- Penggunaan kondom dengan betul adalah yang terbaik dalam menghalang jangkitan HIV semasa hubungan seks kerana ia diperbuat dari lateks/getah.
- Kondom juga boleh melindungi mulut, faraj, dubur dan zakar dari air mazi, air mani dan darah yang mengandungi HIV serta penyakit-penyakit kelamin lain.
- Jangan biarkan alkohol/dadah atau pasangan yang menarik mengalih perhatian anda daripada amalan seks selamat.
- Seks selamat adalah salah satu cara untuk menghalang jangkitan HIV.
- Anda boleh dijangkiti HIV jika melakukan seks tidak selamat.
- Masih tiada penawar untuk HIV/AIDS tetapi terdapat ubat anti HIV dalam pasaran yang boleh memperlahankan kemaraan penyakit ini.
- Anda tidak boleh dijangkiti HIV dengan berpelukan, berjabat tangan, bersentuhan, melancap dan berciuman.
MITOS
|
BENAR
|
1. Pil pencegah kehamilan boleh menghalang jangkitan HIV | Hanya kondom lateks sahaja yang boleh menghalang jangkitan HIV dari seseorang yang positif HIV ke seseorang yang lain |
2.Aktiviti seks oral adalah selamat dari jangkitan HIV | Kalau bendalir seksual yang mengandungi HIV masuk ke dalam mulut yang mempunyai luka, risiko jangkitan masih boleh berlaku |
3. Anda boleh mengetahui jika seseorang itu HIV+ dengan melihat raut muka orang tersebut | Anda hanya boleh mengetahui status kesihatan seseorang jika orang tersebut menjalani Ujian Antibodi HIV |
4. Jika anda dijangkiti HIV, anda tidak ada harapan lagi | Terdapat ubat anti-HIV di pasaran yang boleh mengurangkan kemaraan HIV dalam badan serta memanjangkandan memperbaiki kualiti kehidupan seseorang yang positif HIV |
5. Semasa melakukan seks selamat mahupun seks tak selamat, anda tidak akan dijangkiti HIV jika zakar sempat dikeluarkan | Anda masih menghadapi risiko jangkitan kerana air mazi mengandungi HIVdan mungkin juga terdapat tumpahan air mazi dari dalam kondom semasa zakar dikeluarkan. |
Kita boleh melambatkan penyebaran epidemik HIV jikalau semua orang mempunyai maklumat tepat dalam cara-cara pencegahan. Orang ramai sering bertindak secara prejudis dan penafian terhadap apa yang mereka tidak difahami. Reaksi-reaksi ini menghalang program-program pencegahan dan menyukarkan kehidupan orang-orang yang hidup dengan HIV/AIDS. KIta semua boleh membawa perubahan dengan melawan sikap prejudis dan penafian tersebut serta meningkatkan kefahaman mengenai HIV/AIDS.
http://mindasasterabahasa.com/2012/01/perkara-yang-mitos-dan-benar-mengenai-aids-hiv.html
assalamualaikum.....
ReplyDeletetahukah anda semua:
cara yang terbaik untuk mengelakkan dijangkiti dengan penyakit HIV/AIDS ni adalah dengan berkahwin mengikut syariat islam yang sebenarnya...
ini kerana pasangan yang telah berkahwin dijamin tidak akan mendapat penyakit termasuk HIV/AIDS...
kalau salah harap diperbetulkan...