Monday 26 March 2012

Tipu

Di suatu hari, seorang lelaki sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Dia berjalan dengan menarik seekor keldai di belakangnya. Seorang pencuri melihat hal ini. Dia mengendap-endap dan memutuskan tali pengikatnya dan mengambil keldai tersebut. Setelah beberapa lama, sang empunya keldai pun menyedari bahawa keldainya telah hilang. Dia berlari ke sana sini mencari keldainya dengan panik.

Sampailah dia pada sebuah perigi. Di tepi perigi, dia nampak seorang lelaki tetapi dia tidak tahu bahawa lelaki itulah yang telah mencuri keldai miliknya. Dia bertanya kepada lelaki itu adakah dia melihat seekor keldai di sekitar tempat itu.

Pencuri itu tidak menjawab, malah dia menangis dan bersimpuh di tepi perigi.

"Mengapa kau menangis?" tanya pemilik keldai kehairanan.

"Dompetku jatuh ke dalam perigi ketika aku menimba air. Jika kau dapat membantuku mengambilnya, aku akan berikan kau seperlima dari wang yang ada dalam dompet itu. Kau akan mendapatkan seperlima dari seratus dinar emas di tanganmu!"

Pemilik keldai pun berfikir, "Wah! Wang itu cukup untuk membeli lebih dari sepuluh keldai! Bila satu pintu tertutup, sepuluh pintu lain akan terbuka."

Dia segera membuka pakaiannya dan turun ke dasar perigi. Sudah pastinya di dalam perigi itu tidak terdapat apa-apa. Dan si pencuri pun melarikan pakaian orang itu.

Moral:
Apabila satu kerugian saja membuatmu amat gelisah, maka kerugian-kerugian lain akan datang kepadamu dengan mudah. .

Kisah Tukang Gunting

Seorang laki-laki bernama Manan datang ke sebuah salon untuk memotong rambut dan janggutnya. Dia pun memulai sedikit perbualan yang hangat dengan tukang gunting yang melayaninya. Berbagai macam topik dibincangkan, hingga akhirnya Tuhan jadi subjek perbualan.

Tukang Gunting: "Encik, saya ini tidak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang encik katakan tadi."

Mendengar ungkapan itu, Manan terkejut dan bertanya, "Mengapa anda berkata demikian?"

"Mudah saja,cuba encik menjengok ke luar tingkap itu dan sedarlah bahwa Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu ada, mengapa banyak orang yang sakit? Mengapa banyak anak yang terbiar?. Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sakit dan penderitaan. Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi..." ungkap si tukang gunting dengan nada yang tinggi dan angkuh.

Manan pun berpikir tentang apa yang baru saja dikatakan oleh tukang gunting. Namun, ia sama sekali tidak memberi respon atau jawapan agar perbincangan tersebut tidak menjadi hangat lagi.

Ketika tukang gunting selesai melakukan pekerjaannya, Manan pun berjalan keluar dari kedai tersebut. Baru beberapa langkah, dia bertembung dengan seorang laki-laki berambut panjang dan janggutnya pun lebat. Sepertinya ia sudah lama tidak pergi ke kedai gunting rambut dan itu membuatkannya terlihat tidak kemas.

Manan kembali masuk ke dalam kedai dan kemudian berkata kepada tukang gunting, "Tukang gunting itu sebenarnya tidak adakan sepertimana yang anda kata bahawa Tuhan itu tidak ada!..."

Si tukang gunting pun terkejut dengan perkataan Manan tersebut.

"Bagaimana mungkin mereka tidak ada, buktinya adalah saya. Saya ada di sini dan saya adalah seorang tukang gunting" sanggahnya si tukang gunting.

Manan kembali berkata tegas, "Tidak, mereka tidak ada. kalau mereka ada, tidak mungkin ada orang yang berambut panjang dan berjanggut lebat. Contohnya lelaki di luar itu."

"Ah, anda merepek saja...Tukang gunting selalu ada di mana-mana. Yang terjadi pada lelaki itu adalah bahwa dia tidak mau datang ke kedai saya untuk di gunting rambut dan bercukur." jawabnya tenang sambil tersenyum.

Tegas Manan" "Tepat sekali! Itulah jawapannyanya untuk soalan anda kepada saya tadi. Tuhan itu memang ada. Yang terjadi pada umat manusia itu adalah kerana mereka tidak mau datang mencari dan menemui-Nya. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di seluruh dunia ini...."

Mendengar jawapan dari Manan tersebut menyebabkan si tukang gunting diam membisu tidak terkata.



Moral dari kisah diatas:

Dari cerita diatas ini, dapat kita simpulkan bahawa kita sebenarnya lupa akan Allah, tetapi Allah tidak lupa akan kita. Hanya bila kita sakit atau susah barulah kita mengingatiNya sedangkan apabila kita hidup senang dan sihat kita lupa akan kewujudanNya. Renungkanlah seketika. Berapa banyak kalikah kita memujinya pada setiap hari? Dan berapa banyak kalikah kita memuji diri kita dan diri orang lain setiap hari? Dan apabila kita memuji Allah sesudah solat, adakah kita memujiNya dengan bersungguh-sungguh sepertimana kita memuji diri seseorang tokoh

Tiga Budak Hitam

Tiga orang budak hitam berjalan-jalan di atas pasir di persisiran sebuah pantai. Tiba-tiba seorang dari mereka tertendang sebiji botol. Beliaupun mengambil botol tersebut. Botol tersebut tertutup rapat dengan penutup gabus. Kesemua mereka kehairanan dan tertanya-tanya apa yang ada di dalam botol tersebut. Lalu salah seorang dari mereka pun membukanya. Terbuka sahaja botol tersebut, keluarlah seekor jin yang amat besar.

Jin tersebut ketawa-terbahak-bahak lalu berkata " Siapakah engkau hai manusia yang telah membebaskan aku? Aku telah terkurung dalam botol ini selama 20 tahun. Dalam masa terkurung aku telah bersumpah akan menyempurnakan 3 hajat sesiapa yang membebaskan aku dari botol ini.. Nah! Sekarang kamu semua pintalah apa-apa, akan aku tunaikan permintaanmu"

Ketiga-tiga budak hitam itu mulanya terkejut tetapi bergembira apabila jin tersebut menawarkan untuk menunaikan permintaan mereka. Jin pun berkata kepada budak yang pertama, " Pintalah!" Budak hitam pertama pun berkata . "Tukarkanlah aku menjadi putih supaya aku kelihatan cantik" Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih. Jin pun berkata kepada budak hitam kedua,"Pintalah!".

Budak hitam kedua pun berkata ." Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama". Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih dan cantik lebih daripada budak yang pertama. Jin pun berkata
kepada budak hitam ketiga, "Pintalah!". Budak hitam ketiga pun berkata ."Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama dan kedua".

Jin pun berkata. " Tidak, permintaan itu tidak dapat aku perkenankan. Pintalah yang lain..." Budak hitam ketiga kehairanan dan terfikir-fikir apa yang mahu dipintanya.

Setelah lama berfikir, budak hitam ketiga pun berkata " Kalau begitu, aku pinta kau hitamkan kembali rakan aku yang dua orang itu" Lalu jin pun tunaikan permintaannya. Kembalilah asal hitam kedua-duanya. Jin pun berlalu dari situ dan ketiga-tiga mereka tercengang-cengang dan tidak memperolehi sesuatu apa pun.



Moral:
Sikap dengki, cemburu dan irihati seringkali bersarang di hati manusia. Manusia tidak suka melihat orang lain lebih dari mereka dan mengharapkan mereka lebih dari orang lain. Mereka juga suka melihat nikmat orang lain hilang. Sikap ini sebenarnya pada akhirnya merugikan manusia sendiri.

Batu Dosa

Dua orang lelaki yg telah melakukan dosa mengunjungi seorang tua yang bijak dan meminta nasihatnya.

“Kami telah melakukan suatu dosa,” kata mereka.. “dan suara hati kami terganggu. Apa yang harus kami lakukan ?”

“Katakanlah kepadaku, perbuatan-perbuatan salah mana yang telah kamu lakukan, Anakku,” kata orang tua tersebut dengan tenang.

Lelaki pertama mengatakan ,”Saya melakukan suatu dosa yang berat dan menyesalinya. Saya berhenti dari melakukannya”

Lelaki kedua berkata,”Saya telah melakukan beberapa dosa ringan, yang tidak perlu dirisaukan sangat…”

“Baik,” kata orang tua bijak tersebut, “Pergilah dan bawalah kepadaku seketul batu untuk setiap dosa yang telah kamu lakukan !”.

Lelaki pertama kembali dengan memikul sebuah batu yang amat besar. Lelaki kedua dengan senang membawa satu karung berisi batu-batu kecil.

“Sekarang,” kata orang tua itu, “Pergilah dan kembalikan semua batu itu tepat dimana kamu telah menemuiya!”.

Lelaki pertama mengangkat batu besar itu dan memikulnya kembali ke tempat dimana ia telah mengambilnya. Lelaki kedua tidak dapat mengingat lagi tempat dari setengah jumlah batu yang telah diambilnya, maka ia menyerah saja dan membiarkan batu-batu itu berada di dalam karungnya.

Katanya, “Itu pekerjaan yang sukar utk dilakukan!”

“Dosa itu seperti batu-batu itu,’ kata orang tua dengan lembut, “Jika seseorang melakukan suatu dosa berat, hal itu seperti sebuah batu besar dalam suara hatinya, tetapi dengan penyesalan yang sejati, memohon ampun dan mengakui kesalahan, bertaubat bersungguh2, menghentikan dari terus-menerus melakukan kesalahan yg sama, maka kesalahannya diampuni seluruhnya oleh Tuhan. “

Tetapi lelaki yang terus menerus melakukan dosa-dosa ringan dan tahu itu salah, namun semakin membekukan suara hatinya dan dia tidak menyesali sedikitpun, maka ia tetap sebagai seorang pendosa. Dia sulit membuang batu-batu itu kembali ke tempatnya dan terus menerus membawanya seumur hidup.

“Maka ketahuilah,anak-anakku,” nasihat orang tua itu, “adalah sama untuk menolak dosa-dosa ringan seperti menolak dosa-dosa berat !”

Pantun Nasihat 2

Pakai baju warna biru         
    Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
    Kerana guru pembekal ilmu

Lagu bernama serampang laut
    Ditiup angin dari Selatan   
Layar dikembang kemudi dipaut 
    Kalau tak laju binasa badan

Padi segemal kepuk di hulu 
   Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
   Pasir sebutir jadikan intan.

Budak-budak berkejar-kejar
   Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar           
  Tentu kita akan berjaya   

Jangan pergi mandi di lombong         
   Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
   Semua kawan akan membenci

Buah cempedak bentuknya bujur
    Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
    Hidup kita dipandang mulia

Pantun Nasihat 1

Angin teluk menyisir pantai 
    Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai 
    Asal pandai mengambil hati

Pergi mendaki Gunung Daik             
   Hendak menjerat kancil dan rusa         
Bergotong-royong amalan yang baik
   Elok diamalkan setiap masa


Air melurut ke tepian mandi
    Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi                 
   Semakin berisi semakin tunduk

Daun sirih ulam Cik Da     
    Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
    Biar merunduk resmi padi


Buah pelaga makan dikikir 
    Dibawa orang dari hulu 
Sebarang kerja hendak difikir         
   Supaya jangan mendapat malu 

Kemumu di tengah pekan         
    Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan 
   Bagai pohon tidak berbuah

Seruling Sakti

Pada zaman dahulu terdapat sebuah pekan kecil yang sangat cantik terletak di kaki bukit. Pekan tersebut di kenali Hamelyn. Penduduk di pekan tersebut hidup dengan aman damai, tetapi sikap mereka tidak perihatin terhadap kebersihan. Pekan tersebut penuh dengan sampah sarap. Mereka membuang sampah di merata-rata menyebabkan pekan tersebut menjadi tempat pembiakan tikus. Semakin hari semakin banyak tikus membiak menyebabkan pekan tersebut dipebuhi oleh tikus-tikus.
Tikus-tikus berkeliaran dengan banyaknya dipekan tersebut. Setiap rumah tikus-tikus bergerak bebas tanpa perasaan takut kepada manusia. Penduduk di pekan ini cuba membela kucing untuk menghalau tikus dan ada diantara mereka memasang perangkap tetapi tidak berkesan kerana tikus terlampau banyak. Mereka sungguh susah hati dan mati akal bagaimana untuk menghapuskan tikus-tikus tersebut.
Musibah yang menimpa pekan tersebut telah tersebar luas ke pekan-pekan lain sehinggalah pada suatu hari seorang pemuda yang tidak dikenali datang ke pekan tersebut dan menawarkan khidmatnya untuk menghalau semua tikus dengan syarat penduduk pekan tersebut membayar upah atas kadar dua keping wang mas setiap orang. Penduduk di pekan tersebut berbincang sesama mereka diatas tawaran pemuda tadi. Ada diatara mereka tidak bersetuju oleh kerana mereka tidak sanggup untuk membayar upah yang sangat mahal. Setelah berbincang dengan panjang lebar akhirnya mereka bersetuju untuk membayar upah seperti yang diminta oleh pemuda itu kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain.
Keputusan tersebut dimaklumkan kepada pemuda tadi, lalu dia mengeluarkan seruling sakti dan meniupnya. Bunyi yang keluar dari seruling itu sangat merdu dan mengasik sesiapa yang mendengarnya. Tikus-tikus yang berada dimerata tempat didalam pekan tersebut mula keluar dan berkumpul mengelilinginya. Pemuda tadi berjalan perlahan-lahan sambil meniup seruling sakti dan menuju ke sebatang sungai yang jauh dari pekan tersebut. Apabila sampai ditepi sungai pemuda tadi terus masuk kedalamnya dan diikuti oleh semua tikus.Tikus-tikus tadi tidak dapat berenang didalam sungai dan semuanya mati lemas.
Kini pekan Hamelyn telah bebas daripada serangan tikus dan penduduk bersorak dengan gembiranya. Apabila pemuda tadi menuntut janjinya, penduduk tersebut enggan membayar upah yang telah dijanjikan kerana mereka mengangap kerja yang dibuat oleh pemuda tadi tidak sepadan dengan upah yang diminta kerana hanya dengan meniupkan seruling sahaja. Pemuda tadi sangat marah lalu dia menuipkan seruling saktinya sekali lagi. Irama yang keluar dari seruling itu sangat memikat hati kanak-kanak menyebabkan semua kanak-kanak berkumpul di sekelilingnya. Satelah semua kanak-kanak berkumpul pemuda tadi berjalan sambil meniupkan seruling dan diikuti oleh semua kanak-kanak. Pemuda itu membawa kanak-kanak tersebut keluar dari pekan Hamelyn. Setelah Ibu Bapa menyedari bahawa mereka akan kehilangan anak-anak, mereka mulai merasa cemas kerana kanak-kanak telah meninggalkan mereka dan mengikuti pemuda tadi. Mereka mengejar pemuda tadi dan merayu supaya menghentikan daripada meniup seruling dan memulangkan kembali anak-anak mereka. Merka sanggup memberi semua harta benda yamg ada asalkan pemuda tersebut mengembalikan anak-anak mereka.
Rayuan penduduk tidak diendahkan oleh pemuda tadi lalu mereka membawa kanak-kanak tersebut menuju kesuatu tempat dan apabila mereka sampai disitu muncul sebuah gua dengan tiba-tiba. Pemuda tadi mesuk ke dalam gua itu dan diikuti oleh kanak-kanak. Setelah semuanya masuk tiba-tiba gua tersebut gaib dan hilang daripada pandangan penduduk pekan tersebut. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa oleh kerana mereka telah memungkiri janji yang mereka buat. Merka menyesal diatas perbuatan mereka tetapi sudah terlambat. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.
Sehingga hari ini penduduk pekan Hamelyn tidak melupakan kesilapan yang dilalukan oleh nenek moyang mereka. Menepati janji adalah pegangan yang kuat diamalkan oleh penduduk pekan Hamelyn sehingga hari ini.

Sang Kancil Dengan Buaya

Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja.
Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.
Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.
Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak sampaikan".
Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".
Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".
Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.

PUTERI SAADONG BERAKHIR DI BUKIT MARAK?
Pemerintahan Puteri Saadong dikatakan berakhir pada kira-kira menjelang kurun ke-18, di akhir-akhir pemerintahan baginda tidak langsung disebut baik mana-mana juga buku sejarah, bahkan cerita-cerita lisan dari penduduk-penduduk negeri Kelantan pun tidak didapati, puas juga saya menjelajah keseluruh negeri Kelantan, ke Kampung-kampung yang jauh di pendalaman dan pernah juga saya menajalankan kajian di bukit Marak yang dikatakan tempat akhir sekali Puteri Saadong bersemayam tidak saya temui bahan-bahan yang boleh menolong mengesan lingkaran sejarahnya yang berikut.
Dengan berakhirnya pemerintahan Raja Abdul Rahim yang menggantikan pemerintahan Raja Abdullah di Kota Mahligai dan juga pemerintahan Puteri Saadong di Bukit Marak maka muncul semula pemerintahan di Jembal, iaitu pemerintahan Sultan umar (Raja Umar), baginda ini ialah adik kepada Raja Loyor, dan pangkat bapa saudara pula kepada Puteri Saadong.
Pemerintahan baginda ini dikatakan bermula pada tahun 1675, baginda mempunyai beberapa orang putera dan puteri, putera sulung baginda bernama Raja kecil Solong yang dirajakan di Kota Teras (di Kampung Teras dekat Kampung Mentuan), seorang lagi putera baginda bernama Raja Ngah atau dipanggil juga Raja Hudang memerintah di Tebing Tinggi Pusaran Buah (Kampung Tanjung Chat), seorang puteri Sultan Umar bernama Raja Pah telah berkahwin pula dengan Tuan Besar Long Bahar seorang putera raja yang datang dari Patani (dalam negeri Thai).
Mengenai Tuan Besar Long Bahar pula menurut Ringkasan Cetera Kelantan yang ditulis oleh Datuk Paduka Raja Kelantan Nik Mahmud bin Ismail adalah putera Wan Daim ataudisebut juga Datuk Pangkalan Tua, raja dari negeri Petani yang zuriatnya berasal dari keturunan anak-anak Raja Bugis bernama Paqih Ali.
Tuan Besar Long Bahar mempunyai beberapa orang saudara iaitu Tuan Solong Kelantan, Tuan Senik Genting dan Datuk Pasir Petani. Oleh kerana terjadinya perselisihan keluarga maka Tuan Besar Long Bahar telah merantau ke Negeri Kelantan dengan membawa bersama seorang putera yang bernama Long Sulaiman, dan di Kelantan Long Besar berkahwin pula dengan Raja Pah puteri Sultan Umar, kemudian Tuan Besar Long Bahar berpindah membuka sebuah tempat yang diberi nama Kota Kubang Labu (dalam Wakaf Baru sekarang).
Dalam tahun 1721 Sultan Umar telah mangkat dan baginda inilah juga yang disebut atau digelar raja Udang yang mana makamnya terdapat masa ini didalam kawasan sawah padi kira&127;&127;&127;&127;-kira dua rantai jauhnya dari sekolah Rendah Kebangsaan Kedai Lalat, begitu juga dengan Raja Bahar kekanda baginda yang memerintah Jembal yang mangkat pada tahun 1675 yang digelar raja ekor yang makamnya terdapat sekarang ini dikampung Tok kambing, Mukim Sering dekat Kota Bharu.
Dengan kemangkatan Sultan umar makam putera sulung baginda yang bernama Raja Kecil Solong yang sedang memerintah di Kota Teras tidak mahu mengambil alih pemerintahan di Jembal dari ayahndanya, dan dengan persetujuan baginda jugalah lalu diangkat adik iparnya iaitu Tuan Besar Long Bahar menjadi raja di Jembal, dan dengan itu Kota Kubang Labu diserahkan kepada pemerintahan putera baginda yang bernama Long Sulaiman, putera ini ialah dari isteri baginda di Patani.
Apabila pemerintahan Jembal dan juga pemerintahan di Kota Kubang Labu terserah kepada pemerintahan Tuan Besar Long Bahar dan putera baginda maka berakhirlah satu peringkat pemerintahan yang berasal dari zuriat Raja sakti yang memerintah Jembal, dan pada peringkat ini pula maka zuriat keturunan dari Tuan Besar Long Baharlah yang memerintah Jembal juga Kota Kubang Labu keturunan dari Tuan Besar Long Bahar ini jugalah asalnya raja-raja yang memerintah Negeri Kelantan hingga sekarang ini.
Dalam tahun 1977 dan seterusnya hingga tahun-tahun yang kemudian saya telah menjalankan kajian dibeberapa tempat disekitar Kedai Lalat yang letaknya kira-kira 7 batu dari bandar Kota Bharu, di kampung tersebut terletaknyamakam-makam Raja Loyor , iaitu ayahnda Puteri Saadong, menurut cerita dari penduduk-penduduk kampung sekitar yang saya dapati bahawa pada suatu ketika dulu terdapat beberapa orang siam yang datang untuk mengorek makam tersebut, kononya orang siam tersebut bermimpi bahawa didalam makam tersebut terdapat sebilah keris yang dianggap keramat atau mempunyai kuasa ghaib, begitu juga saya diberitahu pernah disuatu ketika ada orang-orang mencuri serpihan batu nisannya yang dibuat dari batu marmar, beberapa hari kemudian serpihan itu dipulangkan semula, menurut orang yang mengambil serpihan tersebut bahawa ia sering diganggu mimpi yang menakutkan.
Makam Raja Udang atau Sultan Umar mempunyai beberapa kepercayaan pula, makam ini terletak tidak jauh dari Masjid Kedai Lalat, waktu saya melawat ke makam tersebut saya dapati ada sebuah batu besar yang disebut batu hampar terletak berdekatan dengan makam tersebut, orang kampung disekitar ada yang percaya batu tersebut mempunyai kuasa-kuasa ghaib, batu tersebut sepanjang tiga kaki dan lebarnya lebih kurang dua kaki, tebalnya kira-kira enam inci (6 inci), tidak sesiapa yang berani mengambil batu tersebut walaupun pada hemah saya batu tersebut sangat baik dibuat tempat membasuh kain baju, saya percaya batu tersebut digunakan untuk membuat binaan makam, boleh jadi kerana besarnya tidak mencukupi maka lalu ditinggal begitu saja.
Saya juga telah melawat sebuah makam lagi di Kampung Tok Kambing iaitu kira-kira sebatu jauhnya dari Kedai Lalat, makam tersebut ialah dikenali sebagai makam Raja Ekor atau Raja Bahar, makam ini terdapat binaan yang dibuat dari batu pejal, sungguh menarik kerana terdapat ukiran yang terpahat, ukiran tersebut menggambarkan seekor burung (boleh jadi Burung Bangau) sangat menghairankan saya kerana biasanya perkuburan islam tidak menggambarkan benda-benda hidup saperti haiwan-haiwan.
Pahat yang berbentuk burung biasanya mempunyai pengaruh-pengaruh dari utara terutama dari Negeri China (meliputi negeri-negeri di Indo-China), adakah Raja Ekor ini seorang raja yang berasal dari Indo-China ataupun boleh jadi batu makam tersebut sengaja ditempa di Chempa (Republik Khamer) yang waktu di zaman dulu adalah pernah menjadi sebuah kerajaan yang umat islam dan pengaruh islam. Inilah satu perkara yng ahli-ahli penyelidik harus menjalankan pula satu kajian yang lebih mendalam, seelok-eloknya meninjau pula kenegri-negeri di Indo-China untuk melihat makam-makam Islam di zaman dulu yang banyak terdapat di negara tersebut, dapatlah dibuat perbandingan dengan makam-makam raja-raja Jembal yang terdapat di Kelantan terutama makam Raja Ekor yang masih menjadi mesteri.
PUTERI SAADONG BUNUH SUAMI KERANA CEMBURU.
Catitan Ibnu Batutah tentang negeri yang disebut Kilu-Kerai itu kurang jelas, baik tentang letak negeri tersebut dan juga gaya pemerintahan Raja Perempuan yang disebut Urd-uja itu, ialah satu perkara yang sangat rumit dapat dikesan oleh pakar-pakar sejarah.
Dengan keterangan yang sebegitu sedikit maka kita tidaklah boleh memberi kata putus bahawa Kilu-Kerai itulah yang sebenarnya Kuala Kerai yang terdapat di Negeri Kelantan sekarang ini, walau bagaimanapun perkara ini boleh diselesaikan jika sekiranya ada pakar-pakar sejarah yang betul-betul menjalankan penyelidikan khas mengenai perkara tersebut.
Dari beberapa keterangan yang diperolehi yakni berdasarkan dari hikayat-hikayat lama dan juga lain-lain catitan sejarah, adalah Negeri Kelantan telah wujud pemerintahan beraja yang berteraskan agama Islam pada kira-kira awal kurun ke 15, dikatakan raja yang mula-mula memerintah Kelantan yang dapat dikesan ialah Maharaja K'Umar atau disebut juga Raja K'Umar, pemerintahan baginda adalah sekitar tahun masehi 1411, tidak diketahui dimana letaknya pusat pemerintahan baginda, sesetengah ahli sejarah tempatan percaya pusat pemerintahan baginda terletak di Pulau Sabar, iaitu sebuah pulau yang terletak di tengah sungai Kelantan berhampiran dengan Kampung laut, pulau tersebut pada masa ini telah tenggelam.
Selepas pemerintahan K'Umar muncul pula pemerintahan Sultan Iskandar, pemerintahan baginda berakhir pada tahun 1465 masehi kerana dibinasakan oleh Angkatan Perang Siam (Thai), kononnya baginda dan lebih 100,000 rakyat Kelantan telah dapat ditawan dan dibawa kenegeri Siam, tidaklah diketahui tentang nasib raja tersebut adakah baginda mangkat di Siam atau juga dihantar pulang ke Kelantan.
Kira-kira pada tahun masehi 1477 sebuah angkatan perang dari Melaka yang diperintah oleh Sultan Mahmud telah datang menyerang dan mengalahkan Kelantan, Sultan Mansur iaitu Sultan Kelantan telah dapat ditawan, begitu juga ditawan ketiga-tiga puteri baginda iaitu Puteri Unang Kening, Cubak dan Cuban. Puteri Unang Kening yang paling jelita itu kemudian diperisterikan oleh Sultan Mahmud Shah, maka setelah Sultan Mansur Shah mengaku tunduk kepada pemerintahan Melaka lalu baginda diangkat semula menjadi sultan Kelantan, sejak itu negeri Kelantan dikira sebagai jajahan takluk Melaka.
Sultan mansur Shah mangkat pada kira-kira tahun masehi 1526, putera baginda yang bernama Raja Gombak telah dilantik menjadi pemerintah Kelantan, baginda bersemayam di Pulau sabar juga, dalam tahun 1548 Raja Gombak telah mangkat dengan tidak meningggalkan zuriat, oleh itu anak saudara baginda yang bernama Raja Ahmad telah dilantik menjadi pemerintah Kelantan, baginda bergelar Sultan Ahmad, menurut beberapa punca sejarah Sultan Ahmad ini mempunyai seorang puteri yang sangat jelita yang bernama Puteri Cik Wan Kembang, dan sewaktu Sultan Ahmad mangkat puteri ini masih kecil lagi, lalu dil;antik aeorang anak raja dari Johor yang bernama Raja Husain memangku raja dengan bergelar Sultan Husain.
Sultan Husain yang memerintah kelantan itu dikatakan mangkat pada tahun 1610, dengan itu lalu dilantik Cik wan Kembang menjadi pemerintah Kelantan. Raja perempuan Kelantan ini dikatakan berpindah dari Pulau Sabar ke sebuah tempat yang sangat jauh di pendalaman iaitu Gunung Cinta Wangsa (terletak kira-kira 27 batu ke tenggara Kuala Kerai).
GANJIL
Mengapa baginda berpindah begitu jauh dari tebing sungai Kelantan adalah satu perkara yang sungguh ganjil, biasanya pemerintahan raja-raja di zaman dahulu adalah memilih tempat-tempat yang berhampiran dengan sungai, kerana sungailah yang menjadi jalan dan perhubungan yang penting ketika itu.
Harus jugalah pada fikiran raja perempuan itu bahawa tempat tersebut lebih selamat dan tenteram dari apa juga gangguan luar, terutama sekali gangguan dari pemerintahan Siam yang dianggap kuasa yang teragung ketika itu.
Dalam jangka yang sama di zaman pemerintahan Cik Wan Kembang, atau pada pedagang-pedagang bangsa Arab disebut Cik Siti (Cik Siti wan Kembang), maka di Negeri Kelantan telah wujud sebuah lagi pemerintahan beraja yang berpusat di Jembal (Kedai lalat sekarang iaitu kira-kira 6 batu dari bandar Kota Bharu). raja yang memerintah disitu bernama Raja Loyor putera Raja Sakti yang berasal dari Kedah.
Ada sesetengah ahli sejarah tempatan berpendapat yang Raja Loyor berkahwin dengan Namng Cayang yang dikatakan seoarang raja perempuan Pattani yang melarikan diri ke Kelantan, dari perkahwinan itu mereka beroleh seorang puteri yang diberi&127; nama Puteri Saadong, Puteri Saadong inilah yang kemudiannya diambil oleh Cik Siti Wan Kembang menjadi anak angkatnya, kerana baginda sendiri tidak mempunyai anak. Puteri Saadong pula berkahwin denban sepupunya yang bernama Raja Abdullah, kemudian Raja Abdullah telah dilantik menjadi raja di tempat yang bernama Cetak (dalam Jajahan Pasir Mas). Tidak lama di situ Raja Abdullah berpindah pula bersemayam di Kota Mahligai (dalam Daerah Melor sekarang).
Setelah Raja Abdullah dan Puteri Saadong berkerajaan di Kota Mahligai, maka Cik Siti Wan Kembang pun balik semula bersemayam di Gunung Ayam, setelah itu tidak lagi didapati cerita tentang Cik Siti Wan Kembang adakah baginda berpindah ke tempat lain atau mangkat di tempat tersebut.
Memanglah satu perkara yang sukar untuk mengesantentang kedudukan tempat semayam Cik Siti Wan Kembang yang sebenarnya, kerana di negeri Kelantan terdapatdua buah gunung yang bernama Gunung Ayam, sebuah terletak kira-kira 17 batu ke barat Gua Musang, gunung tersebut setinggi 2,945 kaki, terletak pula terlalu jauh dirimba yang sangat sukar dijalankan penyelidikan, sebuah lagi Gunung Ayam terletak dekat dengan sempadan negeri Terengganu iaitu kira-kira 15 batu ke timur laut Kuala Kerai, gunung tersebut setinggi 2,674 kaki, terletaknya pula jauh jauh ke dalam rimba. Gunung Ayam yang mana satu menjadi tempat dan pusat pemerintahan Cik Siti Wan Kembang.
Waktu saya melawat makam Tuan Tabal atau nama batang tubuhnya Tuan haji Abdul samad bin Muhammad, seorang tokoh pengembang agama Islam yang terkenal di negeri Kelantan, yang meninggal dunia pada tahun 1891 dan dan dimakamkan di perkuburan Banggul, jalan ke Pantai Cahaya Bulan (Pantai Cinta Berahi), saya juga telah diberitahu oleh Encik Nik Abdul Rahman bin Nik Dir yang memandu saya ke makam tersebut bahawa tidak berapa jauh dari makam Tuan Tabal itu terdapat sebuah makam lama yang sangat cantik dibina dari batu pejal serta berukir pula, makam tersebut orang-orang Banggul menyebut Makam Cik Siti, saya juga telah makam tersebut, kesimpulannya dari kajian saya tidak syak lagi makam tersebut adalah sebuah makam lama dari seorang perempuan yang dari keturunan raja-raja atau orang-orang besar juga, dan seni ukir pada binaan makamnya menggambarkan seni ukir yang hampir persamaannya dengan makam-makam di jembal dan juga makam-makam di permakaman DiRaja Langgar, adakah ini yang sebenarnya makam Cik Siti Wan Kembang adalah satu perkara yang sangat menarik dan perlu dibuat kajian yang lebih teliti.
NISAN
Berdasarkan tanah perkuburan Banggul saya yakin adalah satu tanah perkuburan yang sangat lama, mungkin tanah perkuburan tersebut telah digunakan beratus-ratus tahun lampau, di perkuburan Banggul itu juga akan memperlihatkan kepada kita berbagai-bagai jenis bentuk batu nisan yang ganjil-ganjil serta ada pula yang berukir dan bertulis ayat-ayat Quiran yang sangat cantik dan menarik.
Dengan berakhirnya pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang tidak dapat dikesan di akhir pemerintahannya, maka muncullah pemerintahan Raja Abdullah di Kota Mahligai.
Pemerintahan Raja Abdullah berakhir pada tahun 1671 iaitu apabila baginda mangkat dibunuh oleh isterinya Puteri Saadong, lalu Puteri Saadong melantik pula Raja Rahim anak Raja Abdullah merajai Kota Mahligai. Tidak lama setelah Raja Rahim memerintah baginda kemudian dibunuh pula oleh rakyatnya di tepi tasik Lelayang Mandi. Dengan kemangkatan Raja Rahim maka berakhirlah pemerintahan beraja di Kota Mahligai.
Konon menurut cerita Puteri Saadong telah lama ditawan dan di bawa ke Siam (Thailand) iaitu ketika tentera-tentera Siam datang melanggar Kelantan waktu mereka mula-mula berkahwin dan bersemayam di Kota Mahligai, selepas beberapa tahun Puteri Saadong di Siam, baginda di hantar balik ke Kelantan. Alangkah terkejutnya Puteri Saadong bila mendapati yang suaminya Raja Abdullah telah berkahwin lain, maka dari punca itulh berlakunya pertengkaran dan berakhir kemangkatan Raja Abdullah dengan tikaman pacak sanggul isterinya.

KISAH DONGENG TUAN PUTERI & PUAN KUTU

Alkisah dalam satu negeri, hiduplah seorang Raja dan Ratu dengan kehidupan yang sangat sunyi sepi kerana tidak mempunyai zuriat. Telah pelbagai usaha dilakukan hingga berjumpa tabib pakar sakit puan tetapi sang ratu tidak jugak mengandung. Ini membuatkan mereka sangat dukacita.

Di suatu petang yang tak berapa nak hening, ketika Sang Ratu sedang bermain game facebook, seekor Kutu melintas.  "Apa yang kamu inginkan akan terpenuhi, dan kamu akan segera mempunyai seorang puteri." Kutu itu bersuara dengan lemak merdunya persis Siti Nurhaliza. Maka terkejutlah Ratu hingga pengsan masuk wad icu.

Apa yang kutu itu ramalkan menjadi kenyataan. Lapan jam kemudian Sang Ratu melahirkan seorang anak yang sangat molek rupanya. Raja sangat kaget kerana secepat itu Ratu beranak, lalu menamakannya Tengku Puteri. Raja dan Ratu menyengih panjang dan berhasrat megadakan pesta besar-besaran. Tetamu kehormat di pesta itu tentulah Kutu. Kutu diberi seat vvip dan dianuerahkan darjah kebesaran puan. Kutu juga di jadikan sebagai haiwan peliharaan di istana merangkap peneman di kepala Puteri. 

Sejak hari itu Kutu di panggil dengan panggilan Puan Kutu. Kerana title puan serta gila kuasa, Kutu menjadi sangat kejam, ego lagi berlagak. Sudahlah rupanya buruk, hobinya pula menghisap darah. Habis semua darah rakyat jelata di hisapnya. Hobi kutu makin menjadi melampau hingga tabung darah di Hospital pun dirompaknya.

Namun begitu Kutu sangat sayang akan Puteri. Setiap hari Kutu akan landing, menenggek, merayap waima lepak-lepak di kepala Puteri. Mereka berdua sangat rapat bagai isi dengan kuku, langsung tidak dapat dipisahkan. Apabila Puteri  santap, kutu pun santap. Apabila Puteri bersiram, kutu pun bersiram. Apabila Puteri beradu, Kutu pun beradu. Apabila Puteri update blog, Kutu pun akan update blognya. 

Tahun berganti tahun, Tengku Puteri membesar menjadi gadis yang sangat cantik, kulitnya putih gebu, bodynya juga mantap. Puteri mempunyai hobi melukis doodle. Kepandaian Puteri melukis doodle telah tersebar luas ke pelusuk negara. Setiap hari puteri akan melukis ditemani Puan Kutu.



Doodle krd : Tengku puteri


Seperti gadis-gadis lain yang tengah bergetah, Puteri juga mempunyai cinta hati. Puteri sangat sayang akan cinta hatinya sama seperti sayangkan kutu. Cinta Hati Puteri tidak suka akan Kutu kerana Puteri sering melebihkannya dalam segala hal. Dek kerana cemburu, Cinta Hati Puteri lantas merancang membunuhnya.

Hari minggu Cinta Hati Puteri mengajak Puteri dating. Mereka pergi menonton wayang gambar. Sebelum berangkat pulang menaiki kereta kuda, Cinta Hati Puteri menghadiahkan Puteri sebotol shampoo lalu berkata dengan manja. "Puteri mesti pakai shampoo nie ketika bersiram kalau sayang sama Cinta hati. Cinta Hati sangat kangan dan cinta sama Tengku Puteri." Puteri pun tersenyum bangga sampai kembang hidung kerana mendengar curahan kasih sayang dari Cinta Hatinya. 

Ketika bersiram di swimming pool istana, Puteri menggunakan shampoo pemberian cinta hati. Kebetulan ketika itu kutu sedang tidur di kepala Puteri, tetapi Puteri tak perasan. Rupanya shampoo itu telah dicampur dengan racun kutu dengan niat mahu membunuh Puan Kutu. Maka geringlah Kutu menunggu saat pergi tak kembali.

Gemparlah seluruh negeri dengan berita kemangkatan Kutu penghisap darah yang kejam. Gembiralah semua rakyat jelata yang setiap hari memang mendoakan Kutu supaya cepat mampus. Happylah juga Si Cinta hati puteri mendengar khabar itu. Yang berdukacita hanyalah Tengku Puteri nan seorang. 

Tiba-tiba Puteri terperasan yang makin hari rambutnya makin luruh. Detective Conan dilantik sebagai penyiasat persendirian untuk menyiasat kes kematian Puan Kutu dan kenapa rambut Puteri yang dulu ikal mayang, hitam berkilat dan panjang mengurai itu menjadi botak tetapi di tolak keras oleh Cinta Hati Puteri. Katanya Yun Nam hair Care kan ada!



* Moral :Jangan bela kutu. Pengotor seh!

KISAH DONGENG PERCINTAAN LIMAH & MAT

Tersebutlah kisah pada zaman Hikayat Merong Mahawangsa,  cerita cinta tragis dua insan bercinta Di beri nama Limah dan Mat. Adapun Limah ini sangat cantik dimata Mat kerana rupanya iras Kiah Propa Galaksi. Walaupun dahinya jendul dan giginya jongos, Mat sayangkan limah. Mat pula tidak kurang kacaknya persis AC Mizal, hero Gerak Khas The MovieLimah dan Mat setiap hari bercerekarama di dalam cuaca melampau di bawah bulan purnama ditepi kolam berudu katak. Limah selalu bersengal-sengalan dengan Mat bersama jelingan manjanya sambil berkata, "Ac dimana?".  "Ac disini.." menjawab mat lalu mencubit gigi jongos Limah.


Limah tinggal bersama mak tirinya yang jahat piang tetapi kaya raya. Semua kerja cuci-cuci services terpaksa Limah lakukan. Mak tirinya pula bersenang-senang jalan-jalan cari jantan. Dek kerana tidak tahan melihat kekasih hatinya yang selalu di buli, Mat membawa lari Limah ke Lombok. Tambahan pula, polis sedang membuat serang hendap terhadap semua geng KL Gangster yang mana ketuanya adalah Mat.



Di lombok, Mat tidak kurang hebat juga memegang jawatan besar sebagai ketua kepala Flat 3A. Macam gampang Mat Tipu Limah. Katanya rumah Mat sebesar banglo milik mak tiri Limah yang gila jantan itu. Rupanya duduk flat sempit sampai bekalan air dan api pun macam haprak. Tambah sengsara, Limah terpaksa redho yang sebenarnya Mat sudah punya dua isteri. Kurus melidi Limah lebih cengkung daripada cicakman kerana makan hati.

Setiap hari Limah bermain congkak untuk menenangkan gelora jiwa. Kalau kesedihan, Limah bikin karipap inti berudu, kuih kesukaannya. Karipap sajalah yang dapat mengubat hatinya yang lara. Tapi Limah ingat pesan mak kandungnya, jangan pandang belakang..kita mesti pandang kedepan..kalau tak macam mana nak jalan.. 



Disuatu petang, " Udah! kok Limah cengeng segala, ikut saja arahan madumu. Bini-biniku gangster tahu?" keras Mat berkata kepada Limah. " Benaran nie Mas?" dengan muka toya tak percaya Limah lupa daratan bercakap indon. "Iya! apa yang mereka butuh turuti saja Limah!". "Eh aku tanya elok-elok, Mat maki aku pula dengan kata-kata kesat. Kau belum rasa penangan Libas aku!"  Amarahnya tesekat di kerongkong. Akur tidak mahu dikata isteri derhaka, Limah kembali menjalankan tugas cuci-cuci servicesnya. Bra dan seluar dalam madunya pun Limah basuh.


Alkisah suatu hari, bekalan air flat di cantas sebab Mat tak tahu bayar pakai maybank2u. Limah terpaksa mandi ditepian sungai. Sedang bermandi manda, Limah teringat exboyfriendnya Adnan Sempit. Kalau Limah kahwin sama Nan, tentu dia tidak susah begini. Kerana tidak tahu buat karipap-karipap cinta saja Limah tolak cinta Nan mentah-mentah. Adnan Sempit pun sudah kahwin dengan Intan Ladyana, berangan sajalah Limah Nak mendapatkannya semula.


Pulang kerumah Mat tengah menonton dvd Geng : Pengembaraan Bermula. Bini Mat yang dua orang tu ketawa terbahak-bahak macam iblis yang terbuka Al Hijab. Entah apa yang lawak agaknya kata Limah dalam hati. Kerana stress Limah pergi dapur bertindak kejam terhadap diri sendiri. Matanya dicucuk dengan garpu plastik bekas makanan polisterin Mat. Melihat dirinya tidak juga mati, Limah ambil pembuka tin susu kemudian cucuk perut sendiri. Akhirnya aruah juga Limah.


Lepas dikebumi keesokkan harinya, gempar seluruh flat dengan berita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Tersedak mat yang tengah sarapan Nasi Lemak 2.0 dan Oligo Cocoa mendengar berita tersebut. Bermula hari itu Limah akan mengganggu sesiapa sahaja sebagai penjual karipap. Mak cik hantu yang jual karipap dekat asrama,hostel, universitas dan kolej tu Limahlah, tahu tak?


* Moral : Jangan mudah terpengaruh dan jatuh cinta dengan jejaka Lombok. 

KISAH DONGENG SETH TAN DAN POKOK KACANG

Disebuah desa yang terpencil di utara tanahair, tinggal seorang budak lelaki diberi nama Seth Tan. Dia tinggal bersama ibunya di rumah pusaka yang hanya menunggu masa sahaja nak roboh. Kehidupan mereka sangat susah. Harta yang mereka miliki hanyalah seekor lembu tua. Ayah Seth Tan telah meninggalkannya buat selama-lamanya. Dari cerita ibunya, aruah meninggal kerana tertelan biji kedondong. 


Dek kemiskinan yang amat dasyat, ibunya menyuruh Seth Tan menjualkan lembu tersebut. Tambahan pula, tak lama lagi Hari Raya Haji, pasti ada yang mahu membeli lembu mereka untuk di jadikan korban. Hasil jualan lembu itu dapatlah membeli benih sayur untuk di tanam di belakang rumah. Mama Seth Tan bercita-cita menjadi petani moden yang berjaya, mahu menanam anggur, epal, avokado dan strawberi. Malangnya, Seth Tan sangat pemalas orangnya. Tak tahu malu pula hendak berangan kahwin sama Izara Aishah, anak jiran sebelah.


In the morning next day, Seth Tan pergi ke pasar untuk menjual lembu tersebut. Dalam perjalanan ke pasar, dia terserempak dengan nenek kebaya. Dengan ramahnya nenek kebaya menegur Seth Tan, " Hai cu, mahu kemana membawa lembu itu?". " Mama suruh chek juai kat market", menjawab Seth Tan tanpa ragu-ragu. Setelah mendengar penjelasan Seth Tan, nenek kebaya bersuara, "Mahukah cucu menukar lembu ini dengan sebutir kacang? Kita buat sistem batter mau?". "Tak mau ehh..oh no..gila apa nenek, takkanlah kacang nak tukaq dengan lembu? chek bukan bodo.."


"Jangan menghina ya! Ini kacang ajaib lor...Kalau cucu tanam sehari, kacang nie akan bertukar menjadi pokok kacang yang tinggi sampai ke awan nano, Ini baja terbaik dari ladang! " Tersengih nenek kebaya menampakkan gigi palsunya. Sambil membayangkan hasil yang banyak daripada pokok tersebut, dia akhirnya bersetuju. "Kalau macam tu, oklah nenek.."


Pulang kerumah, Seth Tan menceritakan apa yang terjadi kepada ibunya. Alangkah terkejut dan berang ibunya mendengar. " Adoyai..Macam mana kita nak hidup hanya dengan sebutiaq kacang ja? hang nie aku kata bodo hang maqah! muka saja hensem, tapi...tapi..." tak sampai hati meneruskan kata-kata yang lebih tidak sopan , ibunya lantas membuang kacang itu keluar tingkap. 





Bangun pagi keesokan hari, terkejutlah Seth Tan melihat sepohon pokok kacang gergasi dibelakang rumah. " Betui la apa yang nenek kebaya tu kata," gumam Seth Tan. "Best nie kalau main panjat-panjat". Sepenuh kudrat Seth Tan memanjat pokok tersebut. Sepanjang perjalanan.. "Baik aku uji vokal aku dulu, mama tu tak habis-habis soh aku p auditon vokal bukan sekadar rupa, mama tak tau ka rancangan tu untuk orang tak kacak, aku mana layak!" masuk bakul angkat sendiri Seth Tan.


"Begitulah awan nano setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi, Dan bibirmu.." Suaranya gemersik sekali...


Tak sempat menghabiskan sebuah lagu, Seth Tan telah berada di puncak. 
" Biaq betui..cepatnya..hebat betui aku nie, tak sia-sia aku belajaq panjat dengan beruk ". Sampai dipuncak, terkejut Seth Tan kerana rupa-rupanya ada sebuah istana besar di situ. Dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak, Seth Tan menghampiri istana kemudian pintu utama di bukanya perlahan. Kreuk..kreuk..kreuk..berirama bunyi pintu istana memecah kesunyian. 

Walaupun takut, Seth Tan meneruskan peninjauan. Tempat pertama yang ingin sekali dituju tentulah dapur. Perutnya terasa sangat lapar. Di dapur terletak sebuah peti sejuk besar gedabak 4 pintu. Dengan gelojoh Seth Tan membukanya, " Alhamdulillah, rezeki aku.." Selesai memenuhi nafsu makannya, Seth Tan ke ruang tamu pula. Istana itu dipenuhi perabot jati yang mahal-mahal. " Wow koleksi vantage pun bayak siot..mau terburai bijik mata Izara Aishah kalau tengok nie!". Menyedari yang dia sudah banyak membuang masa, Seth Tan mula mencari barang berharga untuk dibuat souvenier. 


Kakinya melangkah perlahan kebilik tidur utama. Terkejut Seth Tan melihat seekor raksasa sedang nyenyak tidur di meja studi. Laptop disebelah pun tidak dimatikan. "Membazir elektrik betui!ow..awek.." Seth Tan meninjau lagi sekitar bilik. Sesekali kedengaran kroh..kroh..bergegar istana dengan bunyi dengkuran raksasa. Seth Tan jadi takut. Namun matanya sudah menangkap sesuatu. Bersebelahan katil ada seguni wang emas. Tidak mahu melepaskan peluang yang ada, seberapa pantas Seth Tan mengambil wang emas itu. Kemudian tergesa-gesa dia mahu pulang. Bimbang juga kalau raksasa terjaga. Seterer kluangman Seth Tan terjun kebawah dan sudah kebumi semula.


Gedebukkk..."aduh..sakitnya! janji puas hati, pasnie boleh aku bersenang lenang dengan wang yang ada" Seth Tan bersuara girang. Ibunya yang kebetulan sedang memasak lempeng terkejut dengan bunyi yang sangat kuat. " Oh mama hang cantik! " sempat ibunya melatah. "Hang ka Seth Tan, mama ingatkan setan mana la tadi..Terkejut mama! ". Dengan tidak sabar, Seth Tan menceritakan segala-galanya. " Berani betui hang , kalau raksasa tu mai sini nak ambik duit dia balik, mama tak tau..Hang jangan dok buat siqu (gila).."


Sejak hari itu, kehidupan Seth Tan berubah. "Mulai hari nie, mama tak payah masak lempeng lagi, jemu dah chek. Tekak nie teringin nak makan cupcake. Kita kan sudah jadi orang kaya..hahahaha", ketawa Seth Tan dibalas dengan gelengan kepala dari ibunya. Kini Seth Tan mula bergaya dengan memakai pakaian jenama, sudah pandai lepak-lepak kat starbucks dan shopping pun kat Jusco. Izara Aishah yang dulunya jual mahal mula merapatkan diri dengan Seth Tan. Setiap hari mereka dating makan-makan kat Secret Receipe. Pergi clubbing jer tak boleh pasal Seth Tan belum cukup umur. 


Lama kelamaan, wang emas yang dicuri habis digunakan Seth Tan. Dia mula memikirkan pokok kacang dibelakang rumah lantas memanjat kembali pokok gergasi itu hingga ke atas. Kali ini dia sedikit lega sebab raksasa tidak ada di istananya. "P merempit la tu..macam la aku tak nampak gambaq awek dia kat sceen saver laptop hari tu..Segak gila..rambut menggerbang macam Mak Lampir." gelihati Seth Tan bila teringat kali pertama dia ke sini minggu lepas. Tiba-tiba seluruh istana bergegar dengan bunyi tapak kaki raksasa. " Matilah aku, dia balik dah...".


Raksasa yang melihat kelibat Seth Tan mendengus marah. Dengan segera Seth Tan berlari dan cuba untuk turun kebawah. Kerana ketakutan yang amat sangat, dia hilang krediatibiliti sebagai kluang man. Terasa lambat sekali pergerakannya. Raksasa terus mengejar Seth tan yang sudah tercungap-cungap kepenatan. Akhirnya sampai juga Seth Tan kerumahnya..Raksasa masih lagi terhegeh-hegeh dibelakang, masih memula langkah bunga-bunga di atas pokok.


"Mama..mama..raksasa ligan chek...cepat!cepat! mama p pinjam kapak bapak Izara tu..", memekik Seth Tan memanggil mamanya. " Ha sat...kapak pak hang pun ada, mama simpan kat gudang..Satgi hang buat main. Saja ja mama rahsia", dalam kekalutan pun sempat ibunya buat lawak bodoh. Mamanya lantas berlari mendapatkan kapak. Serta merta dihulur ke tangan Seth Tan. Seth Tan segera menebang pokok kacang tersebut. Seminit kemudian, terdengar bunyi dentuman yang kuat. Pokok gergasi itu tumbang menyembah bumi. Raksasa juga jatuh dan mati serta merta ditempat kejadian. 


Seth Tan dan mamanya berpelukan. "Mama lega hang selamat. Betapa susah dan miskinnya kita, hang kena kerja. Hanya dengan usaha keras saja kita boleh merubah nasib. Mama harap Seth akan bekerja bersungguh-sungguh untuk mendapat apa yang hang idamkan". Seth Tan mula sedar akan kesilapannya. Selama nie dia malas bekerja dan hanya tahu berangan. Kalaulah wang emas yang di ambil dari raksasa di simpan dalam asb, bukak buku sspn, buat pelaburan emas, tentu senang hidup mereka... 


Sambil memandang ke bawah baru mama Seth Tan perasan sesuatu, "Hang kencing dalam seluaq Seth Tan???.."  Tersengih macam kerang busuk Seth Tan bersuara, " Ketaq punya pasai mama..."

CINTA MISAE DAN SHIN CHAN PART 1

Ala best la jugak, dia blaja mandikan baby hari ni.haha pastu misae buat kerja sambilan sebab nak beli baju, macam tu la cite dia sikit-sikit”.

“Emm rugilah aku tak dapat tengok. Sok aku test HR, ang buat apa? Final around the corner kan? Bila first paper? Good luck tau.”

TV kolej buat hal pulak. Tak dapat aku layan kartun favourate aku. Argghh pedulikan TV, esok ada test. Mahu tak mahu aku mesti study. Walaupun menyumbang cuma 10 markah untuk carry mark, ini cukup bermakna untuk aku kejar A bila final…

Beep..beep..

Ira  memandang Blackberry milikku.  Dia cuma tersenyum tanpa sebarang perkataan. Matanya kembali semula ke diari bunga-bunga kesayangannya. Aku menekan keypad..

“Aku tengah makan, first paper hari Selasa, dua minggu lagi la. Terima kasih, syg mama. .Buat la solat hajat tuk anak mama nie kasi terang hati sikit,hahaha..”

Nadiku bergerak kencang. Sayang pulak! Level perasan meninggi tak semena-mena. Berbunga-bunga perasaan remajaku seperti cadar Ira, roommate kesayanganku. Memang Ira tu jiwang. Tuala pun berbunga-bunga. Apalah..Gelihati aku dengan minat Ira yang keterlaluan. Serba serbi mesti bunga. Langsung tak masuk dengan jiwa aku yang brutal... Ira asyik menulis diari di meja belajar dari tadi. Tekun betul..

Walaupun cuba aku nafi, hatiku terdetik. Lelaki bernama shin chan ini ternyata ada sesuatu. Rasa itu istimewa. Tapi aku tak suka perasaan ini. Aku pasti cinta aku hanya untuk Aril. Aku pandang wajah kacak Aril di meja study. Senyuman dibingkai kaca frame berbentuk love seakan penghibur segala lara, peneman dan inspirasi, seakan penguat untuk aku terus berjuang. Ya dia yang aku cinta. Aku pasti itu! Walaupun berjiwa brutal, dalam hati ada taman rama-rama. Opss..

Manual HR dimeja langsung tidak ku selak. Asyik ber sms sama budak nakal bernama Shin Chan…

“Banyak ang punya solat hajat, buat sendirilah!”

“Mama marah nampak..Comel jer muka”

“Aku memang comel!haha..”

“Eceh Perasan! “

“Oklah shin chan makan dulu. Nanti sms lagi. Bye.”

Segera aku menamatkan bualan kami agar tak berlarutan. Aku harus fokus pada test esok.

“OK aku pun nak studi. Take care. Bye syg…”

Huh..aku campak handphone di tepi katil..

---------------------------------------------------------------------------------------

Lega rasa bila test Human Resources selesai. Memandangkan hari ini tak ada kelas petang, aku free sampai malam. Niat hati nak tidur. Nak qado semula tidur yang diusik oleh tekanan studi sampai lewat pagi tadi. Test HR punya pasal!

Niat nak tidur aku matikan bila terpandang kain baju yang berlambak di baldi. Esok Jumaat, Arghh..aku segera ke bilik air untuk menjalankan misi membasuh kain. Toilet lengang..Masing-masing mungkin ada kelas. Kalau tak ada pun mungkin tengah buat tahi mata barangkali. Hari cuti penuhlah orang kat tolilet untuk basuh baju. Aku tak suka bersesak-sesak. Untung hari nie aku bergerak solo.. 

Selesai menyidai baju, aku sudah letih dan mengantuk yang amat sangat. Aku benamkan tubuhku di katil bujang. Anak patung Shin Chan pemberian Aril aku peluk erat. Rindu pada Aril kian menebal.

“Misae..Shin Shan ko tak mesej ke hari nie?”

Amboi..Ira bunga nie dah pandai panggil aku Misae.

“Minah bunga apa sibuk??"  Aku mencebik!

 "Jangan ganggu aku nak rest..pergi tulis diari la Ira bunga..haha” Ira dah biasa dengan lawak kasarku..

“Ala kalau dia tak mesej nanti ko muncung jer..kesian Aril pakwe ko yang kacak tu..Ko kata sayang Aril,  tapi kalau sehari Shin Chan  tak mesej, macam orang mati laki. Macam orang mabuk todi jer aku tengok..”

“Eh kalau aku mabuk todi pun, tu sebab Ira bunga..Naik pening aku tengok bilik nie. Banyak sangat bunga..Nak muntah nanah aku!” aku mengusik Ira bila menyedari dia cuba mengenakan aku.

“Aku punya sukalah..Dah la, aku ngantuk..Aku tido dulu yer Misae.. nak mimpikan Shin Chan ko..” Ira gelak nakal.

“Wey minah..Asar nie..hang p solat dulu. Tak elok tiduq lepas Asaq, mak tiri jiran aku kata boleh jadi gila..boleh kena sakit mental..”

“Aku cuti. Abis ko tu?”

“Aku bukan nak tidoq, aku baring jer.. Woo bendera Jepun ka?”

“Ye ke? Takutnya..Sambil menunjukkan mimik muka, Ira buat-buat terkejut. Tak jadilah aku nak tidur..Aku pergi bilik member aku kejap ekk, aku nak pinjam buku.”

“Yelah..”

“Kirim salam dekat Shin Chan..”

Sempat lagi nak usik aku. Aku akui aku akan rasa kehilangan  besar walau sehari tanpa sms dari budak nakal. Sepemergian Ira dapat aku tidur dengan tenang..Gila pun gilalah..Ngantuk sangat nie!

 Beep..beep..

“Hi mama misae, tak rindu anak mama ke? Shin Chan rindu mama.. Buat apa tu..”

Isk kacaulah..aku baru nak layan tidur. Dia mesej plak dah..

Tadi msg tak balas pun..”

“Hi mama..”

Rupanya sudah tiga mesej dari Shin Chan di inbox belum aku baca. Agaknya masa aku basuh baju tadi dia hantar. Setiap hari mesej-mesej dari Shin Chanlah yang menghiburkan aku. Sudah empat bulan aku mengenalinya..Walaupun nakal, keletah Shin Chan sangat menghiburkan. Pengubat bila aku rindukan belaian Aril. Entah dari mana datangnya jejaka bernama Shin Chan  yang menyerikan hidup aku kebelakangan ini.

Perangai kasarku aku zahirkan dalam setiap mesej-mesejku bersamanya. Shin Chan tak pernah terasa. Malah melayanku bagaikan tuan puteri. Misae itu nama timanganku yang Shin Chan berikan. Aku suka Shin Chan sebagai seorang kawan. Teman yang membuat aku rasa diri aku istimewa. Dia sering mengambil berat akan diriku. Sama seperti Aril yang dulu..

Aril sudah jarang-jarang menghubungiku. Alasannya sibuk. Banyak tesis yang perlu diselesaikannya. Aku hanya mampu menahan rasa. Sungguh hubungan jarak jauh ini hebat betul dugaannya.

----------------------------------------------------------------------------------------


Aku masuk semula kedalam kelas bila selesai qado hajat. Sakit perut!

Dear Misae,

Teman sejati bukan yang selalu dekat dimata, bukan yang selalu dekat bicaranya..Tetapi yang setia dihati, di ingati dalam setiap mesejnya. SMSmu membuat aku bersemangat untuk terus hidup!

Salam sayang dari budak nakal.

Sebuah kad kecil berwarna biru terselit di buku nota. Ada gambar budak nakal berbaju kuning dan berseluar biru. Ya kartun kegemaranku. Aku terkejut dan terkesima, entah dari mana datangnya!

CINTA MISAE DAN SHIN CHAN PART 2

Pagi ini sepatutnya dalam kelas Business Development ada persembahan meeting. Ini macam lakonan meeting yang perlu dilakukan mengikut kumpulan. Aku berlakon sebagai setiausaha. Oleh sebab  semua pensyarah ada mensyuarat, kelas dibatalkan.


“Hai misae..tak ada kelas ker sayang?”

Sejak kes aku terima kad berwarna biru dari Shin Chan, aku pasti orang yang selama empat bulan sering memenuhi inbox mesej telefon bimbitku adalah orang terdekat yang selalu memerhatikanku. Tapi bila pulak Shin Chan letakkan kad tu? Tak perasan pulak aku sama ada sebelum kelas bermula atau selepas aku balik dari toilet. Sungguh aku tak selak pun buku nota. Aku sedikit bingung memikirkan Shin Chan kebelakangan ini. Katanya final hari Selasa minggu depan, Sah!

Setiap gerak geri aku macam diperhatikan. Aku pasti Shin Chan juga pelajar universiti ini. Kalau tidak takkan dia tahu setiap pergerakan aku. Pandainya dia simpan rahsia selama empat bulan. Tapi siapakah dia? Budak Business atau kos lain? Komplot dengan kawan-kawan aku ke? Entah-entah ada orang nak kenakan aku. Lagipun aku tak pernah bercakap dengan Shin Chan. Mana aku tahu dia lelaki ke perempuan? Semua persoalan itu aku pasti aku tak punya jawapannya..Shin Chan yang misteri..

Mesej-mesej dari Shin Chan mula berbaur rindu dan sayang. Aku mula merindui budak nakal yang dulunya selalu membuat aku tersenyum. Shin Chan yang dulu sudah berubah menjadi jiwang. Aku naik rimas..Aku tak layankan bila dia mula nak bercerekarama, cuma berbalas mesej seperti selalu. Sejujurnya suka. Malu tapi mahu. Argh…perasaan apakah ini?

Kad biru yang Shin Chan berikan aku belek. Puitis jugak mamat nie..Apalah yang dipandang pada gadis 20 tahun bernama Mia Mukhlisa ini. Harap nama saja cantik, kasar dan brutal! muka pun tak adalah cantik, tapi manis dan comel gitu.huhu bermonolog aku memuji diri sendiri. Geli!

“Aku nak keluaq SP, nak p CS.  Ang nak ikut? Kalau berani tunjuk muka la bro. Takkan budak nakal bacul plak!” sms aku berbaur cabaran, malah ayat agak kurang ajar!haha rasakan..Main sorok-sorok identiti apa kes!

“Ira..aku keluaq CS dengan Aya”

Ok..beli milo eh..lepas tu maggie” siap dengan pesanan penaja lagi! Cepat betul minah bunga nie reply  mesej. Dalam kelas mesti tengah SMS dengan buah hatinya Firdaus. Ira..Ira..

Aku, Aya, Iza dan Balqis keluar berempat. Kami berjalan kaki hingga kepintu gerbang universiti. Sebaik melintas jalan, sudah ada teksi yang menunggu. Pucuk dicita ulam mendatang. Malas nak tunggu bas, lagipun kami empat orang, muat-muat sebuah teksi. Kereta Proton Wira itu meluncur laju ke Sungai Petani, bandar kedua terbesar di Kedah. Sudah lima semester aku di sini. Cepatnya masa berlalu. Kesibukan sebagai seorang pelajar membuat aku seakan tidak berapa endahkan Aril. Lagipun Shin Chan ada.hehe..

Universiti Teknlogi Mara Cawangan Sungai Petani. Berdiri megah aku disini sebagai remaja dalam perjuangan menambah ilmu.  Dua tahun aku di Merbok, seakan baru semalam melangkahkan kaki. Terdampar aku di sebuah universiti dipinggir kota, universiti yang dikelilingi kebun getah. Teringat pula waktu mula-mula sampai ke Merbok, bau getah yang menusuk lubang hidung sangat menyiksakan  buat aku yang terbiasa dikelilingi sawah padi. Sungguh aku merasa cukup asing dengan baunya.

Kini bau getah telah imun dihidungku. Aku sudah merasa kewangian bila perasaanku cukup indah bersama teman-teman seperjuangan yang memahami, bersama Ira gadis Shah Alam yang kalut dan ditemani mesej-mesej  kelakar dari Shin Chan yang nakal. Tenang dan damai apabila melihat keindahan gunung Jerai sambil berangankan Aril diwaktu kuliah. Kenapa Shin Chan perlu aku dahulukan dari Aril?huh..

Sedang aku asyik mengelamun mengimbau kenangan, aku teringat mesej dari Shin Chan. Langsung tiada balasan dari dia. Aku ambil handphone dari poket seluar lantas menekan keypad dengan laju.

“Takut ke Shin Chan? Ntah2 dah kencing dalam seluaq”

Sepuluh minit menunggu, masih tiada jawapan…

------------------------------------------------------------------------------------

Balkis katanya nak keluarkan duit, minta Iza menemaninya. Ruang Central Square sentiasa dipenuhi manusia. Tak pernah lengang tak kira hari minggu atau tidak. Masing-masing punya matlamat tersendiri. Ada yang nak beli barang, ada remaja yang suka melepak, ada pasangan bercinta yang menonton wayang dan ada student yang outing tanpa arah tujuan suka menghabiskan duit biasiswa.haha..Macam kenal jer siapa gerangannya tu kan..

Tiba-tiba aku jadi rindu pada Aril bila melihat sepasang kekasih sedang makan sambil manja-manja direstoren KFC. .Aku dan Aya duduk disatu penjuru sementara menunggu Balkis dan Iza.

Mencintai aku dengan sepenuhnya....telefon aku menyanyikan lagu Kisah Dongeng.

Aril! Hatiku melompat girang. Sudah dua hari Aril tidak menghubungiku. Nak bermesej seperti Shin Chan tak tahu pulak. Katanya tak suka SMS. Lambat.. Nak cakap apa call jer senang! Nasib badan dapat buah hati jahil sms. Apa nak buat..sayang punya pasal..Opss terkutuk pakwe sendiri..

“Hello, Assalamualaikum..sayang..lama tak call?”

“Saya busy sikit..Ayang sihat? Rindunya..”

Macam-macam Aril cerita. Dari bertanya khabar hingga pertanyaan tentang pelajaranku. Puas aku mendengar suara Aril. Hampir dua puluh minit Aril menghubungiku. Kawanku yang bertiga tadi sudah siap order makanan dan berteleku mengadap ayam KFC. Perutku terus menyinga lapar sebaik perbualan aku dengan Aril tamat.

“Dah dapat cakap dengan buah hati..baru lapaq”, Si Balkis gadis ayu dari Pendang bersuara.

“Dah habis cakap dengan balak hang tu? Ingatkan tak lapaq. Kami nak habis makan dah pun..”kata Aya..

"Aku dah siap!" Iza pula bersuara.

Balkis masih mencubit isi ayam dengan ayu sekali.

“Minah nie kalau makan memang lambat!”Aya mengenyitkan matanya pada Iza mengusik Balkis..

Balkis tersenyum..

“Takpa..boleh temankan aku. Hangpa kalau nak shopping dulu p la..satgi sudah makan aku rodger!”.

Bibirku menguntum senyum..Berbunga setaman..Sengihanku turut ditegur abang macho dikaunter KFC. 

Beep..beep..

“Cantik shawl polkadot yang mama pakai..”

Beep..beep..

“Nampak ayu tak seperti dalam mesej. Garang dan brutal!”