Memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan menabung amat penting dalam
kehidupan manusia. Amalan baik ini haruslah dididik oleh ibu bapa sejak
kecil. Terdapat banyak cara untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan
masyarakat. Ibu bapa boleh membuka akaun di bank atas nama anak-anak
untuk menggalakkan mereka menabung. Di samping itu, Jabatan Pelajaran
Sarawak telah melancarkan program menggalakkan pelajar menabung sama ada
peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Antaranya, Program
Wang Simpanan Saku yang telah dilaksankan di peringkat sekolah. Kelab
Kewangan Sekolah akan mengurus wang simpanan saku tersebut. Oleh itu,
amalan menabung boleh dikatakan membawa faedah yang banyak kepada kita.
Amalan
menabung boleh menyemai tabiat berjimat cermat, terutamanya dalam
kalangan pelajar. Dengan adanya amalan ini, kita tidak akan boros dalam
perbelanjaan seharian seperti makanan, hiburan dan sebagainya. kita akan
menggunakan wang dengan cermat dan memastikan kita tidak terlebih guna
wang yana ada pada kita. Misanya, seseorang yang berjimat cermat sudah
tentu menggunakan separuh daripada wang perbelanjaan yang tidak
dibelanjakan untuk ditabung sama ada di dalam bekas tabung atau
disimpan di bank. Penyimpan bank juga akan memperoleh dividen hasil
daripada simpanan, bak kata pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Jadi, amalan menabung berupaya memupuk kita lebih berjimat cermat untuk
bila-bila masa.
Di samping itu, amalan menabung boleh
mengatasi masalah yang kita hadapi semasa kecemasan. Keadaan ini boleh
digambarkan seseorang menyediakan payung sebelum hujan. Kita dapat
membantu orang yang berada dalam keadaan susah, seperti mangsa dalam
kemalangan atau ditimpa bencana. Misalnya, kita boleh menggunakan
tabungan kita untuk menderma kepada mangsa Gaza. Selain itu, kita juga
boleh membantu keluarga dan saudara kita apabila kecemasan berlaku. Hal
ini disebabkan kita tidak mungkin dapat memperoleh sejumlah wang yang
banyak dengan segera jika kita tidak ada wang tabungan. Untuk menyemai
amalan yang murni ini dalam kalangan masyarakat, syarikat insurans telah
menggalakkan masyarakat supaya menabung dengan cara menawarkan skim
tabungan yang pelbagai untuk kecemasan, iaitu kad perubatan.
Selain
itu, amalan menabung penting untuk hari tua. Sikap yang rajin menabung
semasa masih muda, bertenaga, dan sihat akan menyenangkan pada hari tua.
Dengan adanya wang, kita dapat menikmati kehidupan yang lebih gembira
dan selesa, bak kata pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke
tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-sengan kemudian. Kita harus
bersusah dahulu dan bersenang kemudian. Bagi umat Islam, wang yang
ditabung boelh digunakan untuk menunaikan haji dan umrah pada masa
hadapan.
Lebih-lebih lagi, amalan menabung dapat memudahkan
pembiayaan keperluan semasa dan yang akan datang. Kita telah mempunyai
wang yang secukupnya untuk membiayai apa-apa sahaja yang diperlukan.
Kita tidak perlu meminjam wang daripada lintah darat dan berhutang
selama beberapa tahun. Kini, kebanyakan harga barang telah meningkat
dan perkhidmatan awam yang semakin meningkat harganya. Oleh itu, dengan
ada tabunga, kita mampu membeli sesuatu yang diperlukan atau
dikehendaki. Kita juga dapat membiayai pendidikan anak-anak di menara
gading tanpa bergantung kepada pihak kerajaan atau mana-mana pihak.
Selain itu, seseorang tidak mduah terjerat oleh lintah darat.
Intihanya,
amalan menabung amat mulia. Setiap individu perlu mengorak langkah
untuk menabung. Amalan ini bukan sahaja dapat merealisasikan impian diri
sendiri malahan negara. Dalam keadaan kemelesetan ekonomi dunia,
rakyat juga dapat menghadapi kegawatan ekonomi ini dengan tabah kerana
mempunyai tabungan yang cukup untuk membiayai kos hidup.
http://forum.engkabang.net/index.php?topic=22593.0
No comments:
Post a Comment