Tiga lelaki yang dilihat dalam rakaman
CCTV berhubung kes pembunuhan Nurin Jazlin telah menghubungi polis.
Mereka telah datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk
memberi penjelasan tentang tujuan mereka berhenti di hadapan kedai di
mana mayat Nurin Jazlin ditemui.
Menurut Pengarah Siasatan
Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee, ketiga-tiga lelaki
berkenaan memberi kerjasama yang baik dan kenyataan mereka telah
direkodkan. Pihak polis juga tidak menahan mereka bagi membantu
siasatan.
Sebelum itu pada 11 Oktober yang baru lalu pihak polis
telah mempertontonkan dan mengedarkan salinan rakaman kamera litar
tertutup (CCTV) di tempat mayat Nurin Jazlin ditemui. Rakaman CCTV ini
telah dihantar ke Makmal Forensik Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI)
untuk dilakukan proses "enhancement".
Rakaman
pada 16 September 2007 pukul 1.00 petang itu menunjukkan seorang lelaki
menaiki motosikal Modenas Kriss tiba dengan membawa beg Diadora
berwarna biru hitam. Dia dilihat membuat panggilan telefon dan selepas
itu mengangkat beg yang dipercayai mengandungi mayat Nurin Jazlin ke
tepi bangunan. Lelaki itu kemudian terus meninggalkan tempat itu dengan
motosikalnya. Sila ke laman video The Star Online untuk menyaksikan rakaman CCTV berkenaan.
Kira-kira
sejam kemudian seorang wanita berbaju merah kelihatan mundar mandir di
depan kedai berkenaan sebelum berdiri menunggu sesuatu di situ. Gambar lakaran wanita tersebut telah diedarkan oleh pihak polis sebelum ini. Sila ke laman video The Star Online untuk meyaksikan rakaman CCTV berkenaan.
Tidak
lama kemudian sebuah kereta Perodua Kenari berwarna perak yang dinaiki
oleh tiga orang lelaki kelihatan berhenti di hadapan kedai di tempat
mayat Nurin Jazlin ditemui. Tiga orang lelaki yang berada di dalam
kereta ini telah pun hadir ke balai polis untuk memberi keterangan.
Walaupun begitu wanita berbaju merah yang turut beredar dari situ
bersama-sama kereta yang sama belum lagi tampil ke hadapan. Sila ke
laman video The Star Online untuk meyaksikan rakaman CCTV berkenaan.
Terkini :
Seorang
wanita berbaju merah yang dapat dilihat di dalam rakaman kamera litar
tertutup (CCTV) berhampiran tempat beg berisi mayat Nurin Jazlin ditemui
telah hadir di Ibu Pejabat Polis Petaling pada hari Sabtu 20 Oktober
lalu. Menurut Datuk Christopher Wan Soo Kee, Pengarah Jabatan Siasatan
Jenayah Bukit Aman, pihak polis telah merekodkan keterangan wanita yang
berumur 15 tahun itu dan berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan.
Beliau juga menegaskan, ketika ini pihak polis memberi tumpuan kepada
usaha mengesan lelaki yang membawa dan meletak beg Diadora di tepi
tangga kedai di Taman Petaling Utama pada 16 September lalu.
nukilan, azhad, cctv, nurin jazlin
No comments:
Post a Comment