Pernahkah anda ternampak seseorang yang mempunyai kesan melecur pada
badan? Kemudian wujud pula kesan timbul seperti bekas parut yang masih
baru dan bekas parut itu kelihatan kemerah-merahan. Fenomena ini
selalunya disebut sebagai parut hidup. Tapi tahukah anda , parut itu
boleh membesar dan menutupi kulit seseorang itu? Inilah yang dinamakan
sebagai keloid. Sehingga hari ini, tiada kajian lanjut mengenainya.
Malah sehingga sekarang, ahli dermatologi dan saintis tidak mengetahui
apakah punca yang menyebabkan keloid ini berlaku. Semua saintis
bersepakat mengatakan tiada sebab musabab yang logic untuk membuktikan
bagaimana keloid ini terjadi. Keloid terbentuk di atas kesan parut yang
sedia ada. Kemudian, ia akan membesar dan akan menutupi kesan parut
tersebut lalu menjadi seperti ketumbuhan pada kulit. Ianya seakan sama
dengan tumbuhan parasite menumpang hidup pada sesuatu tumbuhan.
Istilah perubatan menjelaskannya sebagai hypertrophic scar iaitu
kesan parut di tempat yang sama di sesuatu bekas luka. Keloid merupakan
parut yang membesar, menaik dan mempunyai bentuk yang tidak sekata. Ia
terjadi disebabkan oleh pembentukkan kolagen yang berlebihan di dalam
korium (lapisan kulit daripada komponen sel, elemen fiber dan matriks di
bawah epidermis untuk memberi ketebalan pada kulit) semasa pemulihan
penghubung berlaku.
Apakah sesuatu parut luka itu yang berpotensi menyebabkan keloid dan
bolehkah ia menyerang sesiapa saja? Menurut Pegawai Perubatan Hospital
Pakar Al-Islam Kampung Baru, Dr Shahrizal Azwan Samsudin, sesiapa saja
berpotensi mendapat keloid tetapi ia lebih mudah menyerang orang yang
berkulit gelap. Setakat ini, belum ada penjelasan yang logic mengapa
keloid gemar menyerang orang yang berkulit gelap. Malah saintis dari
serata dunia juga tidak menemui jawapan.
Kata Dr. Shahrizal, sehingga kini, keloid dianggap sebagai satu
misteri di dalam dunia perubatan kerana ia tidak menpunyai kaedah yang
mampu merawatnya. Seseorang yang menghidapi keloid akan mendapat kesan
parut seumur hidupnya. Proses tumbesaran keloid kadangkala boleh
menyebabkan kecacatan jika ia tumbuh di kawasan berhampiran organ deria
seperti mata, telinga dan juga sendi. Mangsa akan berdepan dengan
beberapa gejala gatal dan pedih pada tempat terjadinya keloid. Gejala
ini dapat dikurangkan tetapi ia akan berterusan sepanjang hayat.
Bagaimanapun, setakat ini keloid dikategorikan sebagai sesuatu yang
tidak berbahaya kerana ia tidak boleh menyebabkan kematian. Ia mampu
menyebabkan seseorang itu berasa malu dan rendah diri kerana parut itu
begitu jelas kelihatan. Lazimnya, keloid menyerang di lokasi segi tiga
tubuh badan seperti leher, bahu dan dada.
The Titanium White - iTanium-arts.com
ReplyDeleteThe mens titanium wedding rings titanium white is a titanium hair straightener unique silver plated diamond with an elegant ivory base and titanium hair clipper solid gold core. This platinum keith titanium plated diamond ford titanium ecosport has an intricate