Unta Minta Upah?
Suatu ketika Juha pergi keluar untuk membeli gandum. Setelah gandum dapat, lalu dinaikkan ke atas untanya untuk dibawa balik.
Tiba-tiba
unta yang dikenderainya lari dengan membawa gandum yang baru digiling
itu. Setelah beberapa hari kemudian, Juha menjumpai untanya. Akan tetapi
Juha mengelak daripada dilihat oleh untanya.
“Mengapa engkau menyembunyikan diri dari untamu?” tanya seseorang kepadanya.
“Aku khuatir unta itu meminta wang tambang kepadaku. Oleh kerana itulah aku bersembunyi daripadanya.” jawab Juha.
***
Pada
suatu musim haji, ayah Juha keluar ke Makkah untuk mengerjakan ibadah
haji. Ketika ayahnya akan berangkat, Juha berpesan: “Ayah jangan terlalu
lama pergi. Usahakan ada di sini semula pada Hariraya Aidiladha agar
kita dapat menyembelih kurban bersama.”
No comments:
Post a Comment