Kita menginginkan sekolah kita berada dalam keadaan cantik dan ceria.
Namun, impian tersebut tidak akan menjadi kenyataan sekiranya kita
hanya bergantung kepada tukang kebun sekolah untuk membersihkannya.
Sebagai manusia yang memounyai kudrat, kita patut berusaha serta
berganding tenaga bersama dalam usaha untuk mencantikkan kawasan sekolah
yang kita sayangi.
Langkah pertama yang boleh kita lakukan ialah membuat mural di
dinding bangunan sekolah.Aktiviti ini boleh dijalankan ketika mata
pelajaran Pendidikan Seni atau pada sebelah petang sebaik sahaja selesai
waktu persekolahan.Dinding yang ditulis serta dihiasi dengan kata-kata
hikmat dan lukisan pemandangan yang indah pasti menghiburkan hati kita
setiap kali melalui bangunan tersebut.
Persekitaran sekolah boleh dihiasi dengan pokok-pokok bunga.Sebagai
langkah awal,aktiviti gotong royong yang melibatkan semua pihak
termasuklah ibu bapa, guru-guru serta para pelajar sendiri perlu
diadakan.Peralatan berkebun seperti cangkul, pongkes, dan sabit perlulah
dibawa bagi memudahkan kerja-kerja ketika sesi gotong-royong tersebut
dijalankan. Di sudut tertentu di laman sekolah, adalah lebih menarik
sekiranya sebuah taman bunga yang mempunyai landskap yang cantik
disediakan bagi kemudahan para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dan
mengadakan aktiviti riadah ringan.
Sekolah yang mempunyai persekitaran yang cantik dan menyenangkan mata
memandang membuatkan para pelajar berasa selesa ketika menghadapi
suasana pembelajaran. Masuk sahaja ke perkarangan sekolah, kehadiran
kita seperti disambut oleh bunga-bungaan yang sedang menguntum mekar di
taman. Ini menyebabkan hati kita gembira, sekaligus menjadikan suasana
pembelajaran lebih selesa dan santai di kawasan sekolah.Selain
kecermelangan dalam bidang pendidikan, imej sekolah uga merupakan satu
aspek penilaian yang amat penting dalam etika penilaian sekolah contoh
di seluruh Negara.
Sesungguhnya, persekitaran sekolah yang cantik dan menarik menjadi
idaman setiap pelajar.Oleh itu, bersama-samalah kita menjaga
persekitaran sekolah dengan baik serta mengekalkan kecantikan dan
keceriaan sekolah untuk kebaikan semua pihak.
No comments:
Post a Comment