“Saya busy sikit..Ayang sihat? Rindunya..”
Macam-macam
Aril cerita. Dari bertanya khabar hingga pertanyaan tentang
pelajaranku. Puas aku mendengar suara Aril. Hampir dua puluh minit Aril
menghubungiku. Kawanku yang bertiga tadi sudah siap order makanan dan
berteleku mengadap ayam KFC. Perutku terus menyinga lapar sebaik
perbualan aku dengan Aril tamat.
“Dah dapat cakap dengan buah hati..baru lapaq”, Si Balkis gadis ayu dari Pendang bersuara.
“Dah habis cakap dengan balak hang tu? Ingatkan tak lapaq. Kami nak habis makan dah pun..”kata Aya..
"Aku dah siap!" Iza pula bersuara.
Balkis masih mencubit isi ayam dengan ayu sekali.
“Minah nie kalau makan memang lambat!”Aya mengenyitkan matanya pada Iza mengusik Balkis..
Balkis tersenyum..
“Takpa..boleh temankan aku. Hangpa kalau nak shopping dulu p la..satgi sudah makan aku rodger!”.
Bibirku menguntum senyum..Berbunga setaman..Sengihanku turut ditegur abang macho dikaunter KFC.
Beep..beep..
“Cantik shawl polkadot yang mama pakai..”
Beep..beep..
“Nampak ayu tak seperti dalam mesej. Garang dan brutal!”
No comments:
Post a Comment