Saturday 9 June 2012

Faedah Mempelajari Komputer

Perdana Menteri mahu setiap rakyat mempelajari dan menguasai komputer. Ilmu ini perlu dipelajari sejak di sekolah rendah lagi. Hasrat ini sejajar dengan impian untuk menjadikan Malaysia negara yang maju pada tahun 2020.
Bagi para pelajar, mereka boleh memperoleh maklumat hanya dengan menekan klik di tetikus komputer sahaja kerana kebanyakan maklumat dalam pelbagai bidang termasuk pelajaran bahasa dan matematik sudah diprogramkan dalam cakera padat. Ini menjadikan kita seorang yang otak cair.
Kerja-kerja menaip dapat dilakukan dengan cepat dan mudah. Jika menggunakan mesin taip, adalah sukar untuk membuat pembetulan. Kerja yang kemas dan pantas membuatkan guru dan rakan-rakan lebih menghargai dan menghormati kita. Apabila menguasai ilmu komputer bermakna kita mengetahui cara menggunakan Internet, segala perkembangan dunia dapat diketahui dengan cepat dan pantas. Kesannya, pengetahuan kita bagai bumi dengan langit, jika dibandingkan teman-teman yang lain yang tidak tahu menggunakan komputer.
Sebenarnya, komputer bukan saja digunakan untuk menaip, tetapi ia juga digunakan untuk mencari hiburan. Muzik sebagai pengisi halwa telinga boleh meredakan ketegangan setelah penat menelaah pelajaran. Minda yang tenang membolehkan kita meneruskan pembelajaran.
Komputer juga dapat kita jadikan sebagai guru. Untuk memahami sesuatu pelajaran, kita boleh mengulangkaji dengan bantuan komputer. Cara ini lebih menjimatkan wang ringgit, masa dan menjadikan kita sentiasa bersedia dalam pelbagai hal.
Menyedari pentingnya mempelajari komputer, Kelab Komputer diwujudkan di sekolah- sekolah. Sebagai murid yang dahagakan ledakan maklumat, kita perlu merebut peluang mempelajari computer. Jadilah manusia yang sentiasa ke depan.

No comments:

Post a Comment