Saturday 9 June 2012

Kelebihan Tinggal Di Asrama

Asrama merupakan kemudahan tempat tinggal yang disediakan oleh pihak sekolah kepada para pelajarnya. Ini bertujuan untuk meringankan beban para pelajar untuk berulang-alik dari rumah ke sekolah. Namun, dewasa ini, semakin ramai pelajar yang tidak tahu untuk menghargai kemudahan yang disediakan ini dan lebih suka untuk berulang-alik dari sekolah ke rumah setiap hari.
Fenomena ini dikatakan seiring dengan dunia yang serba moden masa kini yang membuatkan para pelajar menjadi malas dan lebih suka untuk bergantung kepada ibu bapa semata-mata untuk menjemput dan menghantar mereka ke sekolah. Namun, tanpa mereka sedari, sebenarnya mereka sangat rugi kerana tidak memanfaatkan kemudahan yang disediakan ini dengan sebaik-baiknya kerana terdapat banyak kelebihan tinggal di asrama berbanding dengan berulang-alik ke rumah setiap hari.
Tinggal di asrama memberikan mereka pelajaran pertama untuk berdikari. Seumur hidup mereka, mereka telah dimanjakan dengan pelbagai kesenangan dan kemewahan hidupsehinggakan mereka tidak berpeluang untuk menjalani hidup berdikari seperti mencuci baju sendiri, melipat kain sendiri, menyapu, mengelap lantai, membuang sampah, mencuci tandas dan sebagainya kerana adanya ibu atau pembantu rumah untuk menjalankan kerja-kerja berat seperti ini.
Selain itu, proses pembelajaran juga akan menjadi lebih tersusun. Melalui penekanan dan jadual waktu pembelajaran, mereka memiliki tempoh pembelajaran yang lebih teratur dan seimbang. Ini membolehkan mereka menumpukan lebih perhatian kepada pelajaran dan tidak terlalu terdedah kepada gejala buruk di luar sekolah seperti melepak, berjudi, merokok, dan bermain permainan video. Dengan kegiatan riadah yang dilakukan memberikan keseimbangan diantara kecerdasan minda dan kecergasan fizikal.
Tinggal di asrama mampu mendisiplinkan sikap dan kelakuan para pelajar. Melalui jadual waktu yang ditetapkan, pelajar-pelajar akan lebih menghargai waktu dan mampu mendisiplinkan diri untuk mengikut tempoh dan jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Selain itu, tinggal di asrama juga boleh mengurangkan keadaan ‘kejutan budaya’ ketika melangkah ke alam universiti. Melalui pengalaman di sekolah asrama, kebanyakan dari mereka tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di IPT.
Selain itu, tinggal di asrama juga membolehkan ibu bapa menjimatkan kos perbelanjaan seharian mereka. Jika pelajar tidak menetap di asrama, ibu bapa perlu menanggung kos ‘duit saku’, ‘duit pengangkutan’ dan sebagainya.Justeru itu, tinggal di asrama dapat meringankan beban para ibu bapa khasnya dari golongan yang tidak berkemampuan.
Menetap di asrama juga membolehkan para pelajar untuk lebih cemerlang dalam pembelajaran. Walaupun tetap ada yang tercicir namun peratusan mereka adalah kecil berbanding dengan mereka yang menetap di luar asrama. Malahan kebanyakan pelajar yang tinggal di asrama mendapat keputusan yang lebih baik dari pelajar harian kerana disiplin dan jadual waktu yang lebih ketat daripada di rumah. Oleh itu, dapatlah kita simpulkan di sini bahawa tinggal di asrama adalah lebih baik daripada menjadi pelajar harian.

6 comments:

  1. Replies
    1. bukan karangan baik tapi karangan macam taik babi

      Delete
    2. Tibe ii pulak budak ni orang bagi contoh karangan bukan karangan yang kau nak buat masa Exam bongok tak reti bahasa punya budak

      Delete
  2. apa ni karangan macam taik la

    ReplyDelete