(buat Pak dan Ibu Darwis)
Semua seperti dulu
meja tulis bekas pensel
almari pakaian jendela dan tali penyidai
sarung baru dibasuh
aku kembali ke rumahmu
Senyuman terhampar di kaca
dakapan anak-anak suami tercinta
terdengar dentingan piring
air menggelegak di cerek
menyediakan air mandi suami
nasi mengembang di tungku
cawan segera ditata
kau sudah sedia untuk hari pertama
tugas seorang isteri
biar kau bijak di kampus
bercanda dan bergosip dengan teman-teman
tapi diam-diam menyimpan kesakitan
di lipatan senyum dan kerdip mata
aku mengutip rahsia
letih dan jenuh seorang isteri.
Kubuka almari
kusentuh sisa kebaya
batik dan selendang
kepingan gambar
memang payah melupa masa lalu.
Dentingan piring
mkanan rapi di meja
bonda baru melayani,
dia yang mengerti
terdengar bisiknya
“ senang menerima kunjunganmu
kerana sehabat lama ibu “
Kupetik haruman taman
Berderaian canda putera-puterimu
segar berdoa
merelakan yang pergi
kau tetap di hati.
Siti Zainon Ismail
Darussalam , April 2002
Showing posts with label LOVE:ASHRATUL. Show all posts
Showing posts with label LOVE:ASHRATUL. Show all posts
Sunday, 29 April 2012
Friday, 13 April 2012
Belilah Batangan Buatan Malaysia
Sebagai negara
membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan
pelbagai barangan serta produk sendiri.Mungkin sudah tiba masanya bagi
rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan
keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi
kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih
baik lagi.Dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu mengikis
sikap ego yang sememangnya pun tidak menguntungkan.Demikian juga sikap
prejudis memandang rendah barangan tempatan, ia perlu dibuang jauh dari
sudut pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat “Malaysia Boleh”
dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri.
Sebut saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang menembusi pasaran luar negara.Barangan elektronik seperti televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak jenama buatan Malaysia membanjiri pasaran.Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian, pelbagai jenis produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk luar negara.
CARA-CARA UNTUK MENGGALAKKAN PEMBELIAN BARANGAN BUATAN MALAYSIA:
Tindakan yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan.Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan produk tempatan negara ini.Rakyat Malaysai perlu mengutamakan barangan buatan Malaysia serta mengikis sikap prejudis terhadap barangan tempatan. Dengan mengutamakan barangan tempatan, ia membawa manfaat serampang dua mata kepada pelbagai pihak.Pertama, ia akan mengelak aliran keluar wang negara ini. Kedua, ia menggalakkan pembangunan industri tempatan yang berkaitan untuk menghasilkan produk lebih berkualiti dan berdaya saing.
Rakyat dan pengguna tempatan tidak diberikan maklumat lengkap serta tidak tahu mana satu barangan buatan tempatan atau diimport bagi memudahkan mereka membuat pilihan."Berikutan itu, Fomca dengan kerjasama semua gabungan persatuan pengguna di seluruh negara perlu mengumpul senarai bahan itu untuk diedarkan kepada pengguna. "Senarai itu boleh diperolehi daripada pelbagai sumber termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Lembaga Pemasaran pertanian Persekutuan (Fama) dan syarikat-syarikat terbabit yang mengeluarkan barangan berkenaan. Jika rakyat Malaysia mengutamakan barangan buatan tempatan, terutama makanan, kita dapat menjimatkan RM1.9 bilion setahun untuk mengimport bahan itu.Berikutan itu, pengguna dan rakyat perlu diberikan maklumat mengenai barangan buatan Malaysia dalam usaha membantu kerajaan mengatasi masalah kejatuhan nilai ringgit sekarang. Langkah yang dicadangkan di atas dapat membantu kerajaan menggalakkan rakyat membeli barang buatan tempatan, serta kurang bergantung kepada produk import.
Cara seterusnya, rakyat perlu mengubah tabiat berbelanja. Tabiat pembaziran dan berbelanja melebihi kemampuan pendapatan dikalangan rakyat negara ini yang turut menyimbang kepada penurunan ringgit disebabkan merek mudah memperolehi kemudahan kredit. Berikutan itu, rakyat perlu mengubah tabiat berbelanja dengan mengamalkan tabiat berhemat dalam perbelanjaan seperti menabung untuk mengurangkan kesan hutang.
Seterusnya ialah peranan Media. Pihak media boleh memberi sokongan kepada kerajaan dalam usaha-usaha menerajui isu pembelian barangan buatan Malaysia. Pihak media perlu bersedia membantu kerajaan dalam usaha membangunkan semangat pembelian barangan buatan Malaysia daripada segi mengadakan halaman khas untuk berita-berita yang berkaitan barangan buatan malaysia. Ini menunjukkan tahap kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan dan rakyat dalam pengeluaran barangan tempatan.
Usaha mengadakan Kempen Beli Barangan Malaysia haruslah diadakan secara berterusan. Ini akan dapat memperkenalkan barangan buatan Malaysia kepada seluruh rakyat dan sebagai usaha untuk membantu merangsang ekonomi negara. Kempen ini harus dijalankan sepanjang tahun dengan promosi untuk semua jenis barang buatan Malaysia. Kempen ini perlu diperluaskan ke seluruh negara untuk memberi impak kepada sektor ekonomi. Justeru itu, semua agensi, sekto swasta dan NGO harus memainkan peranan masing-masing.
Pegawai kerajaan yang bertugas dalam agensi-agensi yang berkaitan pengeluaran, promosi dan pemasaran barangan buatan Malaysia perlu memberi perhatian serius kepada tugas mereka dan sekadar bekerja melepaskan batuk di tangga. Dalam hal ini, infrastruktur serta sistem pengedaran mempunyai implikasi besar ke atas harga barang tempatan. Di kawasan bandar, dengan infrastruktur yang baik rakyat mudah mendapatkan barangan buatan Malaysia dengan harga yang berpatutan. Tetapi penduduk-penduduk di luar bandar serta kawasan dalaman terpaksa menghadapi masalah harga yang tinggi kerana kekurangan infrastruktur dan sistem pengedaran yang kurang efisien. Pegawai-pegawai kerajaan yang berkenaan perlu memberi perhatian serius kepada perkara ini dan mencari jalan untuk menangani masalah ini.
Semua pihak; agensi kerajaan dan pihak swasta perlu memberikan keutamaan dan mengiktiraf pencipta tempatan yang menghasilkan produk berteknologi tinggi, sekali gus membuang rasa sangsi terhadap keupayaan mereka. Rakyat perlu memberi peluang dan galakan kepada anak- anak tempatan dengan cara membeli serta menggunakan produk ciptaan mereka yang setanding dengan produk import.Institusi kerajaan, swasta dan rakyat perlu mengutamakan produk berteknologi tinggi rekaan anak tempatan bagi membolehkan reka cipta tersebut berkembang maju dan lebih berkualiti
Usaha Kajian dan Pembangunan (Research and Development atau R&D) perlu diberi perhatian dan galakan oleh kerajaan dan swasta. R&D tidak dapat berkembang jika hasilnya tidak diberi pengiktirafan dan kerelaan untuk mencuba pakai.Semua pihak perlu memberi galakan kepada pembangunan kemajuan sains dan teknologi terutama berhubung kait dengan pelbagai produk peralatan dan jentera yang dapat digunakan oleh rakyat negara ini. hadiah-hadiah dan peruntukan berlu disediakan kepada para pengkaji untuk mengkaji dan menghasilkan produk ciptaan tempatan.
Kesimpulannya, tabiat rakyat dan pemimpin perlu diubah. Adalah malang bagi kita jika kita mendewa-dewakan barangan dari luar sedangkan barangan tersebut ada di negara kita. Diharapkan kempen belilah barangan buatan Malaysia ini dapat dijalankan secara berterusan kerana sudah menjadi tabiat masyarakat kita yang mudah lupa dan perlu pula digerakkan melalui kempen. Jika bukan kita rakyat Malaysia yang mengutamakan dan memilih barangan buatan tempatan, siapa lagi?
Dipetik dan diubahsuai daripada laman web Pusat Maklumat Rakyat
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2646:kempen-belilah-barangan-buatan-malaysia&catid=16:isu-nasiona

Friday, 6 April 2012
Pertemuan semalam, hari ini dan esok
manisnya bagai madu yang diteguk
segalanya indah
membalut hati resah untuk tenang
lupa pada kisah silam
yang pilunya bukan kepalang
terasa madunya kian susut
entah ...
tertahankan ia pada hukum alam
menghakis sirna yang mendatang
kekal pada azali kejadian
makin sukar untuk aku meramalkan
mungkin kemanisan itu akan hilang terus
tapi aku pasti
madu itu pasti akan kembali terisi
andai pertemuan dulu
diabadikan sebagai penentu hari ini dan esok.
Kala aku sendiri
kau datang lagi
menghamparkan duri-duri
menikam batin ini
dengan ganasnya
tiada rasa simpati
kau telah berjanji
akan mengheretku bersamamu
selagi aku bernyawa
dan terus berjuang
menuju jalan yang telah disuratkan
dengki dengan kejayaanku
benci dengan perlakuanku
malah kau campakan aku
agar aku terjatuh seperti dirimu
aku tahu siapa engkau
dan siapa aku
bila kita mencermin diri,
adalah sebaliknya
seminit dengan mendalam
engkau menatap
engkau tanya satu soalan
kepada insan dicermin
untuk siapakah engkau
sememangnya.................
hidup seribu insan
namun pasti ada suratan
pasrah akan menyahut
biarpun pahit namun
tetap akan ditelan
kerana hidup sukar
dimengertikan
ibarat mimpi dalam khayalan.
diri ini bisa berkata-kata ke seluruh dunia
juga adanya suara yang kuat bergema
akan kulontarkan satu kata
biar ia berserakkan di mana-mana
biar ia tertusuk di sanubari
remaja, dewasa, lelaki, wanita...
bahawa dunia ini kian hampir akan hujungnya
dunia ini sudah terlalu tua
dunia ini hanya menunggu masa
untuk binasa
hapuskanlah persengketaan
koyakkan segala kekejaman
lunturkan segala maksiat
segala kejahatan
bersihkan diri dengan air suci
agar ia tidak hitam lagi
seandainya itu yang bisa kulakukan
alangkah damainya diri ini
lantaran hati tidak tertanggung lagi
kesedihan, keperitan
melihat segala titik hitam
yang semakin membesar... terlalu besar
takutnya... jika kita dilaknati
takutnya... jika kita tidak dirahmati
takutnya... jika kita enggan diberkati
aduhai semua
cukuplah membalut diri dengan dosa
kita di akhir zaman kini
pantaskan kaki mencari sinar abadi
untuk kebahagiaan yang menanti
di syurgawi...
Sunday, 1 April 2012
Pada siang hari di akhir musim gugur, satu keluarga semut yang telah
bekerja keras sepanjang musim panas untuk mengumpulkan makanan,
mengeringkan butiran-butiran gandum yang telah mereka kumpulkan selama
musim panas. Saat itu seekor belalang yang kelaparan, dengan sebuah
biola di tangannya datang dan memohon dengan sangat agar keluarga semut
itu memberikan sedikit makan untuk dirinya.
"Apa!" teriak sang Semut dengan terkejut, "tidakkah kamu telah mengumpulkan dan menyiapkan makanan untuk musim dingin yang akan datang ini? Selama ini apa saja yang kamu lakukan sepanjang musim panas?"
"Saya tidak mempunyai waktu untuk mengumpulkan makanan," keluh sang Belalang; "Saya sangat sibuk membuat lagu, dan sebelum saya sadari, musim panas pun telah berlalu."
Semut tersebut kemudian mengangkat bahunya karena merasa gusar.
"Membuat lagu katamu ya?" kata sang Semut, "Baiklah, sekarang setelah lagu tersebut telah kamu selesaikan pada musim panas, sekarang saatnya kamu menari!" Kemudian semut-semut tersebut membalikkan badan dan melanjutkan pekerjaan mereka tanpa memperdulikan sang Belalang lagi.
Ada saatnya untuk bekerja dan ada saatnya untuk bermain.

Monday, 26 March 2012
KISAH DONGENG SETH TAN DAN POKOK KACANG
Disebuah
desa yang terpencil di utara tanahair, tinggal seorang budak lelaki
diberi nama Seth Tan. Dia tinggal bersama ibunya di rumah pusaka yang
hanya menunggu masa sahaja nak roboh. Kehidupan mereka sangat susah.
Harta yang mereka miliki hanyalah seekor lembu tua. Ayah Seth Tan telah
meninggalkannya buat selama-lamanya. Dari cerita ibunya, aruah meninggal
kerana tertelan biji kedondong.
Dek kemiskinan yang amat dasyat, ibunya menyuruh Seth Tan menjualkan lembu tersebut. Tambahan pula, tak lama lagi Hari Raya Haji, pasti ada yang mahu membeli lembu mereka untuk di jadikan korban. Hasil jualan lembu itu dapatlah membeli benih sayur untuk di tanam di belakang rumah. Mama Seth Tan bercita-cita menjadi petani moden yang berjaya, mahu menanam anggur, epal, avokado dan strawberi. Malangnya, Seth Tan sangat pemalas orangnya. Tak tahu malu pula hendak berangan kahwin sama Izara Aishah, anak jiran sebelah.
In the morning next day, Seth Tan pergi ke pasar untuk menjual lembu tersebut. Dalam perjalanan ke pasar, dia terserempak dengan nenek kebaya. Dengan ramahnya nenek kebaya menegur Seth Tan, " Hai cu, mahu kemana membawa lembu itu?". " Mama suruh chek juai kat market", menjawab Seth Tan tanpa ragu-ragu. Setelah mendengar penjelasan Seth Tan, nenek kebaya bersuara, "Mahukah cucu menukar lembu ini dengan sebutir kacang? Kita buat sistem batter mau?". "Tak mau ehh..oh no..gila apa nenek, takkanlah kacang nak tukaq dengan lembu? chek bukan bodo.."
"Jangan menghina ya! Ini kacang ajaib lor...Kalau cucu tanam sehari, kacang nie akan bertukar menjadi pokok kacang yang tinggi sampai ke awan nano, Ini baja terbaik dari ladang! " Tersengih nenek kebaya menampakkan gigi palsunya. Sambil membayangkan hasil yang banyak daripada pokok tersebut, dia akhirnya bersetuju. "Kalau macam tu, oklah nenek.."
Pulang kerumah, Seth Tan menceritakan apa yang terjadi kepada ibunya. Alangkah terkejut dan berang ibunya mendengar. " Adoyai..Macam mana kita nak hidup hanya dengan sebutiaq kacang ja? hang nie aku kata bodo hang maqah! muka saja hensem, tapi...tapi..." tak sampai hati meneruskan kata-kata yang lebih tidak sopan , ibunya lantas membuang kacang itu keluar tingkap.
Bangun pagi keesokan hari, terkejutlah Seth Tan melihat sepohon pokok kacang gergasi dibelakang rumah. " Betui la apa yang nenek kebaya tu kata," gumam Seth Tan. "Best nie kalau main panjat-panjat". Sepenuh kudrat Seth Tan memanjat pokok tersebut. Sepanjang perjalanan.. "Baik aku uji vokal aku dulu, mama tu tak habis-habis soh aku p auditon vokal bukan sekadar rupa, mama tak tau ka rancangan tu untuk orang tak kacak, aku mana layak!" masuk bakul angkat sendiri Seth Tan.
"Begitulah awan nano setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi, Dan bibirmu.." Suaranya gemersik sekali...
Tak sempat menghabiskan sebuah lagu, Seth Tan telah berada di puncak.
" Biaq betui..cepatnya..hebat betui aku nie, tak sia-sia aku belajaq panjat dengan beruk ". Sampai dipuncak, terkejut Seth Tan kerana rupa-rupanya ada sebuah istana besar di situ. Dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak, Seth Tan menghampiri istana kemudian pintu utama di bukanya perlahan. Kreuk..kreuk..kreuk..berirama bunyi pintu istana memecah kesunyian.
Walaupun takut, Seth Tan meneruskan peninjauan. Tempat pertama yang ingin sekali dituju tentulah dapur. Perutnya terasa sangat lapar. Di dapur terletak sebuah peti sejuk besar gedabak 4 pintu. Dengan gelojoh Seth Tan membukanya, " Alhamdulillah, rezeki aku.." Selesai memenuhi nafsu makannya, Seth Tan ke ruang tamu pula. Istana itu dipenuhi perabot jati yang mahal-mahal. " Wow koleksi vantage pun bayak siot..mau terburai bijik mata Izara Aishah kalau tengok nie!". Menyedari yang dia sudah banyak membuang masa, Seth Tan mula mencari barang berharga untuk dibuat souvenier.
Kakinya melangkah perlahan kebilik tidur utama. Terkejut Seth Tan melihat seekor raksasa sedang nyenyak tidur di meja studi. Laptop disebelah pun tidak dimatikan. "Membazir elektrik betui!ow..awek.." Seth Tan meninjau lagi sekitar bilik. Sesekali kedengaran kroh..kroh..bergegar istana dengan bunyi dengkuran raksasa. Seth Tan jadi takut. Namun matanya sudah menangkap sesuatu. Bersebelahan katil ada seguni wang emas. Tidak mahu melepaskan peluang yang ada, seberapa pantas Seth Tan mengambil wang emas itu. Kemudian tergesa-gesa dia mahu pulang. Bimbang juga kalau raksasa terjaga. Seterer kluangman Seth Tan terjun kebawah dan sudah kebumi semula.
Gedebukkk..."aduh..sakitnya! janji puas hati, pasnie boleh aku bersenang lenang dengan wang yang ada" Seth Tan bersuara girang. Ibunya yang kebetulan sedang memasak lempeng terkejut dengan bunyi yang sangat kuat. " Oh mama hang cantik! " sempat ibunya melatah. "Hang ka Seth Tan, mama ingatkan setan mana la tadi..Terkejut mama! ". Dengan tidak sabar, Seth Tan menceritakan segala-galanya. " Berani betui hang , kalau raksasa tu mai sini nak ambik duit dia balik, mama tak tau..Hang jangan dok buat siqu (gila).."
Sejak hari itu, kehidupan Seth Tan berubah. "Mulai hari nie, mama tak payah masak lempeng lagi, jemu dah chek. Tekak nie teringin nak makan cupcake. Kita kan sudah jadi orang kaya..hahahaha", ketawa Seth Tan dibalas dengan gelengan kepala dari ibunya. Kini Seth Tan mula bergaya dengan memakai pakaian jenama, sudah pandai lepak-lepak kat starbucks dan shopping pun kat Jusco. Izara Aishah yang dulunya jual mahal mula merapatkan diri dengan Seth Tan. Setiap hari mereka dating makan-makan kat Secret Receipe. Pergi clubbing jer tak boleh pasal Seth Tan belum cukup umur.
Lama kelamaan, wang emas yang dicuri habis digunakan Seth Tan. Dia mula memikirkan pokok kacang dibelakang rumah lantas memanjat kembali pokok gergasi itu hingga ke atas. Kali ini dia sedikit lega sebab raksasa tidak ada di istananya. "P merempit la tu..macam la aku tak nampak gambaq awek dia kat sceen saver laptop hari tu..Segak gila..rambut menggerbang macam Mak Lampir." gelihati Seth Tan bila teringat kali pertama dia ke sini minggu lepas. Tiba-tiba seluruh istana bergegar dengan bunyi tapak kaki raksasa. " Matilah aku, dia balik dah...".
Raksasa yang melihat kelibat Seth Tan mendengus marah. Dengan segera Seth Tan berlari dan cuba untuk turun kebawah. Kerana ketakutan yang amat sangat, dia hilang krediatibiliti sebagai kluang man. Terasa lambat sekali pergerakannya. Raksasa terus mengejar Seth tan yang sudah tercungap-cungap kepenatan. Akhirnya sampai juga Seth Tan kerumahnya..Raksasa masih lagi terhegeh-hegeh dibelakang, masih memula langkah bunga-bunga di atas pokok.
"Mama..mama..raksasa ligan chek...cepat!cepat! mama p pinjam kapak bapak Izara tu..", memekik Seth Tan memanggil mamanya. " Ha sat...kapak pak hang pun ada, mama simpan kat gudang..Satgi hang buat main. Saja ja mama rahsia", dalam kekalutan pun sempat ibunya buat lawak bodoh. Mamanya lantas berlari mendapatkan kapak. Serta merta dihulur ke tangan Seth Tan. Seth Tan segera menebang pokok kacang tersebut. Seminit kemudian, terdengar bunyi dentuman yang kuat. Pokok gergasi itu tumbang menyembah bumi. Raksasa juga jatuh dan mati serta merta ditempat kejadian.
Seth Tan dan mamanya berpelukan. "Mama lega hang selamat. Betapa susah dan miskinnya kita, hang kena kerja. Hanya dengan usaha keras saja kita boleh merubah nasib. Mama harap Seth akan bekerja bersungguh-sungguh untuk mendapat apa yang hang idamkan". Seth Tan mula sedar akan kesilapannya. Selama nie dia malas bekerja dan hanya tahu berangan. Kalaulah wang emas yang di ambil dari raksasa di simpan dalam asb, bukak buku sspn, buat pelaburan emas, tentu senang hidup mereka...
Sambil memandang ke bawah baru mama Seth Tan perasan sesuatu, "Hang kencing dalam seluaq Seth Tan???.." Tersengih macam kerang busuk Seth Tan bersuara, " Ketaq punya pasai mama..."

feb
Kita
semua adalah manusia. Manusia ada peluang buat salah dan silap. Gigi
dan lidah lagilah tergigit, inikan pula kita dalam sebuah jamaah yang
besar. Ahlinya daripada seorang ulamak sehingga kepada seorang
jahil.......syarat utama keahliannya ialah Islam. Kalau kafir tak boleh.
Bila
jamaah besar, ahlinya pelbagai tahap pemikiran, kerenah dan kedudukan,
aktivitinya banyak MAKA pertelagahan mungkin berlaku DAN hampir mustahil
tak berlaku perbalahan dan seumpamanya. Sebuah keluarga yang terdiri
daripada ibu ayah dan beberapa orang anak boleh tercetus perbalahan,
apatah lagi kita jamaah yang ratusan ribu ahlinya.
APA YANG KITA NAK PELIHARA DAN PUPUK?
Oleh itu semua kita samada AHLI dan PEMIMPIN hendaklah sedaya upaya menjaga sebaik-baiknya ..........
1. Ikatan Jamaah
2. Ikatan Iman dan
3. Ikatan Ukhuwwah.
Jagalah
ianya lebih daripada menjaga keluarga sendiri. Sentiasalah meletakkan
kepentingan jamaah mengatasi kepentingan peribadi. Jauhkan diri dari
virus-virus dan kuman-kuman yang merosak dan menjahanamkan jamaah
sekaligus membahayakan diri kita sendiri selaku individu dalam jamaah.
Sentiasalah mengingati pesanan ALlah dalam surah al-Hujurat yang
bermaksud
"Sebenarnya
orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di
antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada
ALLAH supaya kamu beroleh rahmat
(Al-Hujurat : 10).
APA SIFAT DAN SIFAT YANG WAJIB ADA DALAM MENJAGA KEUTUHAN JAMAAH DAN UKHUWWAH?
1. Tabayyun bererti mencari kejelasan dan kesohihan maklumat yang diterima.
Jangan
mudah menerima berita tanpa ditapis dan diselidiki kesohihannya.
Suratkhabar, blog, tv, radio, sms adalah ibarat tong sampah.....jangan
main hentam aje. Paling tidak, letakkan status benda-benda tadi adalah
"fasiq".
"Wahai
orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa
berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu
musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan
kamu menyesal atas perbuatanmu itu."
(al-hujurat:6)
2. ’Adamus Sukhriyyah ertinya tidak memperolok-olokkan.
Janganlah
kita merasakan kita sahaja yang pandai, banyak sumbangan dan berkorban;
orang lain baru sahaja berada di medan dakwah dan jihad......aku dah
lama berjuang. Suka sangat syaitan mendengarnya. Al-Quran mengajar kita,
"Wahai
orang-orang yang beriman janganlah satu kaum memperolok-olokkan kaum
yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik
dari mereka (yang memperolok-olokkan) ."
(al-Hujurat:11).
3. 'Adamul Lamz iaitu tidak mencela orang lain.
Surah Hujurat menjelaskan sikap yang patut diambil oleh mukmin mujahid;"Dan janganlah kamu mencela diri sendiri'"
Hujurat:ayat 11.
Mencela
sesama muslim mukmin mujahid dalam ayat ini dianggap mencela diri
sendiri, sebab pada hakikatnya kaum muslimin dianggap satu kesatuan.
Apalagi jika celaan itu adalah masalah status dan standard kebendaan.
Allah sendiri menyuruh Rasul dan orang-orang yang mengikutinya untuk
bersabar atas segala kekurangan orang-orang mukmin.
Kita
mesti sedar kalau kita memperlekehkan pimpinan bermakna kita
memperlekehkan diri kita sendiri. Kalau kita mendedahkan keaiban jamaah
bererti kita mendedahkan keaiban diri sendiri. Barang diingat bahawa
media bukan medan tempat penyelesaian masalah jamaah.
4. Tarku at-Tanabuz yakni meninggalkan panggilan dengan sebutan-sebutan yang tidak baik terhadap sesama mukmin.
"Dan janganlah kamu saling memanggil dengan sebutan-sebutan (yang buruk).
al-Hujurat"
Janganlah
memanggil atau menggelarkan sahabat sendiri dengan sebutan yang tidak
baik. "Tengoklah ustaz gila tu!" "Wow hebat ustaz bingung tu" "Aku rasa
kalau pemimpin umnowi, kita tendang aje".....macam-macam kita dengar di
cuping telinga.
Tanabuz dalam bentuk yang paling parah adalah berupa pengkafiran terhadap orang yang beriman.
Sucikan
hati mu. Janganlah kebencian, permusuhan kamu terhadap seseorang
sekalipun musuhmu menyebabkan kamu tidak berlaku adil. Jangan diikut
perasaan marah(ghadab).
5. Ijtinab Kathirun min az-zon iaitu menjauhi kebanyakan prasangka.
"Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, karena sebagian prasangka itu dosa.
AL-HUJURAT: 8"
Pada
dasarnya seorang muslim harus berbaik sangka terhadap sesamanya,
kecuali jika ada bukti yang jelas tentang kesalahan tersebut. Dan
sebaliknya, kepada orang kafir dan musuh Islam, kaum muslimin harus
menaruh curiga bila mereka bermanis budi. Dalam sejarah perjuangan
terlalu banyak berlaku perkara yang tidak diingini akibat sifat Su'
Zon(buruk sangka). Lebih-lebih lagi apabila musuh pandai mencampak isu.
Lihat surah an-Nur ayat 11 hingga 16.
Peristiwa
yang menimpa Umm al-Mukminin 'Aisyah binti Abu Bakar yang difitnahkan
"berbuat jahat" dengan Safwan sahabat Nabi saw. Bayangkan kalau zaman
Jamaah Islam di bawah pimpinan RasuluLlah saw boleh
berlaku......bagaimana di zaman kita ini.
Oleh sebab itu dua sikap yang mesti ada kepada ahli dan pimpinan Islam ketika DALAM MENGHADAPI ISU DAN PROVOKASI MUSUH ialah:
i. MENGUTAMAKAN HUSNU-ZAN (BERSANGKA BAIK)
Salah
satu sikap(mawaqif) yang harus kita miliki di dalam mengembangkan
AMANAH DAN JIHAD MENEGAKKAN SYARIAT ALlah di bumi ini. BERHUSNUZAN(baik
sangka) kepada saudara sejamaah walaupun siapapun dia atau dari kelompok
manapun.
ii. MENGUTAMAKAN JAMAAH DAN PERPADUAN.
6. ’Adamu at-Tajassus adalah tidak mencari-cari kesalahan dan aurat orang lain.
Perbuatan
ini amat dicela Islam. Setiap cara da'wah ada metodenya masing-masing,
yang berusaha semaksima mungkin mendekati cara berda'wah Rasulullah SAW.
Allah SWT amat suka bila kita berusaha menutup aib saudara kita
sendiri. Kalau cari salah orang, memang jumpa. Salah sendiri walaupun
"bapak besar" tak nampak.
7. Ijtinab al-Ghibah iaitu jauhi mengumpat.
Abul
Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a.
berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tahukah kamu apakah ghibah?"
Jawab
sahabat: "Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. yang lebih mengetahui."
"Ghibah itu jika kau menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang
ia tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka
itu bererti ghibah padanya." Jawab Rasulullah s.a.w.
Lalu
ditanya: "Bagaimana kalau saudaraku betul begitu?" "Jika yang kau sebut
itu benar ada padanya. maka itu ghibah tetapi jika tidak betul maka itu
buhtan (membuat-buat kepalsuan, pendustaan untuk menjelekkan nama
orang)."
jawab Rasulullah s.a.w.
Menyebut: "Baju orang itu pendek atau panjang." itu bererti ghibah.
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abi Najih berkata:
"Ada
seorang wanita pendek datang kerumah Nabi Muhammad s.a.w. dan ketika
telah keluar, Siti Aisyah r.a. berkata: "Alangkah pendeknya orang itu."
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Engkau ghibah." Aisyah r.a. berkata:
"Saya tidak menyebut kecuali yang sebenarnya ada padanya." Nabi Muhammad
s.a.w. bersabda: "Engkau telah menyebut yang paling jelek padanya."
Khulasahnya
kita wajib menjaga kesatuan dan perpaduan jamaah dan memelihara
ukhuwwah/persaudaraan. BUKTIKAN anda benar-benar mukmin dan ikhlas dalam
perjuangan dengan melakukan A, B dan C terhadap sahabat yang bertelagah
dengan anda.
A = Memaafkan kesalahan sahabat kita tu.
B=Berdoa kepada ALLAH agar dosanya diampunkan.
C= Doa dan harapkan sahabat itu dalam kebaikan terutamanya dalam doa rabitah(bayangkan mukanya waktu berdoa).
feb

Australia hari ini memberi amaran agar warganya tidak ke Indonesia atau berhati-hati dalam tempoh-tempoh terakhir menjelang hari hukuman kepada Imam Samudera, Amrozi dan Ali Ghufron@Mukhlas awal November ini. Mereka dituduh sebagai pelaku bom pusat peranginan di Bali tanggal 12 Okt 2002 yang lalu. Amaran pemerintah Australia ini kerana dibimbangi ada aksi ganas ‘membalas dendam’ ke atas hukuman yang dikenakan kepada Imam Samudera dan rakan-rakan. Australia antara negara yang kuat mengecam Imam Samudera dan rakan-rakan kerana warganya terkorban seramai 88 orang dalam tragedy ini. Tetapi mereka lupa bahawa anggota tentera mereka dihantar ke Iraq untuk membantu Amerika membantai umat Islam di sana termasuk orang awam. Bali adalah kawasan pelancongan yang penuh dengan bisnes-bisnes mungkar, murtad, judi dan pelacuran yang sering dilawati pelancong asing.
Catatan: Imam Samudera atau nama sebenarnya Abdul Aziz adalah seorang anak muda yang dilahirkan pada 14 Januari 1970/1971 di Desa Lopang, Banten. Beliau mempunyai silsilah keturunan ulama’ iaitu datuknya yang merupakan seorang tokoh jihad di Banten, Indonesia, Kiyai Wasyid. Pada 9 Julai 1988, berlaku peristiwa bersejarah di Banten yang disebut oleh orang Banten sebagai ‘Geger Cilegon’ iaitu serangan Belanda. Maka saat itulah datuknya ditangkap Belanda. Imam Samudera merupakan cicit ke-3 dari Kiyai Wasyid. Bapanya bernama Akhmad Syihabuddin bin Nakhai dan ibunya Embay Badriyah bt Sam’un yang merupakan penduduk asal Banten.
Beliau pernah ke Afghanistan membantu Mujahidin menghadapi komunis Rusia selepas menghabiskan pengajian di sekolah menengah sekitar tahun 1990. Impian untuk ke Afghanistan sangat membara hasil dari pembacaannya terhadap buku ‘Ayatur Rahman Fi Jihadil Afghan (Tanda-Tanda Kebesaran Allah Dalam Jihad di Afghan) karangan As-Syahid Dr. Abdullah Azzam ketika berumur 16 tahun. Dengan berbekalkan wang Rp300,000 (sekitar RM 120.00) hasil usaha beliau menjual jilbab dan busana Muslimah, beliau berangkat ke Afghanistan melalui Malaysia menggunakan pesawat MAS di Subang Jaya dan transit di Bombay, India. Kemudian penerbangan ke Karachi, Pakistan. Dengan menutup muka ala-Afghanistan, beliau terus masuk ke Afghanistan menggunakan bas bersama sahabatnya dari Indonesia dengan pimpinan As-Syahid Jabir dan 2 orang Arab yang tidak dikenali.
Pada 12 Oktober 2002, dunia dikejutkan dengan ledakan bom di sebuah pusat peranginan di Bali yang mengorbankan lebih 200 orang dan 88 daripdanya adalah warga Australia. Lantas, nama Imam Samudera dan rakan-rakannya dituding sebagai pelakunya walaupun sampai saat ini terlalu banyak keraguan berkenaan tragedi ini. Tanggal 26 November 2002, beliau ditangkap dan 28 Nov dibawa ke Bali untuk diperiksa. Selepas menjadi penghuni sel-sel gelap, akhirnya perbicaraan dimulakan pada 02 Jun 2003 dan 10 Sept 2003 ditetapkan sebagai tarikh hukuman mati beliau. Namun, dengan rayuan demi rayuan, akhirnya beliau ditetapkan akan menjalani hukuman mati dengan cara ditembak pada awal November ini di Nusakambangan, Cilacap, Jawa Tengah.
Bersama beliau ialah Amrozi dan Ali Ghufron@Mukhlas. Imam Samudera berkali-kali menegaskan bahawa mereka tidak pernah takut dengan kematian dan sangat yakin kematian mereka bertiga adalah syahid. Mereka juga berkali-kali meminta agar hukuman tembak diganti dengan hukuman pancung yang disifatkan lebih syar’ie. Pihak pengadilan akan memaklumkan kepada mereka tarikh sebenar hukuman ini 3 hari sebelum hari hukuman.
feb:KENYATAAN
Cinta
layaknya seperti seekor rama-rama, semakin kalian mengejarnya, semakin
jauh ia terbang meninggalkan kalian. Biarkan 'rama-ramamu' terbang
kemana saja ia suka, siapa tahu, bila ia lelah dan tidak sadar akan
kewujudanmu, ia bakal mengibaskan sayapnya kearahmu, menumpang teduh
dari panas hujan badai duniawi dalam keadaan yang kau tidak sangka.
Mungkin saja 'rama-rama' yang kau kejar itu, bukan 'rama-rama' yang
Allah peruntukkan buatmu :))
Cinta
bisa membuatmu bahagia, tapi most of the time, cinta itu sifatnya
melukakan. Digenggam kau luka, dilepas kau hiba. Cinta cuma
membahagiakan, bila ia dikembalikan pada Allah, dan dicurahkan pada yang
berhak. Jangan terburu-buru, perlahankan rentakmu, semoga Allah
mengetuk pintu hatimu dengan cinta yang tulus. Ameen ya Rabb........
Dan
lagi.. siapa tahu, cinta itu tidak sampai-sampai kepadamu, kerana
mungkin kau tidak mampu memikul beban cinta, itu petanda Allah sayangkan
dirimu. mungkin saja Allah ingin mengelakkan kau terjerumus dari
maksiat2 cinta yang banyak menyebabkan manusia dihumban kenerana
Jahannam.. Naudzubillah...
Kepada sahabat-sahabat yang.. "Not So Single"/"Sudah Berpunya"
Cinta
itu satu ujian. Selamanya anda bercinta, anda diuji dengan ujian-ujian
yang getir. Anda mungkin tidak menyedari kehebatan ujian yang Allah
sediakan saat anda menyambut cinta seseorang. Tapi ketahuilah, pandangan
mata, pengucapan kata, luahan hati, khayalan2 mu saat kau menunggu
matamu lelap, lintasan2 perasaan yang halus, tiap angan-angan, setiap
baris sms dan segala yang anda lalui bersama'nya' adalah satu ujian dari
Allah. Bagaimana anda mengarahkan cinta yang Allah anugerahkan itu agar
Dia tidak melaknatmu, agar cinta itu bebas dari noda dan dosa?
Jangan
pernah terangsang dengan nuansa cinta romantisme dari barat. Setiap
dari kita perlu menjawab dihadapan Allah kelak. Semoga cinta yang
dilontarkan pada hati2 kalian bakal mendekatkan kalian pada Rabbul
Izzati.. Ameen ya Rabb.....
Saat
cinta itu ditarik dari kalam hatimu atau hatinya, ketahuilah bahawa ada
hikmah disebalik segala perancangan Allah. Mungkin saja ALlah lontarkan
sekelumit perasaan benci itu sebagai ujian, atau mungkin saja kerana
dia bukan lagi jodohmu. Redhalah.. semoga Allah redha padamu.
Kepada sahabat-sahabat yang.. "Play Girl, Play Boy.."
Jangan pernah mengucapkan kata-kata cinta jika anda tidak merasainya.
Jangan pernah berkisah tentang perasaanmu yang indah tapi palsu, jika ianya tidak ada disana.
Jangan pernah menyentuh kehidupannya, jika yang kau niatkan hanya untuk merosakkan satu hati.
Jangan pernah membuatnya jatuh cinta padamu, jika kau tidak mampu menyambutnya.

Kepada sahabat-sahabat yang... Telah berkahwin..
Semoga
Allah melimpahkan rahmat pada kalian dengan zuriat yang ramai. Semoga
zuriat kalian bakal menjadi penyambung lidah Nabi, semoga jundullah
kecil itu bakal menjadi para pejuang agama, meredah taufan menongkah
arus. Semoga jodoh kalian berpanjangan, dan semoga kalian menjadi
tongkat kepada pasangan-pasangan anda. Semoga segala khilaf didalam
rumahtangga anda menjadi 'murabbi' kehidupan yang fana ini. Semoga lidah
anda fasih memohon maaf dan bisu dari berkata kasar. Semga anda
dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, serta diakhiri dengan
pengakhiran yang baik.
Kepada sahabat-sahabat yang... Berpatah Hati/HeartBroken
Kelukaan
hati cuma berlarutan/berpanjangan.. selama mana anda membiarkan hati
anda merasakan sedemikian. Kedalaman luka hati anda, akan berterusan
selagi mana anda membiarkan pisau itu menancap hati anda. Cabarannya
bukan saja bagaimana anda bangkit dari luka itu, tapi bagaimana anda
melihat luka hati anda dari sisi yang lain, dan bagaimana anda mengambil
pengajaran dan teladan dari apa yang berlaku. Biawak tidak akan jatuh
pada lubang yang sama, Pisang tidak akan berbuah dua kali, melainkan
jika anda benar-benar bodoh dan tidak siuman.
Perasaan
yang hiba, sendu yang berpanjangan, penyesalan yang menggunung, mungkin
saja kafarah dari dosa-dosa yang anda lakukan sewaktu anda dibuai
dengan perasaan cinta yang enak. Itu juga satu ujian, bagaimana anda
berlapang dada dengan apa yang terjadi, dan bersegera kembali pada Allah
dan muhasabah diri anda. Sabar itu adalah kunci segala pintu yang
tertutup.
Kepada sahabat-sahabat yang... Naive/Tidak pernah bercinta/Ragu-ragu dengan Cinta....
Jatuh
cinta, tapi jangan pernah bercinta. Keduanya beda, laksana langit dan
bumi. Konsisten dengan perasaanmu, banyakkan beristighfar, dan jangan
terlalu persistant. Berkongsi sejauh mana syariat Allah membenarkan, dan
pintalah sejauh mana syariat Allah mengizinkan. Memahami pengertian
cinta, bukan dengan nuansa yang disajikan dari musuh-musuh ALlah, tapi
pengertian sebenar, dikembalikan pada Quran dan Sunnah. Saat cinta
melacak rongga sukmamu, saat cinta merenggut ragamu, carikan
pengobatannya didalam helai-helaian Qalamullah, bukan dari deretan sms.
Obatnya ada didalam kisah-kisah cinta Rasulullah dan para sahabat, bukan
didalam kisah-kisah cinta Romeo dan Juliet yang direka oleh sang
kuffar.
Ingat
sekali lagi, cinta itu satu anugerah, jangan pernah lupa, segalanya
adalah UJIAN. Pegang erat Quran dan Sunnah, insyaALlah cinta itu tegar
dan tidak membinasakan.
Kepada sahabat-sahabatku sekalian..
feb
Gambar As-Syahid Ust Ibrahim Libya (kiri bawah sekali)
Beberapa
hari kemudian barulah mereka dibebaskan. Jenazah dipulangkan semula
dengan bilangan korban seramai 14 orang semuanya. Maka bermulalah
perbalahan diantara pihak berkuasa agama (Majlis Fatwa Kebangsaan) dengan penduduk. Mereka mendakwa Ust Ibrahim Libya
dan 13 yang lain mati sebagai Syuhada’ dan perlu diuruskan sebagai
orang mati syahid. Pandangan ini diambil dari tuan-tuan guru di
pondok-pondok Negeri Kedah yang melihat bahawa mereka ini mati kerana
mempertahankan agama dan nyawa mereka. Bagi pihak berkuasa agama dibawah
pemerintah, mereka terus ditekan untuk mendakwa Ust Ibrahim dan
lain-lain mati sebagai Bughah (penderhaka kerajaan Islam) dan wajib
diurus sebagai orang mati biasa. Penduduk tetap dengan keyakinan mereka.
Akhirnya para korban diurus sebagai syuhada’ dengan tidak dimandikan
beserta pakaian mereka yang masih basah dengan darah yang terus mengalir
walaupun telah beberapa hari ditembak.
Wajah
mereka yang tenang menghadap Allah ditambah pula dengan bau wangi yang
dapat dihidu oleh orang-orang yang menguruskan jenazah mereka. Esoknya,
media yang dikawal pemerintah pun menyiarkan berita operasi ini dengan
versi pemerintah. Ust Ibrahim dan rakan-rakan dicap sebagai Bughah (penderhaka kerajaan Islam). Bagi
PAS yang mempunyai lidah rasminya sendiri iaitu akhbar Harakah
memperbetulkan pula berita tersebut. Selepas itu, ribuan umat Islam dari
seluruh pelusuk Malaysia bergegas ke Kg. Memali menyaksikan sisa-sisa dosa pemerintah ke atas pejuang Islam.
Sehingga
hari ini, kes ini yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah sunyi
sepi tidak berbunyi lagi. Kes yang masih berada di dalam fail mahkamah
ini tidak dipedulikan oleh Menteri Penerangan Malaysia (sebelum ini) iaitu Dato’ Zainudin Maidin.
Beliau memperalatkan beberapa klip video tragedi Memali ini untuk
menyerang PAS sebagai gerakan ekstremis, radikal, militan dan sebagainya
selepas pasca 11 Sept 2001 dengan menggambarkan orang PAS menyerang
anggota keselamatan. Hari ini, genap 23 tahun tragedi Memali yang
meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dan mencederakan beberapa
anggota polis yang memang mereka ini tidak tahu pun tujuan sebenar
dihantar ke sana pada tarikh tersebut. Mereka tidak bersalah. Bahkan
seorang demi seorang orang kampong yang sepatutnya menjadi saksi
dimahkamah untuk memfailkan saman kepada kerajaan Barisan Nasional kini
telah menghadap Allah s.w.t.
Subscribe to:
Posts (Atom)