Masalah remaja lari dari rumah mendapat liputan meluas media massa.
Huraikan punca-punca remaja lari dari rumah.
Kemelut
remaja lari dari rumah telah menjadi satu isu yang sering diperkatakan.
Keadaan inii jelas terpapar menerusi siaran media massa yang menjadi
isu ini berita utama mereka. Pelbagai pihak memberikan teori atau
pandangan mereka mengenai kemunculan kemelut ini dalam masyarakat kita.
Punca
yang paling ketara ialah tekanan ibu bapa. Remaja yang lari dari rumah
sering menggunakan alasan tekanan ibu bapa sebagai penyebab utama mereka
melakukan perbuatan terkutuk ini. Tekanan ib bapa ini dikaitkan dengan
kegagalan ibu bapa untuk memahami keperluan peribadi remaja yang begitu
mendesak kini. Ibu bapa sering menyalahkan anak atau tidak memberikan
kasih sayang yang sewajarnya kepada remaja. Jadi, kegagalan ibu bapa
memainkan peranan mereka menjadi pendorong utama remaja melarikan diri.
Selain
itu, remaja lari dari rumah dikatakan berkait rapat dengan pengaruh
rakan sebaya. Nasihat yang diberikan oeh rakan sebaya tidak matang dan
rasional apabila remaja meluahkan masalah mereka. Keadaan ini berlaku
kerana rakan sebaya itu sendiri belum cukup matang dan berpengalaman
dalam menangani arus kehidupan yang penuh cabaran ini. Sesungguhnya,
rakan sebaya yang memberikan nasihat yang tidak baik akan membawa
remaja itu mengambil tindakan untuk melarikan diri.
Remaja lari
dari rumah juga dianggap akibat unsur barat yang dipaparkan menerusi
media massa terutama media elektronik. Remaja yang suka meniru akan
melakukan perkara yang mereka tonton di televisyen tanpa sebarang
keraguan lagi. Remaja tidak mampu membezakan lakonan dan realiti
kehidupan yang jauh berbeza. Oleh itu, media massa menjadi faktor yang
berupaya menimbulkan keinginan remaja untuk lari dari rumah mereka.
Kemelut
ini turut dikaitkan dengan sahsiah remaja itu sendiri. Ramai remaja
yang tidak mempunyai sikap yang tabah dan positif apabila menghadapi
sesuatu kemelut yang melanda diri mereka. Remaja begitu mudah terasa
atau berasa sensitif apabila ditegur oleh ibu bapa sehingga sanggup
melarikan diri. Jelaslah, keadaan ini membuktikan bahawa masalah ini
turut ditentukan oleh sikap remaja zaman ini yang harus lebih kukuh dan
tabah.
Kesimpulannya, gejala remaj lari dari rumah ini memang
harus ditangani dengan segera demi masa depan remaja kita yang semakin
malap ditelan arus kemodenan dunia. Semua pihak terutama masyarakat
harus memainan peranan tersendiri dalam menangani kemelut ini. Mungkin
kita semua harus menyalahkan diri masing-masing sebelum kita menyalahkan
remaja dalam hal ini.
http://pmrbest.blogspot.com/2008/03/karangan-remaja-lari-dari-rumahpunca.html
saya copy boleh
ReplyDelete