Kisah Dongeng Malas
Pada
masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat rajin
belaka tidak ada yang malas. Setiap hari mereka membanting tulang
menyemai padi dan bercucuk tanam untuk menyara hidup. Jadi pada suatu
hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.
Semasa
perhimpunan itu, adalah seorang wanita bernama puan kutu mengaku
dirinya sangat malas. Katanya, " Hamba adalah yang paling malas" Raja
pun bertanya, "apa tahap malas kamu?" Lalu jawab puan kutu, "kalau hamba
hendak santap, ada orang yang menyuapkan hamba". Maka Raja cuma
tersenyum.
Tiba-tiba
datang Tuan Kutu, " Hamba lebih malas lagi dari Puan Kutu tuanku". Raja
pun bertanya kepadanya, "sampai mana pulak tahap malas kamu?" maka
jawabnya, "Kalau hamba santap pun, sampai ada orang tolong kunyahkan".
Maka raja pun terdiam.
Tanpa
disangka2 datang seorang budak lelaki bernama Aiman kepadanya sambil
berkata "Hamba adalah yang paling malas tuanku". Raja pun bertanya,
"bagaimana pula tahap kemalasan kamu?" budak itu pun menjawab, "Nak
cerita pun malas!"
Maka
raja pun percaya bahawa Aimanlah yang paling malas diantara semua
rakyat jelatanya. Lalu raja mengurniakan seguni emas kepada Aiman. Puan
Kutu dan Tuan Kutu sangat sukacita hingga melompat si katak lompat. Mana
taknya, mereka boleh juga menumpang senang. Aiman itu rupanya anak
mereka. Gembiralah hidup sekeluarga yang malas itu.
* Moral : Jangan malas tuhan tak suka!
No comments:
Post a Comment