Hari
ini Sabtu. Kalau Di kedah, cuti hujung minggu hari Jumaat dan Sabtu.
Budak-budak Pendang si Aya, Iza dan Balkis setiap minggu balik kampung.
Tambah-tambah si Aya, anak manja! Aku malas sikit nak balik. Kampungku
bukan jauh. Malas nak bersesak dan bertukar bas. Walaupun tak jauh, agak
melecehkan. Lagipun Ira ada. Minah bunga tu rumahnya jauh. Walaupun
manja, terpaksa la bermanja dengan roommatenya yang penyanyang ni.
“Hello, Assalamualikum…”
Talian dimatikan.
“Hello..hello…”
“Huh..main-main..”
“Kenapa Misae? Eh kenapa Lisa..sape call?”
“Entahlah
minah bunga! Dah call tak mau cakap…Dah dua tiga kali jugak ada orang
call tapi tak mau cakap, nombor yang sama..Public kot..”
Ira
geleng kepala. “ Jom p dining..Aku lapaq..” perkataan lapaq tu
kedengaran sangat pelik ditelingaku. Kalau dah bukan utara tu, memang
tak jadi nak tiru cakap kedah.
“Lapaq la..” Aku membetulkan sebutan Ira.
“Lapaq..”masih dengan bunyi yang sama..
“Dah la..jom makan..lidah hang dah tergeliat. Sumbang ja qolqolah hang…”
“Apa hang cakap? Ira buat muka pelik. Sah tak faham..
----------------------------------------------------------------------------------
Rasa
rindu pada Shin Chan kian menyala. Kini aku tidak lagi nampak Aril di
sebalik Gunung Jerai, timbul kerinduan yang tak terungkai dari mesej
nakal yang selalu memanggilku mama. Tiada lagi perkataan sayang dan
rindu dari Shin Chan. Kehilangan yang begitu terkesan. SMS lama darinya
aku baca satu persatu..Apakah ini gila? Aku mabuk kepayang. Gila betul!
Aku tatap pula mesej terakhir dari Shin Chan.
“Jumpa depan Body Glove now..”
Tiba-tiba
aku jadi panas hati bila teringat kejadian minggu lalu. Kerana mesej
itu air mataku tumpah. Pantang tok nenek aku kalau ditipu. Kelibat Shin
Chan tidak juga muncul-muncul. Setengah jam berlalu..Mesejku tidak
dibalas..Panggilanku juga tidak dijawab..Ya ini pertama kali aku
memberanikan diri call Shin Chan. Selama empat bulan kami hanya
bermesej. Tidak ku tahu bagaimana suara jantan Shin Chan.
“Lisa..Hang kat mana?”, Aya sudah mesej tanya aku dimana.
Mesej Aya aku balas..“Jumpa 15 minit lagi kat bawah.”
Amarahku kian memuncak..
“Setan..penipu!”dalamanku memaki hamun Shin Chan..
Aku
tahan air mata supaya tak berjurai. Bimbang di temuramah oleh minah
bertiga tu..Rasa nak menangis sebaldi tapi aku tahan. Setengah jam aku
menunggu macam orang bodoh. Akhirnya airmata aku tumpah jua. Aku
menangis dalam toilet. Bodohnya Mia Mukhlisa. Kononnya ganas, tetapi
cengeng. Bodohnya Misae menangis kerana kenakalan Shin Chan..
-----------------------------------------------------------------------------------
Aril
kekasihku semakin menjauh dari hati. Entah apa khabarnya dia di Sabah.
Bila SMS, sepatah aku tanya, sepatah Aril jawab. Perkataan I love yang
selalu Aril ungkap tiada rasa yang sama dengan luahan sayang dari mesej
jiwang Shin Chan. Aku rasa bersalah..Bersalah pada Aril kerana aku
seakan memungkiri janji kami. Ya aku mengkhianati cinta tulus Aril.
Arghh..bila masa pulak aku bercinta dengan Shin Chan. Karut!
Di
dalam bilik penuh bunga-bunga ini aku dan Ira cuma menghabiskan masa
menelaah buku pelajaran. Suasana sunyi sepi..Ira kalau tak asyik dengan
buku, asyik dengan diari bunganya. Entah apa yang ditulis aku pun tak
tahu. Sesekali tersenyum-senyum sendiri macam orang gila bayang. Aku pun
tak faham..Alangkah bahagianya kalau Aril seromantik Firdaus.
“Minah bunga..”
“Emm..”
“Hang buat apa?”
“Akaun..”
“Aku boring la..dah penat baca buku nie. Tak masuk-masuk pun!”
“Ala ko cakap bukan aku boleh percaya..Result gempak je..Lainlah aku..”
“Gempak apanya..hang pun boleh!”
“Yelah..aku studi bagai nak rak, repeat paper jugak.hehe..Tension ko tau..”
“Bukan itulah..hang hiburkanlah aku..suara hang kan sedap”
“Lagu apa?”
“Bantai ja la..”
“Ehem..ehem..testing-testing..”
tersengih aku tengok Ira memegang pencil box bunga rosnya sebagai
mikrofon, bersedia untuk menyanyi dengan penuh perasaan..
“Saat
getir hidup dan pengorbanan..terpaksa ditempuhi demi kejayaan..Terdidik
sejak mula tabah berusaha……bla..bla..bla…bla…Standing in the eyes of
the world….”
“Wah semangat aku nak study. Sedap suara hang minah bunga, patutlah Fir terpikat..”
“Ok dah..Ko nyanyi pulak!”
“Anak itik tok wi mandi dalam kolam, sakit apa tokwi sa..”
Hahahaha..berderai ketawa Ira dan aku…
--------------------------------------------------------------------------------------
Pintu bilikku diketuk. Muncul Aya di depan pintu.
“Jom check carry mark..”Aya mengajak aku naik kebangunan pentadbiran.
“Lecturer dah lekat? Dah keluaq ka markah?”
“Tadi Iza kata dah..”
“Jom..sat aku p mandi dulu. Dari pagi aku tak mandi..” aku tersengih..
“Patut la aku dok bersin ja..Macam kambing gurun betina, ada bau..” Aya menutup hidung.
“Amboi sedap hang kata aku kambing gurun. Kambing gurun pun comei hang tau..”
"Comei tak guna kalau malas mandi”
“Ceh!”
Rohaya
Ishak. Aku sering mengusik nama kekampungannya. Anak harapan kedua ibu
bapa. Memiliki tubuh sederhana dengan kulit putih, bermata besar dan
cantik. Aya memiliki segala keindahan wajah seorang gadis kampung dan
sering dipuja lelaki. Tak menang tangan menepis cinta. Sebetulnya Aya
adalah orang yang paling rapat dengan aku selain Ira.
Ira
budak Accaunting, aku dan Aya sama-sama ambil kos pengajian perniagaan.
Di kuliah aku sering bersama Aya. Tambahan pula bilik kami cuma selang
dua pintu. Sebelum ke kelas, bilik Aya adalah tempat
persinggahanku. Kami akan berjalan seiringan pergi ke kelas
bersama-sama. Aku dan Aya seperti belangkas, sungguh kami banyak
persamaan. Punya minat yang sama, dan perangai yang lebih kurang.
Aku
dan Aya mendaki anak tangga satu persatu. Sebuah demi sebuah bilik
lecturer yang mengajar subjek yang kami ambil kami singgah. Semua carry
mark di tampal di luar bilik. Sewaktu aku dan Aya diluar bilik Mr Raden,
“Ini awak punya?” terkejut aku bila tiba-tiba disapa oleh seseorang.
“Emm..apa? hang kata apa tadi? tak dengaq!”
Aya
masih sibuk menilik satu persatu carry mark orang yang dia kenal. Entah
apa yang dia sibuk nak bandingkan carry mark aku pun tak tahu. Aku
memandang tubuh sasa seorang lelaki yang aku kenal.
“Mamat kerek ni rupanya.” Aku berbisik sekadar didalam hati. Ziad Hakimi Datuk Ramli. Ahh ada aku heran dengan title bapak dia.
“Mamat kerek ni rupanya.” Aku berbisik sekadar didalam hati. Ziad Hakimi Datuk Ramli. Ahh ada aku heran dengan title bapak dia.
“Ini awak punya ka?”
Walaupun
kami sama kos, aku memang tak pernah bercakap secara berdepan
dengannya. Selama dua tahun kami pernah beberapa kali sekelas, tapi
sekadar berjumpa di kuliah. Lagipun aku bukan suka sangat bergaul dengan
budak-budak lelaki dekat universiti ni. Dasar anti lelaki. "Aril tu
apa? Pondan?haha.." Aku mendetik ketawa di dalam hati.
Semua
orang memanggilnya Kimi.Kimi memiliki segala-galanya sebagai seorang
lelaki. Selain punya pakej lengkap susuk tubuh menarik dan berwajah
kacukan, dia ada segala-galanya. Hidupnya dilimpahi kemewahan,
akademiknya membanggakan dan dia juga aktif dalam bidang sukan.Tak
hairanlah dia popular. Kata orang dia kasanova. Lisa cuma memandang Kimi
sebagai jejaka perasan punya ramai awek, tak boleh tengok junior yang
berdahi licin.
"Takkan aku pun dia nak test kot!"
“Saya cakap awak sengih2..macam tak betui je..”perkataan macam tak betui tu perlahan sekali.
“Apa? hang kata apa? Yang belakang tadi aku tak dengaq sangat..”
“Ini awak punya..saya jumpa kat bawah tadi”, buku nota kecilku yang tertera nama Mia Mukhlisa Othman di hulur.
“Opss tak perasan, jatuh kot.”
“Yelah jatuh..takkan terbang kat saya pulak!” Aku menarik muka muncung..
“Terima kasih Kimi” Aya bersuara mengucapkan terima kasih pada lelaki perasan itu.
Aku pandang muka Aya kemudian bersuara, “Dah habis tengok?”
“Dah..jom p cafe, aku dahaga..”
“Jom..saya belanja” Kimi menyibuk mencelah.
“Orang nak belanja..Rezeki jangan ditolak..” Aya tersenyum.
“Ni saya nak belanja sebab nak balas budi budak yang lupa ucap terima sebab saya pulangkan notebook dia,”
Aya gelak besar..Macam kamceng sangat dengan budak Kimi tu.
Menyampah!!!
No comments:
Post a Comment