Kita
semua adalah manusia. Manusia ada peluang buat salah dan silap. Gigi
dan lidah lagilah tergigit, inikan pula kita dalam sebuah jamaah yang
besar. Ahlinya daripada seorang ulamak sehingga kepada seorang
jahil.......syarat utama keahliannya ialah Islam. Kalau kafir tak boleh.
Bila
jamaah besar, ahlinya pelbagai tahap pemikiran, kerenah dan kedudukan,
aktivitinya banyak MAKA pertelagahan mungkin berlaku DAN hampir mustahil
tak berlaku perbalahan dan seumpamanya. Sebuah keluarga yang terdiri
daripada ibu ayah dan beberapa orang anak boleh tercetus perbalahan,
apatah lagi kita jamaah yang ratusan ribu ahlinya.
APA YANG KITA NAK PELIHARA DAN PUPUK?
Oleh itu semua kita samada AHLI dan PEMIMPIN hendaklah sedaya upaya menjaga sebaik-baiknya ..........
1. Ikatan Jamaah
2. Ikatan Iman dan
3. Ikatan Ukhuwwah.
Jagalah
ianya lebih daripada menjaga keluarga sendiri. Sentiasalah meletakkan
kepentingan jamaah mengatasi kepentingan peribadi. Jauhkan diri dari
virus-virus dan kuman-kuman yang merosak dan menjahanamkan jamaah
sekaligus membahayakan diri kita sendiri selaku individu dalam jamaah.
Sentiasalah mengingati pesanan ALlah dalam surah al-Hujurat yang
bermaksud
"Sebenarnya
orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di
antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada
ALLAH supaya kamu beroleh rahmat
(Al-Hujurat : 10).
APA SIFAT DAN SIFAT YANG WAJIB ADA DALAM MENJAGA KEUTUHAN JAMAAH DAN UKHUWWAH?
1. Tabayyun bererti mencari kejelasan dan kesohihan maklumat yang diterima.
Jangan
mudah menerima berita tanpa ditapis dan diselidiki kesohihannya.
Suratkhabar, blog, tv, radio, sms adalah ibarat tong sampah.....jangan
main hentam aje. Paling tidak, letakkan status benda-benda tadi adalah
"fasiq".
"Wahai
orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa
berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu
musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan
kamu menyesal atas perbuatanmu itu."
(al-hujurat:6)
2. ’Adamus Sukhriyyah ertinya tidak memperolok-olokkan.
Janganlah
kita merasakan kita sahaja yang pandai, banyak sumbangan dan berkorban;
orang lain baru sahaja berada di medan dakwah dan jihad......aku dah
lama berjuang. Suka sangat syaitan mendengarnya. Al-Quran mengajar kita,
"Wahai
orang-orang yang beriman janganlah satu kaum memperolok-olokkan kaum
yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik
dari mereka (yang memperolok-olokkan) ."
(al-Hujurat:11).
3. 'Adamul Lamz iaitu tidak mencela orang lain.
Surah Hujurat menjelaskan sikap yang patut diambil oleh mukmin mujahid;"Dan janganlah kamu mencela diri sendiri'"
Hujurat:ayat 11.
Mencela
sesama muslim mukmin mujahid dalam ayat ini dianggap mencela diri
sendiri, sebab pada hakikatnya kaum muslimin dianggap satu kesatuan.
Apalagi jika celaan itu adalah masalah status dan standard kebendaan.
Allah sendiri menyuruh Rasul dan orang-orang yang mengikutinya untuk
bersabar atas segala kekurangan orang-orang mukmin.
Kita
mesti sedar kalau kita memperlekehkan pimpinan bermakna kita
memperlekehkan diri kita sendiri. Kalau kita mendedahkan keaiban jamaah
bererti kita mendedahkan keaiban diri sendiri. Barang diingat bahawa
media bukan medan tempat penyelesaian masalah jamaah.
4. Tarku at-Tanabuz yakni meninggalkan panggilan dengan sebutan-sebutan yang tidak baik terhadap sesama mukmin.
"Dan janganlah kamu saling memanggil dengan sebutan-sebutan (yang buruk).
al-Hujurat"
Janganlah
memanggil atau menggelarkan sahabat sendiri dengan sebutan yang tidak
baik. "Tengoklah ustaz gila tu!" "Wow hebat ustaz bingung tu" "Aku rasa
kalau pemimpin umnowi, kita tendang aje".....macam-macam kita dengar di
cuping telinga.
Tanabuz dalam bentuk yang paling parah adalah berupa pengkafiran terhadap orang yang beriman.
Sucikan
hati mu. Janganlah kebencian, permusuhan kamu terhadap seseorang
sekalipun musuhmu menyebabkan kamu tidak berlaku adil. Jangan diikut
perasaan marah(ghadab).
5. Ijtinab Kathirun min az-zon iaitu menjauhi kebanyakan prasangka.
"Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, karena sebagian prasangka itu dosa.
AL-HUJURAT: 8"
Pada
dasarnya seorang muslim harus berbaik sangka terhadap sesamanya,
kecuali jika ada bukti yang jelas tentang kesalahan tersebut. Dan
sebaliknya, kepada orang kafir dan musuh Islam, kaum muslimin harus
menaruh curiga bila mereka bermanis budi. Dalam sejarah perjuangan
terlalu banyak berlaku perkara yang tidak diingini akibat sifat Su'
Zon(buruk sangka). Lebih-lebih lagi apabila musuh pandai mencampak isu.
Lihat surah an-Nur ayat 11 hingga 16.
Peristiwa
yang menimpa Umm al-Mukminin 'Aisyah binti Abu Bakar yang difitnahkan
"berbuat jahat" dengan Safwan sahabat Nabi saw. Bayangkan kalau zaman
Jamaah Islam di bawah pimpinan RasuluLlah saw boleh
berlaku......bagaimana di zaman kita ini.
Oleh sebab itu dua sikap yang mesti ada kepada ahli dan pimpinan Islam ketika DALAM MENGHADAPI ISU DAN PROVOKASI MUSUH ialah:
i. MENGUTAMAKAN HUSNU-ZAN (BERSANGKA BAIK)
Salah
satu sikap(mawaqif) yang harus kita miliki di dalam mengembangkan
AMANAH DAN JIHAD MENEGAKKAN SYARIAT ALlah di bumi ini. BERHUSNUZAN(baik
sangka) kepada saudara sejamaah walaupun siapapun dia atau dari kelompok
manapun.
ii. MENGUTAMAKAN JAMAAH DAN PERPADUAN.
6. ’Adamu at-Tajassus adalah tidak mencari-cari kesalahan dan aurat orang lain.
Perbuatan
ini amat dicela Islam. Setiap cara da'wah ada metodenya masing-masing,
yang berusaha semaksima mungkin mendekati cara berda'wah Rasulullah SAW.
Allah SWT amat suka bila kita berusaha menutup aib saudara kita
sendiri. Kalau cari salah orang, memang jumpa. Salah sendiri walaupun
"bapak besar" tak nampak.
7. Ijtinab al-Ghibah iaitu jauhi mengumpat.
Abul
Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a.
berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tahukah kamu apakah ghibah?"
Jawab
sahabat: "Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. yang lebih mengetahui."
"Ghibah itu jika kau menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang
ia tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka
itu bererti ghibah padanya." Jawab Rasulullah s.a.w.
Lalu
ditanya: "Bagaimana kalau saudaraku betul begitu?" "Jika yang kau sebut
itu benar ada padanya. maka itu ghibah tetapi jika tidak betul maka itu
buhtan (membuat-buat kepalsuan, pendustaan untuk menjelekkan nama
orang)."
jawab Rasulullah s.a.w.
Menyebut: "Baju orang itu pendek atau panjang." itu bererti ghibah.
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abi Najih berkata:
"Ada
seorang wanita pendek datang kerumah Nabi Muhammad s.a.w. dan ketika
telah keluar, Siti Aisyah r.a. berkata: "Alangkah pendeknya orang itu."
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Engkau ghibah." Aisyah r.a. berkata:
"Saya tidak menyebut kecuali yang sebenarnya ada padanya." Nabi Muhammad
s.a.w. bersabda: "Engkau telah menyebut yang paling jelek padanya."
Khulasahnya
kita wajib menjaga kesatuan dan perpaduan jamaah dan memelihara
ukhuwwah/persaudaraan. BUKTIKAN anda benar-benar mukmin dan ikhlas dalam
perjuangan dengan melakukan A, B dan C terhadap sahabat yang bertelagah
dengan anda.
A = Memaafkan kesalahan sahabat kita tu.
B=Berdoa kepada ALLAH agar dosanya diampunkan.
C= Doa dan harapkan sahabat itu dalam kebaikan terutamanya dalam doa rabitah(bayangkan mukanya waktu berdoa).
No comments:
Post a Comment