Sebagai negara
membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan
pelbagai barangan serta produk sendiri.Mungkin sudah tiba masanya bagi
rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan
keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi
kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih
baik lagi.Dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu mengikis
sikap ego yang sememangnya pun tidak menguntungkan.Demikian juga sikap
prejudis memandang rendah barangan tempatan, ia perlu dibuang jauh dari
sudut pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat “Malaysia Boleh”
dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri.
Sebut saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya.
Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal industri automotif,
malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang menembusi
pasaran luar negara.Barangan elektronik seperti televisyen, peti sejuk,
penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak jenama buatan Malaysia
membanjiri pasaran.Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti
pakaian, pelbagai jenis produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk
menandingi produk luar negara.
CARA-CARA UNTUK MENGGALAKKAN PEMBELIAN BARANGAN BUATAN MALAYSIA:
Tindakan yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi
mentaliti dan sikap orang kita sendiri, untuk beralih kepada barangan
tempatan.Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus
mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah kita tidak dapat
mengembangkan produk tempatan negara ini.Rakyat Malaysai perlu
mengutamakan barangan buatan Malaysia serta mengikis sikap prejudis
terhadap barangan tempatan. Dengan mengutamakan barangan tempatan, ia
membawa manfaat serampang dua mata kepada pelbagai pihak.Pertama, ia
akan mengelak aliran keluar wang negara ini. Kedua, ia menggalakkan
pembangunan industri tempatan yang berkaitan untuk menghasilkan produk
lebih berkualiti dan berdaya saing.
Rakyat dan
pengguna tempatan tidak diberikan maklumat lengkap serta tidak tahu mana
satu barangan buatan tempatan atau diimport bagi memudahkan mereka
membuat pilihan."Berikutan itu, Fomca dengan kerjasama semua gabungan
persatuan pengguna di seluruh negara perlu mengumpul senarai bahan itu
untuk diedarkan kepada pengguna. "Senarai itu boleh diperolehi daripada
pelbagai sumber termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
(Miti), Lembaga Pemasaran pertanian Persekutuan (Fama) dan
syarikat-syarikat terbabit yang mengeluarkan barangan berkenaan. Jika
rakyat Malaysia mengutamakan barangan buatan tempatan, terutama makanan,
kita dapat menjimatkan RM1.9 bilion setahun untuk mengimport bahan
itu.Berikutan itu, pengguna dan rakyat perlu diberikan maklumat mengenai
barangan buatan Malaysia dalam usaha membantu kerajaan mengatasi
masalah kejatuhan nilai ringgit sekarang. Langkah yang dicadangkan di
atas dapat membantu kerajaan menggalakkan rakyat membeli barang buatan
tempatan, serta kurang bergantung kepada produk import.
Cara seterusnya, rakyat perlu mengubah tabiat berbelanja. Tabiat
pembaziran dan berbelanja melebihi kemampuan pendapatan dikalangan
rakyat negara ini yang turut menyimbang kepada penurunan ringgit
disebabkan merek mudah memperolehi kemudahan kredit. Berikutan itu,
rakyat perlu mengubah tabiat berbelanja dengan mengamalkan tabiat
berhemat dalam perbelanjaan seperti menabung untuk mengurangkan kesan
hutang.
Seterusnya ialah peranan Media. Pihak media boleh
memberi sokongan kepada kerajaan dalam usaha-usaha menerajui isu
pembelian barangan buatan Malaysia. Pihak media perlu bersedia membantu
kerajaan dalam usaha membangunkan semangat pembelian barangan buatan
Malaysia daripada segi mengadakan halaman khas untuk berita-berita yang
berkaitan barangan buatan malaysia. Ini menunjukkan tahap kejayaan yang
telah dicapai oleh kerajaan dan rakyat dalam pengeluaran barangan
tempatan.
Usaha mengadakan Kempen Beli Barangan Malaysia
haruslah diadakan secara berterusan. Ini akan dapat memperkenalkan
barangan buatan Malaysia kepada seluruh rakyat dan sebagai usaha untuk
membantu merangsang ekonomi negara. Kempen ini harus dijalankan
sepanjang tahun dengan promosi untuk semua jenis barang buatan Malaysia.
Kempen ini perlu diperluaskan ke seluruh negara untuk memberi impak
kepada sektor ekonomi. Justeru itu, semua agensi, sekto swasta dan NGO
harus memainkan peranan masing-masing.
Pegawai kerajaan
yang bertugas dalam agensi-agensi yang berkaitan pengeluaran, promosi
dan pemasaran barangan buatan Malaysia perlu memberi perhatian serius
kepada tugas mereka dan sekadar bekerja melepaskan batuk di tangga.
Dalam hal ini, infrastruktur serta sistem pengedaran mempunyai implikasi
besar ke atas harga barang tempatan. Di kawasan bandar, dengan
infrastruktur yang baik rakyat mudah mendapatkan barangan buatan
Malaysia dengan harga yang berpatutan. Tetapi penduduk-penduduk di luar
bandar serta kawasan dalaman terpaksa menghadapi masalah harga yang
tinggi kerana kekurangan infrastruktur dan sistem pengedaran yang
kurang efisien. Pegawai-pegawai kerajaan yang berkenaan perlu memberi
perhatian serius kepada perkara ini dan mencari jalan untuk menangani
masalah ini.
Semua pihak; agensi kerajaan dan pihak
swasta perlu memberikan keutamaan dan mengiktiraf pencipta tempatan yang
menghasilkan produk berteknologi tinggi, sekali gus membuang rasa
sangsi terhadap keupayaan mereka. Rakyat perlu memberi peluang dan
galakan kepada anak- anak tempatan dengan cara membeli serta menggunakan
produk ciptaan mereka yang setanding dengan produk import.Institusi
kerajaan, swasta dan rakyat perlu mengutamakan produk berteknologi
tinggi rekaan anak tempatan bagi membolehkan reka cipta tersebut
berkembang maju dan lebih berkualiti
Usaha Kajian dan
Pembangunan (Research and Development atau R&D) perlu diberi
perhatian dan galakan oleh kerajaan dan swasta. R&D tidak dapat
berkembang jika hasilnya tidak diberi pengiktirafan dan kerelaan untuk
mencuba pakai.Semua pihak perlu memberi galakan kepada pembangunan
kemajuan sains dan teknologi terutama berhubung kait dengan pelbagai
produk peralatan dan jentera yang dapat digunakan oleh rakyat negara
ini. hadiah-hadiah dan peruntukan berlu disediakan kepada para pengkaji
untuk mengkaji dan menghasilkan produk ciptaan tempatan.
Kesimpulannya, tabiat rakyat dan pemimpin perlu diubah. Adalah malang
bagi kita jika kita mendewa-dewakan barangan dari luar sedangkan
barangan tersebut ada di negara kita. Diharapkan kempen belilah barangan
buatan Malaysia ini dapat dijalankan secara berterusan kerana sudah
menjadi tabiat masyarakat kita yang mudah lupa dan perlu pula digerakkan
melalui kempen. Jika bukan kita rakyat Malaysia yang mengutamakan dan
memilih barangan buatan tempatan, siapa lagi?
Dipetik dan diubahsuai daripada laman web Pusat Maklumat Rakyat
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2646:kempen-belilah-barangan-buatan-malaysia&catid=16:isu-nasiona
No comments:
Post a Comment