Peribahasa
‘Genggam bara api biar sampai jadi abu’ bermaksud membuat sesuatu
perkara harus bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan. Peribahasa
tersebut boleh dikaitkan dengan suatu peristiwa yang dialami oleh Cikgu
Hanit. Beliau telah dilahirkan di Kampung Sungai Choh, Rawang, Selangor
pada tahun 1937. Semasa usianya lapan tahun, bapanya telah meninggal
dunia dan seterusnya beliau dibesarkan oleh ibunya bersama-sama dengan
lima orang adik-beradik yang lain.
Sejak
itu, beliau mulai mengerti kesusahan hidup yang terpaksa dipikul
bersama abangnya. Beliau bersama abangnya mengerjakan kebun peninggalan
arwah ayahandanya. Niatnya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi terkandas disebabkan masalah kewangan yang ditanggung oleh
keluarganya. Akhimya, dia mengambil keputusan untuk memohon menjadi
guru. Ketika itu gaji permulaannya adalah RM50 sahaja. Wang sebanyak
RM50 digunakan untuk membantu meringankan beban tanggungan ibunya.
Sewaktu berusia 19 tahun, beliau telah bertemu jodoh dan akhimya
berkahwin dengan seorang guru bemama Arbibah Abu Bakar. Mereka telah
dikumiakan seramai 12 orang anak, tujuh orang lelaki, dan lima orang
perempuan.
Apabila
mengenangkan nasibnya yang tidak berupaya melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi, beliau menanamkan cita-cita untuk
memastikan setiap anak-anaknya berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran.
Beliau cukup prihatin dengan keperluan keluarganya dan sanggup bersusah
payah demi menjamin kebahagiaan mereka sekeluarga. Cikgu Abu Hanit ini
gigih berusaha untuk menambah pendapatan keluarga seperti menjual
buah-buahan dan sayur-sayuran yang diperoleh di kebunnya yang seluas
seekar di Serendah, Selangor. Selain itu, beliau sering membawa
anak-anaknya menjala ikan di sungai bagi menambah sumber makanan
seharian. Beliau turut membela ayam dan itik di sekitar rumahnya.
Isterinya pula rajin menyediakan kuih-muih untuk jualan. Setiap pagi,
sebelum pergi ke sekolah, kuih-muih ini akan dihantar oleh anak-anaknya
di gerai-gerai makan.
Kehidupannya
yang susah menyebabkan beliau berazarn untuk mengubah nasib
anak-anaknya. Beliau telah memberikan pelajaran yang sempurna kepada
anaknya. Baginya anak-anak adalah arnanah Tuhan. Tanggungjawab ibu bapa
ialah menyempurnakan kehidupan anak-anak. Beliau seorang yang lembut
tetapi tegas semasa mendidik anak-anak. Semuanya dididik dengan kasih
sayang yang tidak berbelah bagi. Anak-anaknya dididik supaya mempunyai
jadual waktu sendiri. Ada masa untuk belajar, masa membuat kerja
sekolah, mengulang kaji pelajaran, berjemaah, mengaji, dan bermain.
Mereka tahu tanggungjawab masing-masing dan semua ahli keluarga mesti
patuh dengan peraturan dan hormat kepada orang yang lebih tua. Beliau
menyediakan sebatang rotan untuk menakut-nakutkan anaknya agar tidak
leka dengan tanggungjawab sebagai seorang anak. Sekiranya mereka membuat
kesalahan di sekolah, beliau akan mengizinkan anak-anak untuk dirotan
oleh guru. Beliau berpegang kepada prinsip ‘boleh merotan, tetapi jangan
sarnpai mencederakan’.
Cabaran
yang paling utarna ialah kekurangan wang bagi membayar yuran pengajian
dan belanja persekolahan. Banyak keperluan seperti buku tarnbahan yang
diminta oleh anaknya tidak dapat disediakan. Mereka hanya menggunakan
buku-buku abang atau kakak mereka sebagai rujukan. Kejayaan anak-anaknya
yang tua sebenarnya banyak memberi dorongan kepada anak-anaknya yang
lain. Beliau bukan setakat berjaya membentuk anak-anaknya sehingga
berjaya dalarn kerjaya masing- masing malahan beliau turut memberi
sumbangan besar kepada masyarakat. Sebagai contoh, dia berjaya
membangunkan Kampung Tok Pinang, Serendah.
Setelah
mengharungi cabaran dalarn kehidupan, beliau kini boleh tersenyum
bangga melihat anak-anaknya membesar dan telah berjaya dalam pelbagai
bidang. Kejayaan anak-anaknya sebenarnya adalah berkat ketabahan,
ketekunan, dan pengorbanan yang diberikan selarna ini. Semua anaknya
telah berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi di dalam
dan di luar negara. Sekarang mereka berjaya dalam bidang masing-masing
di seluruh negara, sarna ada di sektor awarn mahupun di sektor swasta.
Anak perempuan sulungnya berusia 46 tahun bekerja sebagai seorang guru
dan sedang melanjutkan pelajaran peringkat sarjana di Universiti Malaya,
manakala yang bongsu baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat
sarjana dalam bidang perniagaan. Dua orang lagi anak perempuannya juga
sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Amerika dan
England.
Sekarang
dia boleh mengutip buah dan hasilnya. Rumah besar yang didiarni kini
adalah basil titik peluhnya dan sumbangan anak-anak. Semua anaknya
berperibadi mulia dan tabu membalas jasa orang tua. Kini beliau sudah
bersara dan tidak perlu lagi memerah keringat, namun masa lapangnya
digunakan untuk berkebun di tanah seluas tiga setengah ekar.
Pemilihan Cikgu Abu Hanit sebagai ‘Tokoh Bapa Cemerlang’ merupakan
kejayaan besar yang dicapainya dalarn mendidik anak-anak. Anak-anaknya
kini berjaya menjawat jawatan sebagai peguam, pendakwa raya, ahli
perniagaan, pengurus estet, eksekutif bank, dan ahli perniagaan. Dengan
itu, pengorbanan beliau menjadi contoh kepada ibu bapa yang lain agar
dapat mengetahui rahsia di sebalik kejayaan beliau mendidik anak-anak.
Sesungguhnya ‘Anugerah Bapa Cemerlang’ dapat dianggap sebagai dorongan
kepada seluruh ibu bapa untuk mengasuh anak-anak mereka menjadi warga
yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama, dan
negara. Oleh itu, kejayaan beliau bersesuaian dengan peribahasa ‘genggam
bara api, biar sampai jadi abu
No comments:
Post a Comment