Monday 26 March 2012

3 cara mudah bagaimana nak dapat rezeki atau bantuan cepat dari Allah?

Minggu ni dapat peluang conduct kursus kat Muar.. Program self-awereness yang memang selalu saya conduct bersama bos saya En Jamal Hj No. Tapi kali ni saya di gandingkan dengan senior trainer lain. Tak kesahlah yang penting dapat belajar sesuatu dari trainer lain.

Apa yang saya nak kongsi adalah sedikit ilmu yang saya dapat apabila sembang2 dengan salah seorang peserta kursus yang kami organise kan di sini.

Farid cuba berkongsi kisah hidup dia dengan saya “En Fauzi saya ni dalam lalui macam-macam susah senang hidup ni. Antaranya bila saya betul2 jatuh. Bukan jatuh macam mana tapi jatuh dalam perniagaan saya. kalau ikut-ikut saya tak de iman tentu macam-macam dah jadi. Mungkin tiba-tiba dapat berita ada orang terjun dari bangunan. Susah hidup saya En Fauzi masa tu”
Tertelan air liur saya bila dengar cerita dia tu. Saya cuba korek lagi kisah hidup dia “lepas tu apa jadi?”.
Farid yang sentiasa ceria tu sambung ceritanya “Alhamdulillah saya masih ada iman En Fauzi, ingat pesan2 guru2 ugama saya”
“Bagus la macam tu” balas saya.
“En Fauzi nak tau tak macam mana nak dapat rezeki segera dari Allah atau nak selesaikan kekusutan hidup dengan cepat?” tanya Farid kepada saya.
“wah ilmu menarik ni” bisik saya dalam hati.
“Mesti lah saya mau” kata saya kepada Farid.
Farid dengan suara gembira sebab dapat kongsi ilmu menyambung katanya “3 cara mudah dan kalau En Fauzi boleh buat sekurang-kurangnya salah satu dari 3 ni, Allah akan balas segera kat En Fauzi”
“OK.. terus kan.. saya memang nak tau ni..” saya menunjukkan minat saya dengan topik ni.
“Pertama…” kata Farid.
“Kalau En Fauzi contohnya balik jap lagi nampak ada kayu atau duri melintang jalan, En Fauzi buang kan ke tepi jalan supaya orang lain dapat lalu dengan mudah dan tak bahayakan orang” kata Farid.
“atau.. Bila En Fauzi nampak ada parit atau longkang yang mana jadi tempat laluan budak-budak pergi sekolah, En Fauzi ambillah kayu buat sebagai titian mereka..” sambung Farid.
“atau yang ketiga… En Fauzi pergi masjid lepas tu tengok tandas kotor sangat.. En Fauzi ambil klorok atau apa-apa jenis pencuci, En taburkan, lepas sejam ke En basuh tandas tu… jadi bersih dan cantik” menurut Farid lagi..
“Kalau En Fauzi buat salah satu dari apa yang saya cakap tadi, insyaallah bantuan Allah akan datang segera. ”
“Segala masalah dan kekusutan, akan selesai segera”
“kalau ketika tu susah tak de duit, atau macam saya ni tak de sales.. Insyaallah.. Allah akan bagi rezeki segera, kadang-kadang dari sumber yang tak di sangka-sangka” jelas Farid dengan bersungguh-sungguh.

Saya terpaku..  Wah banyak ilmu rupanya si Farid ni… dan rupanya senang aja nak dapat bantuan segera dari Allah..

Saya cuba “cucuk jarum” nak tau ada bukti kejayaan tak dari apa yang di cakap tadi…

Farid menjawab soalan saya tu dengan penuh semangat “mmg ada En Fauzi, terbaru semalam..”
“Semalam…?” bisik saya dalam hati.
“ye.. semalam… kalau En Fauzi ingat saya ada minta masa untuk lari sekejap jumpa client kan?” tanya Farid pada saya.
“yup… ada.. ada… ”
Farid sambung ” Sebenarnya pagi tu saya ada cerita pasal 3 cara mudah ni dengan Haji Zaid (kalau saya tak silap nama haji tu la).. saya kata Hj nak tengok? biar saya buktikan kat haji… saya ni dah seminggu tak de sales ni haji.. tapi kejap lagi masa solat Jumaat saya akan sedekah kan kasut dalam kereta saya tu kepada masjid”
“lepas saya sedekahkan kasut kat masjid tu petang semalam dalam pukul 3.00 seorang potential customer yang dah lama saya tak follow up call kata dia nak invest, saya kena datang ke ofis dia untuk cop jari” kata Farid sambil tersengih.
saya terpegun… tak terkata apa-apa pun.
“sebab tu la semalam dalam kul 4.30 tu saya minta kebenaran En Fauzi nak keluar kejap.. bila saya cerita semula kat Hj Zaid, dia pun terkejut dan kata dia pun nak amalkan nasihat saya ni” Ulas Farid.
“En Fauzi boleh cuba… tengok la sendiri hasilnya… Bantuan segera dari Tuhan akan datang pada En Fauzi”…
“Terima kasih Farid, saya dapat ilmu yang sangat berguna lepas sembang dengan awak ni” kata saya dengan ikhlas.

Subhanallah… Rupanya walau pun kecil amal kita tapi bila kita ikhlas besar bantuan Allah…
Lagi satu saya belajar, bergaullah dengan orang yang nampak biasa-biasa juga sebab orang yang nampak biasa-biasa pun ada ilmu yang boleh kita belajar.

Jadi rumusan dari kisah benar tadi adalah… jangan mengeluh. jangan mengalah… kalau kita dalam kekusutan hidup atau kewangan ingat lah Allah.. cuba buat sekurang-kurang nya salah satu cara yang di kongsi oleh Farid tadi.
1. Kalau nampak jalan dihalang kayu atau duri, bersihkan
2. Kalau nampak ada laluan longkang atau parit tempat anak-anak pergi sekolah, bina titian untuk mereka.
3. Beramal kepada masjid.. Contoh kalau nampak tandas masjid kotor, tolong cucikan…

ok semoga ada yang dapat di jadikan panduan untuk kita bersama.

No comments:

Post a Comment