iapakah yang sanggup mengedarkan beberapa gambar seorang kanak-kanak
yang telah didera dan longlai tidak bernyawa lagi. Gambar-gambar yang
mengaibkankan menunjukkan kesan-kesan kekejaman yang terpaksa ditanggung
oleh seorang insan kecil yang tidak berdosa. Sesiapa yang mempunyai
perasaan pasti tersentuh apabila melihat gambar-gambar tersebut, apatah
lagi jika kaum keluarga terutama ibubapa beliau yang melihatnya.
Gambar-gambar
bedah siasat Nurin Jazlin telah disebar melalui emel hari ini oleh
orang tertentu. Penyebaran gambar-gambar tersebut menjadi meluas apabila
ramai yang menerimanya telah menyebarkannya semula kepada kenalan
masing-masing. Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar telah membuat
laporan polis selepas melihat gambar-gambar yang disebarkan melalui
emel itu.
Beliau memberi amaran keras kepada
sesiapa yang mengedarkan gambar-gambar tersebut kerana mereka boleh
didakwa mengikut Akta Rahsia Rasmi atau didakwa memiliki bahan-bahan
lucah. Menurut beliau amaran ini ditujukan kepada anggota polis yang
mempunyai akses secara langsung kepada gambar-gambar itu serta mereka
yang ada menyimpan gambar itu sekarang, ini adalah seperti yang
dilaporkan oleh Bernama.
Pihak keluarga arwah Nurin Jazlin juga ada membuat kenyataan melalui laman blog Nurin
bahawa mereka juga akan membuat laporan polis dan memohon orang ramai
menghentikan mengedarkan gambar-gambar tersebut. Oleh itu sesiapa yang
telah atau akan menerima gambar-gambar tersebut tidak akan menyimpan
atau menyebarkannya kepada orang lain.
Terkini
: Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memaklumkan bahawa individu
yang menyebarkan gambar bedah siasat Nurin Jazlin Jazimin telah dikenal
pasti. Individu berkenaan telah pun ditangkap dan akan dihadapkan ke
mahkamah. Maklumat lanjut berkenaan individu tersebut belum boleh
didedahkan sehinggalah pihak polis telah sedia untuk mendakwanya. Berita
penuh boleh dibaca di Bernama.
No comments:
Post a Comment