RM625 & RM150
Pada
asalnya rebet ini akan hanya mula dibayar pada 1 Julai 2008 tetapi
telah diawal kepada hari Sabtu ini 14 Jun 2008. Tuntutan rebet tunai
minyak ini boleh dibuat di mana-mana pejabat pos. Semua pejabat pos
beroperasi dari 8.30 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Sabtu
kecuali di Kedah, Kelantan dan Terengganu berikutan Jumaat merupakan
cuti hujung minggu. Pejabat pos ditutup pada Sabtu pertama setiap bulan
dan juga pada cuti umum.Berikut adalah prosedur untuk menuntut rebet tunai minyak tersebut;
- 1. Membawa kad pengenalan atau MyKad atau kad pengenalan polis/tentera.
- 2. Pemilik asal kenderaan sahaja.
- 3. Maksimum lima kenderaan persendirian bagi setiap pemilik.
- 4. Mengisi butiran seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor pendaftaran kenderaan pada borang yang terdapat di pejabat pos.
- 5. Mengisi borang berasingan bagi setiap kenderaan.
- 6. Pos Malaysia akan mengesahkan butiran dengan sistem pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menentukan kelayakan rebet tunai.
- 7. Pihak ketiga tidak dibenarkan membuat tuntutan bagi pihak pemilik kenderaan.
Selain membuat bayaran tuntutan secara tunai, Pos Malaysia juga menyediakan kemudahan bayaran rebet tunai menerusi kiriman wang.
Bagi mendapatkan bayaran melalui kiriman wang, pemilik kenderaan perlu melakukan prosedur yang sama dan juga menulis alamat tetap atau alamat surat menyurat serta nombor telefon untuk dihubungi pada borang yang sama. Borang ini hendaklah dimasukkan ke dalam kotak yang disediakan di pejabat pos.
Tempoh masa penerimaan bayaran kiriman wang melalui pos ini adalah lebih kurang tujuh hari. Kiriman wang ini boleh ditunaikan oleh pemilik kenderaan di pejabat pos atau memasukkannya ke dalam akaun bank persendirian.
Bagi tempoh Fasa 1, pemilik kenderaan yang telah membeli atau memperbaharui cukai jalan dari 1 April hingga 31 Mei tahun ini boleh membuat tuntutan mulai Sabtu ini sehingga 31 Mac tahun depan.
Bagi Fasa 2, pemilik kenderaan yang membeli atau memperbaharui cukai jalan dari 1 Jun tahun ini sehingga 31 Mac, 2009, boleh membuat tuntutan bagi rebet tunai di semua pejabat pos mulai 1 Julai.
Maklumat yang lebih terperinci mengenai tuntutan subsidi rebet tunai dan borang tuntutan rebet tunai ini boleh didapati di laman web Pos Malaysia.
Mampukankah rebet RM625 dan RM150 ini menampung bebanan rakyat dengan kenaikan petrol sebanyak 41% dan diesel 63% ?
Technorati Tags: azhad, minyak, petrol, diesel, rebet
No comments:
Post a Comment