Tawau : Dewan Pemuda PAS kawasan
Tawau bertekad akan membantah Konsert Inul Darastita yang dijangka
diadakan pada akhir bulan Mei ini jika melihat pada iklan-iklan yang
tersebar luas di laman Facebook.
Tindakan membenarkan
konsert berkenaan adalah satu penghinaan kepada rakyat dan masyarakat
Tawau terutama sekali yang beragama islam kerana kita semua maklum
bahawa Inul sendiri pun ditolak oleh Ulama-ulama dari negara asalnya
Indonesia yang mengganggap aksi goyang pinggulnya sebagai aksi erotik
dan berbaur lucah.
Sehubungan itu,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau juga ingin menyeru kepada semua pihak
supaya bangkit bersama-sama untuk menyuarakan bantahan sehingga Konsert
itu dibatalkan. Pihak Pemuda PAS Kawasan Tawau juga menyeru agar
pihak-pihak yang bertanggungjawab meluluskan permit bagi Konsert Ratu
gelek Gerudi itu membatalkan segera kelulusan tersebut kerana konsert
tersebut hanya membawa kepada keruntuhan akhlak dan kerosakkan moral
yang buruk kepada masyarakat Tawau khasnya remaja.
"Kita yakin
suasana akan menjadi panas bilamana penganjur gagal mengawal aksi
penyanyi berkenaan dan akhirnya diselesaikan dengan cara yang negatif
oleh penonton. Kita bimbang apa yang berlaku di Kuala Lumpur baru-baru
ini juga akan berlaku di Tawau apabila berlakunya pergaduhan semasa
konsert Artis dari Indonesia hingga menyebabkan kecederaan dan
pengunaan senjata-senjata berbahaya yang dibawa masuk ke dalam stadium"
Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Tawau,Sdr Darmansyah ketika
dihubungi semalam.
"Situasi yang sama tidak mustahil akan
berlaku malah kerosakkan harta benda awam tidak akan dapat dielakkan
apabila penonton-penonton sudah hilang kawalan dan kewarasan kerana
begitu asyik dengan goyangan pinggul Inul dan juga kesan daripada
penggunakan benda-benda atau bahan-bahan yang terlarang," tambahnya.
Menurutnya
lagi, walaupun apa jua alasan yang diberikan, Pemuda PAS Tawau
mengingatkan bahawa rakyat tempatan tetap menolak konsert ini.
"Rata-rata penonton yang hadir di siri konsert beliau sebelum ini
adalah dari kalangan warga Indonesia yang kempunan melihat aksi beliau
di tanahair sendiri.Jika konsert ini berlaku, maka negara ini
seolah-olah 'dilacurkan' kedaulatannya bagi melampiaskan keinginannya
warga Indonesia yang tidak tercapai di tanahair mereka.
Justeru
itu Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau akan membuat bantahan dengan
menghantar beberapa memorandom kepada pihak-pihak yang berkaitan dan
mendesak agar konsert Inul Darastita di daerah Tawau ini dibatalkan
serta-merta sepertimana yang pernah dilakukan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan di Semenanjung yang juga membatalkan Konsert Inul di Stadium
Larkin Johor dan Stadium Putra Bukit Jalil pada tahun 2008 lalu.
No comments:
Post a Comment